Sunday, July 31, 2011

Marhaban Ya Ramadhan!

 
Mata kadang salah melihat....
Mulut kadang salah berucap....
Hati kadang salah menduga.....
Maafkan segala kekhilafan yang pasti ada....

Marhaban ya Ramadhan,
Bulan dimana nafas kita menjadi tasbih, tidur kita menjadi ibadah, 
amal kita diterima dan do'a kita di ijabah,

Sungguh cantik kain pelekat, dipakai orang pergi ke pekan.
Puasa Ramadhan semakin dekat, silap dan salah mohon dimaafkan

                              Sebelum cahaya surga padam, Sebelum hidup berakhir, 

Sebelum pintu taubat tertutup, Sebelum Ramadhan datang, 


Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina


Seribu senyuman belum tentu menawan hati,
Satu jelingan suduh cukup menimbulkan rasa benci,

Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf atas keterlanjuran kata dan perbuatan yang
 menyinggung perasaan saudara saudari,
dan atas segala kesilapan yang telah berlaku disepanjang perjalanan hidup kita selama ini.

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA

SEMOGA KITA DAPAT MENJALANKAN IBADAH PUASA DENGAN OPTIMUM, AAMIN.


Thursday, July 28, 2011

Durian Segamat

Minggu lepas En Hasben ada meeting kat office Segamat. Aku yang dah lama tak jalan-jalan, terus apply cuti nak ikut jugak. Memang gatal gitu.

Kalau ke Segamat musim-musim durian ni, memang tak sah kalau tak pekena durian Segamat kan? Habis je meeting petang tu terus meronda bandar Segamat untuk mencari lokasi durian Segamat yang sebenar. Wah macam lagak jalan-jalan cari makan gitu tapi edisi buah-buahan.

Setelah 10 minit duk meronda-ronda, akhirnya berjumpalah satu gerai mak cik ni. Lokasi yang sesuai untuk parking + siap disediakan meja dan kerusi untuk makan lagi. 


Budak-budak ni memang kaki durian. Terutamanya anak-anak dara aku ni hah. Kalau terserempak dengan gerai durian mesti suruh singgah. Kadang-kadang kita pulak bimbang, bukan apa takut dia orang kepanasan je. Adik kalau tak suruh berhenti atau selagi tak habis buah durian depan matanya, lagi tulah dia akan makan. Bila tanya kenapa adik suka sangat durian? dia jawab, nanti kencing air kencing bau durian, wangi...kelakar je jawapannya.


Si Danny ni sebetulnya tak adalah suka sangat dengan Durian. Gambar tu cuma eksyen je tu. Kalau makan pun seulas je. Kadang-kadang sampai nak muntah bila termakan yang jenis rasa kuat (isi kuning terutamanya). Aku lebih suka durian berwarna putih daripada isi kuning. Isi kuning ni, rasanya lebih tengit / pahit.

Macam-macam jenis durian ada. Aku tak berapa hafal sangatlah jenis-jenis durian ni. Asal sedap aku makan je. Setahu aku durian yang femes sekarang ni Musang King? Entah ya ke tak...tapi aku tak rasa pun lagi. Durian kampung jugak yang menjadi pilihan kalau ke pasar malam. Dekat-dekat bulan posa ni, lagilah murah harganya.


Dalam 5 biji jugaklah yang berjaya kita orang habiskan petang tu. Tu ada lagi yang minta. Tapi memandangkan hari dah semakin gelap dan nyamuk pun dah semakin banyak. Terpaksalah kita cepat-cepat habiskan durian yang ada. 

Lepas makan durian, kita orang ronda-ronda lagi kat bandar Segamat. Jalan-jalan ke Jackel. Tapi tak ada yang berkenan, memandangkan kain-kain untuk baju raya semua dah ada. Cuci mata aje lah.

Lepas jalan-jalan perut pun dah start rasa lapar balik. Singgah kat food court betul-betul depan Jackel. Makan makanan panas je. Lepas makan terus balik Hotel sebab dah tak larat kerana kekenyangan.

