Oleh kerana untuk tidak menghampakan permintaan anak dara aku si Shaida Maisarah, maka dalam keterpaksaan ku melangkahkan kaki ku menuju ke Mesra Mall untuk tengok cerita Kak Limah ni hah. Semasa beli tiket, budak jual tiket cakap hari ini last show untuk cerita Kak Limah ni. Fuh! nasib baik.
Oleh kerana sekarang ni musim sekolah, maka amatlah lenggang suasana kat lobby depan TGV ni. Sarah dengan riang ria nya berlari ke sana ke mari. Ingat padang permainan ke Sarah?. Tak apalah, budak-budak kan.
Adik pun sama naik, berlari kesana ke mari. Oh ya! adik dah berambut pendek. Lupa nak buat entry pasal tu. Cerita kat sini pun aci lah. Kira 2 dalam 1 lah ya. Kenapa aku potong rambut adik? Tak lain tak bukan adalah kerana dia kena pakai tudung ke sekolah. Jadi untuk menyenangkan penjagaan rambutnya, maka kita pujuklah dia supaya dipotong rambutnya. Untuk pengetahuan semua, tukang guntingnya ialah AKU ya. Bukan kedai gunting AKU, tapi mamanya lah yang potong rambut tu. Ok tak? Mula-mula dia tak nak potong rambutnya, dia takut dah tak boleh jadi princess dan tak cantik rambut pendek katanya. Puas jugaklah aku duk memujuk. Hasilnya, korang tengoklah sendiri..... cantik tak?
Aku tak adalah nak review pasal cerita Kak Limah tu, sebab dah basi kan citer ni. Lagipun korang semua pasti dah tengok citer Kak Limah ni. Sebenarnya aku nak cerita pasal dalam panggung tu. Ingatkan last show orang tak ramai. Rupa-rupanya penuh satu panggung.
Apa yang bengangnya, 1 barisan dengan kita orang adalah makcik-makcik dan siap bawa anak cucu lagi. Dia punya bising macam tengok TV kat rumah... Dah lah tu, budak-budak tu siap bergaduh dan menangis. Aduhhhhhhhhhh.. sabor ajeler. Dahlah masa mula-mula masuk panggung berebut kerusi dengan kita orang. Dia tak beli tiket pun untuk anak-anak dia orang, aku agak lah. Main duduk je kat kerusi bernombor kita orang. Bila aku tunjuk tiket barulah diribanya anak-anak depa. Inilah salah satu senario yang dapat kita lihat di TGV kat Mesra Mall ni.
Masing-masing berlagak ala2 Kunfu Panda |
p/s : Kalau nak tengok wayang kat Mesra Mall ni, pergilah hari Rabu, ada diskaun.
2 comments:
zzzzz2018.7.27
oakley sunglasses
fitflops sale clearance
oakley sunglasses
ugg boots on sale 70% off
kate spade handbags
fitflops sale clearance
pandora charms
polo ralph lauren outlet
polo ralph lauren
kate spade outlet
webpage bags replica gucci browse this site cheap designer bags replica imp source replica bags
Post a Comment