Friday, May 27, 2011

Oh My Laling Streamyx.....

Hai, hai, hai......Welcome back my laling streamyx. Akhirnya aku berpatah balik kepada streamyx. Awal-awal dah cantik-cantik pakai streamyx, tapi gatal tangan beralih arah kepada Celcom broadband. Last-last aku juga yang asyik naik hangin kat Celcom broadband ni. Dahlah macam kura-kura signal. Lately langsung tak boleh nak masuk internet. Langsung tak ada signal. Apa ke biol punya signal. Aku tak adalah nak salahkan kat Celcom 100%, iyalah mungkin kawasan area rumah aku ni yang tak berapa ok kot, dilindungi oleh bukit-bukit dan gunung ganang. (Macam duduk dalam hutan lah pulak).

Dari dulu lagi en hasben dah nasihat, fikir betul-betul sebelum nak pakai broadband. Tapi aku degil. Siap suruh terminate lagi line streamyx dengan alasan tak yah lah bayar bil banyak-banyak. Dan oleh kerana kedegilan ku yang selalu je tak nak dengar cakap suami, akhirnya aku mengalah. Dan sudah semestinyalah aku terpaksa menahan telinga apabila dipulangkan balik kata-kata yang agak berbisa untuk aku dengari. waduhhh...dushhhhh

Tapi akhirnya dia layan jugak aku punya perangai. Pergi daftar balik streamyx. Ala bukan susah pun, isi borang je dan kena lah bayar balik segala macam pendaftaran. Part bayar-bayar ni yang tak berapa gemar ni. Apa-apa pun kena tunggu next bill.

Rasa bersemangat pulak nak update blog ni. Kalau boleh hari-hari nak update. Laju je itenet ni. (Lagak aku ni macam kera dapat bunga je aku rasa......hihihi). Macam ni baru bersemangat nak ber BW. Bolehlah selalu jenguk you all blog. Suka, suka sangat....

3 comments:

Juli.Zakaria said...

hahahaha..kencang lagi la update wiken2 nnt uol yer..

Anonymous said...

hwhehehe patutlah laju jer menghupdate :D..huhu dekat sini pun kalau pakai broadband, memang tak jalan. Bukan tak jalan, tapi slow ya hamat. Baik digi, maxis atau celcom. 2x18 jer..streamyx memang laju tapi bila masanya ada problem makan masa juga dorang nak settlekan problem.1-2 minggu juga..tapi speed, yahoo! no 1 :D 700mb boleh download dlm masa 45minit jer

Unknown said...

zzzzz2018.7.27
ralph lauren uk
supreme shirt
kate spade outlet
ray ban eyeglasses
christian louboutin shoes
pandora
pandora jewelry
true religion outlet
moncler jackets
golden goose

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...