Memang tak dinafikanlah, durian Segamat memang terbaik wok....Thumbs up!

Dan inilah ratu durian keluarga kami. Boleh mengalahkan aku kalau makan durian. Ini kakak punya, ini pun kakak punya.... semua dia nak rasa. Yang paling dia orang seronok, lepas makan durian kena minum air dalam kulit durian. Time tu semua berebut-rebut nak minum. Petua mesti diamalkan. Betul tak?



Wednesday, July 27, 2011

Hepi Bday AK


19/7/2011 – genaplah usia Mohd Syakir aka AK 15 tahun. Anak sulung aku dah meningkat remaja rupanya. Dah semakin tua dah aku ni. Walaupun abang sulung, tetapi perangai manjanya kadang-kadang mengalahkan adik-adik.
Kesian AK, masa hari jadinya kita orang sekeluarga kecuali AK ke Segamat. Terpaksa AK tidur kat rumah atuknya. Sayang nak ponteng sekolah. Memandangkan tahun ini dia kan nak amik PMR. Tapi awal-awal pagi lah aku dah SMS wish kan dia. Supaya dia tak rasa sayu hati. Dia ni memang jenis sensitif, biasalah anak sulung.

On the way balik dari Segamat, kita orang beli kek dan hadiah hari jadinya. Sebenarnya jam lama Ak dah dicuri orang. Jadi sempena hari jadinya kali ini, kami pun hadiahkanlah jam tangan idamannya tu. Dengan harapan tak adalah orang curi lagi. Lagi satu tak payah nak pening-pening kepala duk fikir apa benda nak beli untuk dia tahun ni. 
On the way balik dari Segamat, singgah kat Kemaman, beli kek dan jam sekali. Habis bab pertama. Sekarang nak kasi surprise kat AK. Pakat sama adik-adik suruh tunggu abang AK dalam bilik. Bukan main seronok dia orang nak buat surprise kat abang long kesayangan mereka. Hubby hantar kita orang balik dulu, kemudian baru pergi amik AK kat umah atuk. Thats why surprise party berjalan lancar. Hihihi... 

Oleh kerana kami membeli tanpa mengukur dengan tepat saiz tangan AK. Maka, besarlah sikit tali jam tu. Next day bawa AK ke MM untuk potong tali jam.
  Wah, tersenyum malu-malu lah pulak abang AK kita ni. Dalam hati ada taman tu...

Sesi memotong kek. Yang pastinya ramai pulak yang nak tukang potong. 

Seperti biasa, ucapan dari kami sekeluarga. Semoga Ak menjadi anak yang soleh dan jangan lupa solat. Dan juga semoga berjaya dalam kehidupan.

Petanque

Aku ni kan nak kata kaki sukan, tak lah jugak. Tapi kalau setakat main untuk mewakili syarikat tu adalah. Macam-macam jenis sukan jugaklah yang aku sertai. Masa muda-muda dulu (sekarang dah tua ke? ahaks)....bola jaring memang wajib. Tapi sejak kejadian yang tidak diingini menimpa aku semasa mewakili Business Support (BS) tahun 2007, terus gantung kasut netball.

Pernah 1 tahun tu sampai tak muat borang PPA nak tulis sebab banyak sangat game main. Antara game yang aku main ialah  Futsal, Ping Pong, Dart, Basket Ball, Woodball, boling dan juga petanque. Kalau ada sukan renang, akulah orang pertama yang akan bagi nama. Sebab aku memang suka berenang. hihihi

Oleh kerana aku dah tak boleh bergiat cergas dalam sukan netball, maka dengan ini aku telah beralih minat kepada sukan petanque. Aku tak pasti korang pernah dengar ke tak sukan ni. Kalau ikut sebutan pe-tong. Sebenarnya aku mula serius dengan petanque sejak tahun 2009 (baru je lagi). Dan pernah mewakili kumpulan Maritime sampai ke Karnival Sukan di KL. Walau pun tak masuk ke final, tapi semi final dah kira oklah tu. 

