Tuesday, July 12, 2011

Bacaan Yassin

9/7/2011 @ 3.00 pm.

Hari sabtu lepas genaplah 7 hari pemergian arwah (ibu mertuaku). Sebenarnya rancangan untuk mengadakan bacaan yassin ini dah dirancang awal-awal oleh arwah. Bertujuan untuk mengadakan kenduri doa selamat diatas kesihatan beliau dan sekali gus untuk cucu-cucu arwah yang akan mengambil peperiksaan pada tahun ini (termasuk AK). 3 minggu sebelum arwah meninggal, arwah ada datang rumah aku nak discuss pada majlis ini. Kami adalah berbincang menu apa nak buat, nak panggil sapa dan lain-lain lagi. Arwah bercadang nak buat nasi hijau (nasi pandan katanya). Memandangkan arwah adalah seorang tukang masak, selalu gak ambil tempahan sekiranya ada jamuan. Macam-macam jenis nasi dan lauk-pauk yang selalu direka cipta. Sayangnya menantu dia tak pulak pandai masak macam dia kan?.

Jadi, kami adik beradik bersepakat untuk meneruskan aje majlis ni memandangkan door gift pun dah arwah tempah awal-awal dari kedai souvenir. Rasa sedih pulak masa kedai tu call suruh amik tuala yang dah siap. Kami adik beradik pakat-pakatlah memasak. Tak ada ambil tukang masak pun, memandangkan along dan angah ada bakat memasak seperti arwah maknya juga. Even adik-adik ipar aku juga pandai masak dan buat kuih. Tak terkecuali En Hasben. Malu jugak kadang-kadang tu bila berada kat dapur bersama-sama dia orang. Bila masing-masing duk cakap pasal masak memasak ni. 

Cuma menu kami tukar. Masak nasi minyak je. Dan sudah semestinyalah rasanya pun lain kan? 

Antara menu hari tu :-


Ayam masak merah sudah semestinya

Acar nenas masak dan sambal belacan yang terangkat lidah2 bila dimakan (special dari angah)

Labu masak lemak untuk dimakan dengan nasi putih

Goreng ikan tongkol (aya), kat Terengganu ikan aya mesti tak tinggal
Alamak, gulai daging lupa pulak nak snap.

Salah satu kuih kegemaran keluarga kami adalah kuih takung. Setiap kali jamuan mesti tak tinggal kuih ni. Dan yang paling expert buih kuih ni adalah adik ipar aku Fida. Hari tu kami menyediakan sebanyak 100 lebih jugaklah kuih takung ni. Daun pandan tak menjadi masalah, kat rumah aku berlambak daun ni. Iyalah, aku bukan masak pun. Sekali sekala je itupun kalau buat nasi lemak pada hari minggu. Kalau tak, kekeringan macam tu je ler.


Sebelum diletak lapisan kedua (putih)


Aku yang begitu gigih membantu menuang lapisan terakhir. Hahaha... nak gelak weh... lenguh tangan-tangan duk kena control. Iyalah, takut terlebih sudah menuang. Lebih putih pulak dari hijau. Macam lebih sudu dari kuah. erm.. boleh ke pakai pepatah ni...layan ajeler..

Dan inilah hasilnya. Sedap weh.... slurpppppppp...menjilat jari....lebih sedap kalau diletak dalam peti ais dulu.. makan masa sejuk-sejuk..rasa sejuk je tekak bila duk menelan kuih ni. Tak payah kunyah-kunyah, tolan ajo.


Setiap tetamu diberikan sedikit cenderahati sebagai tanda terima kasih kami kerana sudi datang. Dibekalkan sekali air yassin untuk tetamu bawa pulang. Dan limau sebagai mencuci perut sebab dah makan banyak lemak kat rumah kita orang. hihihi... 
Door gift


Antara tetamu-tetamu yang hadir

Ramai gak tetamu yang hadir yang kebanyakannya ialah kawan-kawan seperngajian arwah. Disamping saudara mara. Adalah dalam 70 orang.  


Majlis petang itu diketuai oleh Cikgu Fatimah. Cikgu Fatimah ni ialah pesara guru besar di Sekolah Kebangsaan Sri Gelugur Kertih. Memang beliau dah ada group untuk bacaan yassin ni. Setiap kali nak buat bacaan yassin just inform dia je. Dia akan bawa anak-anak buah dia. Tapi kali ni tak nampak pulak pakai baju seragam, biasanya baju sama je. 

Ini adalah para usherer pada petang tu termasuk aku. Along, Angah dan Fida. Masing-masing dah bersiap untuk menyambut ketibaan. Semua dah transform daripada tukang masak kepada para jelitawan belaka.



Wah, adik manis ni juga sebagai penyambut tetamu....color mesti nak pink

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...