Monday, February 14, 2011

Valentine Day - memang tidak sesuaiiiiiiiiiiii

Sambutan Hari Kekasih tidak sesuai diraikan umat Islam

Mingguan Malaysia

KUALA LUMPUR 12 Feb. – Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menegaskan bahawa sambutan Hari Kekasih tidak sesuai untuk diraikan oleh umat Islam.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Hari Kekasih adalah keraian yang mempunyai kaitan dengan agama Kristian yang memiliki sejarahnya tersendiri dan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah pun membuat penjelasan sewajarnya.

‘‘Mungkin untuk agama lain, ia sesuai tetapi bagi Islam, ia tidak bersesuaian. Saya harap ini dapat difahami oleh semua kerana ini bukanlah perkara baru.

‘‘Penjelasan telah dibuat oleh Jakim. Namun begitu, kalau agama lain sudah biasa mengamalkan (meraikan), itu hak mereka. Kristian atau kaum lain hendak rai, itu hak mereka.
‘‘Kepada umat Islam pula, kita beri nasihat dan ia tidak sesuai (diraikan),’’ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas meninjau perkhidmatan bas dan sistem aliran ringan (LRT) kendalian Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd. (RapidKL), syarikat milik penuh Syarikat Prasarana Negara Bhd. (Prasarana) di sini hari ini.

Muhyiddin mengulas mengenai nasihat Jakim terhadap umat Islam supaya menjauhi sebarang acara atau majlis yang bertemakan sambutan Hari Kekasih bagi mengelakkan mereka terlibat dengan gejala maksiat.

Nasihat oleh Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd. Aziz antara lain menyebut menyambut Hari Kekasih bukanlah budaya masyarakat Islam malah ia wajar dijauhi kerana khuatir akan membawa kepada perbuatan tidak bermoral.

Muhyiddin memberitahu, ketika Islam menasihatkan umatnya tidak meraikan Hari Kekasih, beliau mengharapkan agar ia tidak menimbulkan rasa curiga di kalangan orang lain.
‘‘Kita tidak rendah-rendahkan Valentine (Hari Kekasih). Ia tradisi tetapi di sudut agama Islam, ini tidak sesuai,’’ katanya.

Beliau kemudiannya menegur segelintir pihak yang mahu melaksanakan pelbagai tindakan pencegahan termasuk melakukan pemeriksaan terhadap pasangan pada malam 14 Februari ini.
‘‘Bagi Islam, kita tekankan soal nasihat. Dalam menangani isu ini, janganlah sampai kita menyentuh perasaan mana-mana kaum. Jangan over (berlebih-lebihan) sehingga boleh timbulkan rasa marah dan benci,’’ katanya.

Korang, jangan mengada-gada pulak lepas ni nak sambut valentine day. Sebabnya setiap hari adalah hari kekasih bagi ku... Kerana dirimu sangat berharga




6 comments:

Juli.Zakaria said...

alaa..eh TPM tak bz plak ngn pilihanraya Kerdau ker?hihi

btol la..sayang nyer mesti hari2. takyah nk tunggu valntine pon.byk lagi ari special lain yg ble celebrte tunjuk cinte kan kan, befday, aniversary etc

EzayHadry said...

betul2.ta pyh nak sambut2...
dh macam pesta maksiat pulak
benda camni la yang terjerumus ke zina...pastu buang bayi..huhuhu

HaN WarreN said...

tido bertemankan bantal lagi baik daripada sambut hari maksiat ni heheheh..

Isteri Encek Bard said...

tu lah tak paham masih ramai lagik yang sambut

Ju Zie said...

jom sambut maulidurrasul~ (bunyi cam baik x? kui3)

mrs redzuan said...

betul3...tapi x tau la Muslim yg menyambut valentine tu samada dorang xtau pasal sejarah valentine atau dah tahu tp wat2 x tahu. Adduiii...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...