                       
Bersama Maritime Group

Apabila dah bertukar ke OPU lain (PCSB), secara automatik aku mewakili PCSB lah pulak (EXPRO). Pertama kali mewakili Expro tahun lepas. Cuma berjaya mendapat tempat ke-3. Tahun ini Alhamdulilah naib johan. Tahun depan InsyaAllah Johan. Amin.



Bermain petanque ni memerlukan ketahanan mental yang tinggi. Iyalah, main tengah panas wok... Nak aim bola tu ambil masa jugak. Bukan senang. Tapi, iyalah semua sukan memerlukan ketahanan mental kan. Yang penting semangat kesukanan. Kadang-kadang pukul 1.00 tengahari tak habis lagi main. Pernah sekali perlawanan aku berlangsung selama 4 jam. Hanya untuk mendapatkan 12 points. Iyalah kalau asyik 1 point, 1 point je dapat. Amat tension lor. Tapi oleh kerana minat punya pasal. Panas pun panas lah. 

Bersama partner sehati sejiwa semasa bersama group maritime

Setiap seorang pemain dibekalkan dengan 3 biji bola besi. Kalau main trio hanya 2 biji seorang sahaja. Dan 1 jet. Pemain akan mendapat point sekiranya bolanya paling hampir dengan bola jet (bola jet ni kecil je).


Kenangan bersama coach group maritime - Abg Black

Dan yang kelakarnya, setiap kali dapat coach nama seakan-sakan serupa je. Bersama Expro nama coach kita orang ialah Pak Tam. Tak ke sama, Black / Tam (panggilan manja Abg Hitam). Cuma versi melayu dan english je.


Expro ladies yang suka glamer. Tahun ni temanya Pink color. Apa ke halnya? Ini semua gara-gara fanatik kat kumpulan Jambu. hihihi


Walaupun dah tak main netball, tapi khidmat aku masih diperlukan lagi. Walau hanya sebagai urusetia. Tahun ni kena tulis markah je. Sekurang-kurangnya boleh lah jugak elaun urusetia. Hihihi....


Apa-apapun, Majulah Sukan Untuk Negara.

Tuesday, July 26, 2011

Perempuan vs lelaki part II


Perempuan ni kan memang tak pernah puas dengan apa yang kita ada kan? Korang sokong tak dengan kenyataan aku ni. Senang-senang je nak dapat dosa. Tapi amat senang untuk masuk Syurga. Kalau kena dengan gayanya. Tapi amat susahlah untuk menjadi sepertimana Siti Khadijah. Sanggup berkorban apa saja.

Lelaki memang sempoi.



Tapi kalau perempuan, MasyaAllah. Ini belum start berchit chat lagi ni. Kalau dah start chit chat macam-macam gossip yang akan keluar. Tapi korang tak macam ni kan?


Sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelang tak lama lagi ni, marilah kita wahai kaum-kaum hawa sekelian memuhasibah diri kita. Cuba-cubalah tutup hati kita dari perasaan hasad dengki dan iri hati. Jadilah wanita yang solehah. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Kadang-kadang apa yang kita lihat yang ada pada orang lain bukannya bagus sangat pun. Itu semua adalah hawa nafsu semata-mata.

`HAWA NAFSU AKAN TERUS MENUNTUT BILA ENGKAU MEMANJAKANNYA. TETAPI JIKA ENGKAU PAKSAKAN IA PADA APA ADANYA, NESCAYA IA MAHU MENURUTI KEHENDAKMU'
 

Makan, makan, makan

Bosan weh, asyik makan aje ni. Bila nak kurus macam ni. Tapi kalau tak pergi bila orang jemput, tak baik pulak. Nak jaga hati kawan-kawan kenalah pergi jugak. Itu adalah alasan-alasan yang biasa kita pakai, atau kata orang alasan yang lapuk. Kalau dah nak makan tu, makan aje lah. Dan kalau dah nak gemuk tu, gemuk aje lah. Yang sebetulnya memang ko yang malas nak exercise. Dah tahu makan banyak, pergilah exercise. Pergilah berlari keliling rumah ke, buat sit up ke (yang paling aku malas) dan macam-macam lagi lah.

