Thursday, July 07, 2011

Al-Fatihah



Tanggal 2 Julai 2011 @ 4.58 am telah pergi seorang lagi insan yang bernama ibu dalam hidup ku. Walaupun hanya ibu mertua, tetapi arwah tetap ku anggap seperti ibu sendiri. Memandangkan ibu sendiri telah 3 tahun meninggalkan aku. Tiada lagi tempat untuk aku bercerita masalah anak-anak, apatah lagi masalah suami (anaknya sendiri).

Minggu lepas arwah demam. Memang semenjak keluar dari hospital lebih kurang 8 bulan yang lepas, arwah sentiasa sahaja kurang sihat. Kejap-kejap demam, kejap-kejap kurang gula dalam darah. Pernah jugak dimasukkan ke Hospital Kemaman dalam 2 -3 hari kerana kurang gula dalam darah. Tetapi kemasukan ke Hospital Jumaat lepas, adalah yang terakhir. 

Kegagalan buah pinggang berfungsi dengan baik disebabkan batu karang adalah penyebab kematian arwah. Demam tu pun adalah disebabkan jangkitan kuman pada buah pinggang. Memandangkan buah pinggang sudah tidak boleh berfungsi dengan baik, kuman-kuman terus merebak ke dalam darah, paru-paru hinggalah ke jantung.

Kemuncak demam arwah adalah pada malam Jumaat @ 1/7/2011. Pukul 12 malam arwah dihantar ke hospital kerana demam yang keterlaluan sampai menggigil. Aku & En Hasben pulak memang mengantuk gila malam tu. Sampaikan hp terlupa nak letak kat tepi katil (kebiasaannya hp kami letak diatas side table). Tapi malam tu sampai tak terambil hp dalam almari, mengantuk punya pasal. Telefon rumah pulak aku cabut cable sebab malam semalam hujan ribut turun. So, better cabut awal-awal, kalau ribut tak adalah aku nak bangun tengah-tengah malam untuk cabut cable telefon tu.

Bangun tidur pada pagi Jumaat tu terkejut bila tengok miss call begitu banyak kat hp. Terus call Fida (adik ipar), dan baru dapat tahu yang mereka telah menghantar arwah ke Pusat kesihatan Kertih dan terus refer ke Hospital Kemaman. So, kami decided lepas sembahyang Jumaat akan terus ke Kemaman. Dalam tengahari ayah mertua telefon bagitahu yang arwah telah dimasukkan ke ICU. Katanya paru-paru dijangkiti kuman. Oleh kerana waktu sembahyang Jumaat telah hampir, maka kami cadang lepas Jumaat jugaklah baru pergi ke Kemaman.

Dalam pukul 3.00 ptg kami bertolak ke Kemaman tanpa Ak. Ak ada perkhemahan 1 Malaysia kat Sekolah. Sampai aje kat Hospital, kena tunggu pulak waktu melawat. Maknanya kena tunggu sejam lagilah. (Padahal boleh je masuk, tapi kena tekan loceng, tapi kami tak tahu pasal tu). 

Rasa sedih bila tengok keadaan arwah. Macam-macam wayar ada kat badan. Masa tu arwah boleh bercakap-cakap lagi walaupun dengan topeng oksigen dimulut. Cakap pun tak berapa clear. Tiba-tiba Dr. datang dan panggil kami dalam 2 - 3 orang masuk bilik. Aku, En Hasben (the only anak lelaki) dan Along masuk berjumpa Dr. Apabila Dr cakap yang arwah dah kritikal. Organ-organ penting dah tak berfungsi akibat jangkitan kuman. Even air kencing pun dah tak keluar. Oleh sebab itulah, kuman lagi cepat merebak ke dalam badan. Arwah akan tidak sedarkan diri bila-bila masa je. Dr pun dah cakap suruh bagitahu kat semua anak-anak yang duk jauh-jauh supaya dapat balik. Bila Dr cakap macam tu kami semua jadi tak terkata. Ingat jangkitan paru-paru biasa je.

Bila tengok monitor kat sebelah katil, rasa takut sangat-sangat. Semua bacaan semakin menurun. Kami adik beradik gilir-gilir masuk ke wad. Duduk sebelah arwah dan baca ayat apa-apa yang terlintas difikiran. Nak baca Yassin aku bercuti hari tu. Tak henti-henti membisikan kalimah syahadah ditelinga arwah. Hari semakin gelap. Dalam pukul 10.00 malam kami mengambil keputusan untuk balik dan hanya tinggal Fida bersama Kak Teh (anak saudara) tinggal untuk menjaga arwah.

Malam tu, on the way balik rumah jemput AK kat sekolah. Terkejut dia bila dapat tahu berita sedih ni. AK agak rapat dengan arwah Wan. 'Tak sempat Ak nak join larian 1 Malaysia katanya dalam gurauan'. Aku tahu dia cuba menyembunyikan perasaan sedihnya. Ah! anak bujang ku yang manja ni, tahu sangat aku perangai dia. Dia ajak abah dia pergi terus ke Hospital malam tu. Tapi oleh kerana kepenatan kami ambil keputusan pagi esok aje kita jenguk arwah kat Hospital. Dalam pukul 3.00 pagi Fida called cakap arwah dah tenat. En Hasben dan Ak terus bergegas ke Kemaman. Aku tak turut serta memandangkan adik demam. Memang adik dah demam sejak 3 hari yang lepas. Masih ingat gurauan arwah, adik sama dengan wan asyik demam je. Rupa-rupanya itulah gurauan terkakhir beliau bersama kami.

Tepat pukul 4.58 am arwah telah menghembuskan nafas terakhir. Hanya Fida yang berada disebelah dia. Tapi memang keadaannya tak sedarkan diri. Pukul 7.00 pagi jenazah selamat sampai di rumah. Dalam sekitar pukul 10.30 pagi jenazah selamat dikuburkan. Selesailah segala urusan dunia yang tinggal seterusnya ialah urusan dialam kubur. Adakah kita sudah bersedia untuk itu?

Semua orang akan mengalami mati. Dan apabila kita mati, maka terputuslah segala amalan kita melainkan 3 perkara. Sabda Nabi Muhammad S.A.W.
“apabila mati seseorang anak adam itu .. maka akan terhenti segala amalanya kecuali 3 perkara iaitu sedakah jariah, ilmu yang memberi guna dan doa anak – anak yang soleh”

“Ya Allah! Berilah keampunan kepada ibuku Fatihah Bt Baharu. Angkatlah darjatnya di kalangan orang-orang yang diberi petunjuk. Jadilah penggantinya bagi anak-anaknya yang masih tinggal. Kurniakanlah keampunan untuk kami dan untuknya, wahai Tuhan sekelian alam. Lapangkanlah untuknya di dalam kuburnya dan terangilah untuknya di dalam kuburnya”.  Amin.

Kenangan di pagi raya bersama arwah

3 comments:

Jajas said...

pagi2 ni sy rasa sedih pulak baca entri ni...sy masih ada ibubapa sy...tak tahu la mcm mana klu mereka ni pula yg pergi..sy belum cukup berbakti pd mereka...

Achiq said...

Jasman, berbaktilah kepada mereka sementara mereka masih ada.

BaiDuRi said...

Al Fatihah untuk arwah..semoga ditempatkan bersama orang-orang yg beriman..teringat saat pemergian arwah mak :(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...