Hari Khamis yang lepas @ 5/5/2011 kami dikejutkan dengan satu lagi berita sedih. Sebenarnya masa mendapat berita tersebut, aku dan Ateh sedang dalam perjalanan ke LCCT. Nak pergi holiday, lain kali cerita pasal holiday ni. Oleh kerana kami memang dah nak sampai kat LCCT, maka terpaksa jugalah kami meneruskan hajat kami untuk berholiday. Iyalah tiket dan arrangement lain semua dah dibuat. Anak-anak semua dah excited nak pergi bercuti. Tak kan nak di cancel semua itu. Lagipun aku tak adalah rasa terkilan sangat, sebab kami dah pun pergi melawat arwah semasa beliau didalam wad ICU hari tu.
Mak saudara (Cik De) aku yang kat Kuala Terengganu telah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya pada hari Pekerja yang lepas. Kemalangan tersebut melibatkan suami arwah (bapak saudara aku (adik arwah ayah) Ayah De), Mak arwah dan adik arwah. Ayah De masih lagi terlantar lagi dihospital dan patah kedua-dua kaki. Semasa aku menulis cerita ni, Ayah De masih lagi tidak sedarkan diri tetapi telah dipindahkan dari wad ICU ke wad biasa. Mi pulak (panggilan kami kepada mak arwah Cik De) patah kedua-dua tangan dan masih lagi terlantar di Hospital begitu juga adik arwah Cik De. Adik arwah tidak begitu serius keadaannya. Kesemua mereka telah ditempatkan di Hospital Universiti Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan. Oleh kerana kemalangan tersebut berlaku di Jertih maka sebab itulah kesemua mangsa ditempatkan di HUSM, Kota Bharu, Kelantan. Mereka semua dalam perjalanan balik ke Kuala Terengganu daripada melawat adik beliau yang berada di Kulim, Kedah.
Nasib baik aku sempat menziarahi arwah sehari selepas kemalangan. Keadaan arwah masa tu memang agak teruk pada pandangan aku. Dengan pendarahan didalam kepala yang agak kritikal. Kalau mendengar penjelasan adik beliau tempohari, memang 50 – 50. Kalau tak dibedah, mungkin akan terus koma sampai bila pun tak tahu. Tapi kalau dibedah, peluang pun agak tipis jugak. Tapi, Allah lebih sayangkan arwah. Belum sempat masuk bilik bedah, arwah dan menghembuskan nafas terakhir beliau. Oleh kerana aku tidak ada semasa hari pengebumian, jadi semua cerita hanya dapat didengar pada hari selasa baru ni. Itu pun Angah yang cerita. Agak terkilan bila dapat tahu anak beliau, Din (sebenarnya anak angkat, arwah tidak mempunya anak) tidak berada disamping beliau semasa tengah nazak. Masa tu Din dalam bas on the way ke Kuantan, dengar cerita nak gi ambil kereta beliau di Rompin.
Kesian Din, dalam sekelip mata sahaja sudah hilang tempat pergantungan. Din memang seorang anak yang manja. Iyalah anak sorang. Semua menda arwah yang uruskan. Ayah De pulak masih lagi terlantar tidak sedarkan diri didalam hospital. Din pulak baru sahaja 2 bulan kena posting kat Rompin (guru). Nak ambil cuti mungkin agak susah sebab baru lagi kan. Dia mesti terfikir sapa nak jaga ayah dia. Tak kan nak harapkan bapak-bapak saudara atau anak-anak saudara aje. Kalau ada adik beradik lain bolehlah bergilir-gilir. Faktor tempat juga menjadi masalah. Nun jauh di Kota Bharu, Kelantan.
Tiba-tiba aku terfikir, nanti kalau balik kampong macam dah tak berapa bermakna. Orang-orang yang terdekat semua dah tak ada. Kalau dulu balik raya mesti lepak rumah arwah Cik De. Hidangan singgang ikan aya adalah lauk wajib bila bertandang rumah arwah. Last jumpa arwah adalah pada raya tahun lepas. Semua bersemangat nak bergambar sakan. Rupa-rupanya itu adalah kenangan terakhir kami bersama arwah.
Al-fatihah untuk arwah Cik De. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah dan semoga arwah Cik De ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Arwah ditengah-tengah bertudung unggu |
Gegirls - kenangan bersama arwah - raya 2010 |
No comments:
Post a Comment