Tapi itulah sebenarnya hakikat kehidupan. Tanya diri kita sendiri, adakah kita makan untuk hidup atau hidup untuk makan?

Kalau tak makan pun tak bolehlah jugak. Orang-orang kat Somalia bukan main tak cukup makan. Kita kat Malaysia ni bukan main banyak makan. Apa nak jadi? Tak reti-reti nak bersyukur.

Minggu lepas baru je balik kursus diet & management. Bukan main berkobar-kobar lagi bila cakap pasal kalori ni. Tapi minggu ni, kalori ke mana, exercise ke mana. Yang ingat nak isi perut je. Kalau mengikut sunah, makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang. Tapi kita memang kena tunggu perut lapar baru makan. Tang berhenti sebelum kenyang tu rasa-rasanya boleh je diamalkan.

Ni bulan posa dah dekat. Orang lain duk sibut berposa sunat untuk ajar perut berposa sebulan nanti. Aku duk sibuk makan, makan, makan…..

Macam mana ni?

Tuesday, July 12, 2011

Bacaan Yassin

9/7/2011 @ 3.00 pm.

Hari sabtu lepas genaplah 7 hari pemergian arwah (ibu mertuaku). Sebenarnya rancangan untuk mengadakan bacaan yassin ini dah dirancang awal-awal oleh arwah. Bertujuan untuk mengadakan kenduri doa selamat diatas kesihatan beliau dan sekali gus untuk cucu-cucu arwah yang akan mengambil peperiksaan pada tahun ini (termasuk AK). 3 minggu sebelum arwah meninggal, arwah ada datang rumah aku nak discuss pada majlis ini. Kami adalah berbincang menu apa nak buat, nak panggil sapa dan lain-lain lagi. Arwah bercadang nak buat nasi hijau (nasi pandan katanya). Memandangkan arwah adalah seorang tukang masak, selalu gak ambil tempahan sekiranya ada jamuan. Macam-macam jenis nasi dan lauk-pauk yang selalu direka cipta. Sayangnya menantu dia tak pulak pandai masak macam dia kan?.

Jadi, kami adik beradik bersepakat untuk meneruskan aje majlis ni memandangkan door gift pun dah arwah tempah awal-awal dari kedai souvenir. Rasa sedih pulak masa kedai tu call suruh amik tuala yang dah siap. Kami adik beradik pakat-pakatlah memasak. Tak ada ambil tukang masak pun, memandangkan along dan angah ada bakat memasak seperti arwah maknya juga. Even adik-adik ipar aku juga pandai masak dan buat kuih. Tak terkecuali En Hasben. Malu jugak kadang-kadang tu bila berada kat dapur bersama-sama dia orang. Bila masing-masing duk cakap pasal masak memasak ni. 

Cuma menu kami tukar. Masak nasi minyak je. Dan sudah semestinyalah rasanya pun lain kan? 

Antara menu hari tu :-


Ayam masak merah sudah semestinya

Acar nenas masak dan sambal belacan yang terangkat lidah2 bila dimakan (special dari angah)

Labu masak lemak untuk dimakan dengan nasi putih

Goreng ikan tongkol (aya), kat Terengganu ikan aya mesti tak tinggal
Alamak, gulai daging lupa pulak nak snap.

Salah satu kuih kegemaran keluarga kami adalah kuih takung. Setiap kali jamuan mesti tak tinggal kuih ni. Dan yang paling expert buih kuih ni adalah adik ipar aku Fida. Hari tu kami menyediakan sebanyak 100 lebih jugaklah kuih takung ni. Daun pandan tak menjadi masalah, kat rumah aku berlambak daun ni. Iyalah, aku bukan masak pun. Sekali sekala je itupun kalau buat nasi lemak pada hari minggu. Kalau tak, kekeringan macam tu je ler.


