Masih tidak terlewat untuk mengucapkan tahniah kepada pemenang-pemenang AJL25 yang telah berlangsung malam semalam.
- Persembahan Terbaik - Faizal Tahir - Hanyut
- Vokal Terbaik - Hafiz
- Tempat Pertama - Ana Rafalli - Tolong Ingatkan Aku
- Tempat ke - 2 - Meet Uncle Hussein & Black - Drama King
- Tempat ke - 3 - Hafiz - Noktah Cinta
Secara keseluruhannya AJL pada tahun ini memang ada peningkatan dari segi stage dan penataan muzik.
Tapi malangnya, aku tertidur semasa Stacy, Faizal Tahir (hanyut) membuat persembahan. Inilah bahananya kalau tengok TV sambil baring didalam bilik tidur. Hahahaha...
Sedar tak sedar, Dato' Syarifah Aini tengah duk nyanyi lagu Kau Tinggi Di Awan Biru. Semakin sihat aku tengok Dato' kita ni. Suka tengok persembahan Dato Siti Nurhaliza. Performance mengalahkan perserta AJL. Bagus apa? Dato' Siti memang sentiasa memberikan persembahan terbaik tak kira dimana saja. Tabik spring kat Dato' Siti.
Secara jujurnya, aku tak tengok pun lagi macam mana persembahan Faizal Tahir yang dikatakan very d boom tu. Youtube kat rumah aku pulak amatlah slow macam kura-kura dalam perahu. Sila salahkan Celcom kerana perkhidmatan broadband yang hampeh ni.
Ramai yang tak puas hati apabila Ana Rafalli ni menang. Mungkin lagunya tak sefamous mana kot (kata akulah). Aku sendiripun baru je 2 kali dengar lagu ni. Pertama kali dengar semasa AJL25 peringkat separuh akhir dan malam tadi adalah kali yang ke 2. Bukan salah syarikat rakamannya atau marketing ya!. Tapi, memang aku jarang dengar radio pun. Masuk kereta, CD / MP3 atau kadang-kadang pasang cerita (apabila bersama anak-anak). Tapi bagi aku, kalau dah juri pilih tu maknanya sedap lah tu. Nak, nak yang jadi juri semua best-best. Bukan calang-calang orang, semua berpengalaman dalam industri muzik. Ketua juri pulak sifu M Nasir. Berani ke korang nak cakap juri pilih bulu. Atau hanya si Ana Rafalli tu seorang perempuan yang cantik. Tak patut, tak patut. Sesiapa yang ada pendapat macam tu, patut ditukar je skru dalam kepala tu. huhuhuhu
Tapi, dalam ramai-ramai peserta AJL25 ni Shahir lah yang paling kesian. Dahlah tak menang apa-apa, siap kena penampar lagi. hahahahaha....
Shahir tanpa gigi besi, nampak tak hensem lah pulak. Tiba-tiba teringat kat kawan kita si wiwi. Macam manalah rupanya tanpa gigi besi?
No comments:
Post a Comment