Saturday, January 08, 2011

Masa untuk kamera baru

Kalau korang perasan, sejak kebelakangan ni aku hanya menggunakan kamera HP untuk ambil gambar.  Ini adalah kerana kamera digital Sony aku dah tak berapa betul (macam ada wayar tercabut gitu).  Dengan erti kata lain dah rosak dah.  Kalau ikutkan sejarahnya, kamera Sony tu dibeli pada tahun 2004 (almost 6 tahun dah pakai).  Jadi, of courselah sesuatu menda mana ada yang kekal kan? Lagipun kamera tu memang lasak jugaklah penggunaannya.  Ditambah ramai sangat tangan-tangan yang menggunakannya.  


Nampak tak garisan-garisan halus kat gambar ni? Itulah dia kerosakannya. Dah pergi hantar kat kedai kamera untuk dibaiki.  Ada ke patut, cina kat kedai tu cakap, beli baru aje maaa... kamera sekarang murah saja maaa... Iyalah, harga baiki nak sama dengan harga kamera digital baru.  
Zaman sekarang kamera digital murah-murah.  Kalau dulu aku beli kamera Sony aku tu dalam RM800 lebih jugak lah.  Tapi sekarang dalam RM300 - RM400 dah boleh beli satu digital kamera.



This time nak tangkap DSLR pulak lah.  Nak kena manja lebih-lebih sikit kat En Akauntan kita.  Boleh kan bang?





Aku ada jugaklah pergi survey 2 - 3 kedai kamera.  Nak kena tunggu durian runtuh dulu kot baru boleh beli.  Ataupun tunggu jual saham. Hahahaha....  Iyalah,  saham minggu ni nampak ok jer.  Asyik naik jer... 





Yang mana satu, idaman kalbu..... 




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...