Sebelum diletak lapisan kedua (putih)


Aku yang begitu gigih membantu menuang lapisan terakhir. Hahaha... nak gelak weh... lenguh tangan-tangan duk kena control. Iyalah, takut terlebih sudah menuang. Lebih putih pulak dari hijau. Macam lebih sudu dari kuah. erm.. boleh ke pakai pepatah ni...layan ajeler..

Dan inilah hasilnya. Sedap weh.... slurpppppppp...menjilat jari....lebih sedap kalau diletak dalam peti ais dulu.. makan masa sejuk-sejuk..rasa sejuk je tekak bila duk menelan kuih ni. Tak payah kunyah-kunyah, tolan ajo.


Setiap tetamu diberikan sedikit cenderahati sebagai tanda terima kasih kami kerana sudi datang. Dibekalkan sekali air yassin untuk tetamu bawa pulang. Dan limau sebagai mencuci perut sebab dah makan banyak lemak kat rumah kita orang. hihihi... 
Door gift


Antara tetamu-tetamu yang hadir

Ramai gak tetamu yang hadir yang kebanyakannya ialah kawan-kawan seperngajian arwah. Disamping saudara mara. Adalah dalam 70 orang.  


Majlis petang itu diketuai oleh Cikgu Fatimah. Cikgu Fatimah ni ialah pesara guru besar di Sekolah Kebangsaan Sri Gelugur Kertih. Memang beliau dah ada group untuk bacaan yassin ni. Setiap kali nak buat bacaan yassin just inform dia je. Dia akan bawa anak-anak buah dia. Tapi kali ni tak nampak pulak pakai baju seragam, biasanya baju sama je. 

Ini adalah para usherer pada petang tu termasuk aku. Along, Angah dan Fida. Masing-masing dah bersiap untuk menyambut ketibaan. Semua dah transform daripada tukang masak kepada para jelitawan belaka.



Wah, adik manis ni juga sebagai penyambut tetamu....color mesti nak pink

Monday, July 11, 2011

Alangkah bagusnya kalau.......

Salah satu cara bila aku tengah stress dengan kerja-kerja pejabat yang tak pernah nak habis-habis ni (iyalah, kalau habis mesti aku dah tak kerja kat sini lagi kan?) ialah dengan menjenguk gambar-gambar lucu kat Fropki.com ni. Boleh release tension sikit bila boleh gelak-gelak kan?.

Bestkan kalau........


Ni bila time nak guna dengan Nokia N8 aku. Memandangkan aku tak ada blackberry atau yang seangkatan dengannya, terpaksalah nak mengceduk wifi orang lain...hihihi


Benci habuk. Bila time kemas rumah (terutama sekarang ni semua kerja rumah dah kena buat sendiri). asyik bersin tak henti-henti. Sampai ke mata dah merah-merah.


Terutama handphone. Bila asyik main game je. Mulalah bateri semacam je...Kita nak call mana-mana dah gelap gambor. 


Memang makanan ringan sekarang ni ciput je isinya. Harga tetap sama, malahan ada yang dah naik harganya. Tapi isi kat dalam, hampeh....Bukan kata nak share, nak makan sorang pun just lekat celah gigi jer....


Yang ni memang suka sangat. Terutama tiba-tiba kalau rasa nak terberak kat dalam kereta. Mulalah rasa nak pergi tekan je suis lampu traffic tu supaya bertukar ke hijau. Boleh macam tu?


Benci betul bila time nak beli kasut terutama ada sale. Setiap kasut yang aku berkenan, selalu je tak ada saiznya. Tak tahulah kenapa...tak ada ong betul lah aku kalau bab membeli kasut ni. Kesudahannya balik Kertih beli je kasut ke Mesra Mall.


Hihihi... yang ni tak dapat komen apa-apa. Layan je lagu tu. Merah pun merah lah punch card. Ada ke orang macam aku ni?


pic. credit to Fropki.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...