Di suatu petang semasa menonton sinetron kegemarannya, tiba-tiba terpacul soalan darinya.
- Sarah : Mama, kenapa Riana ada baby? Dia kan tak kahwin lagi dengan Galang?
- Aku : Memanglah dia tak kahwin lagi, tapi em, em, em…
- Sarah : Kalau tak kahwin kenapa boleh ada anak?
- Aku : Sebab dia telah berzina.
- Sarah : Zina tu apa?
- Aku : ?????
Sarah, Sarah.. macam-macam soalan yang kadang-kadang tak terjawab oleh kita. Kalau nak cerita kat sini soalan-soalan cepu emasnya, memang letihlah jari ku menaipnya. Mungkin lain hari kita cerita soalan-soalan cepu emas dari Sarah.
Kesimpulannya, sinetron Cinta Kirana bukanlah satu sinetron yang boleh diambil banyak iktibar darinya. Kalau dekat Indonesia mungkin biasa agaknya mabuk-mabuk lepas tu tertidur dengan isteri kawan baik (dah jadi ala-ala cerita baratlah pulak). Adegan-adegan begitu kemungkinan biasa bagi mereka di Indonesia, tapi di Malaysia memang kena tapis dulu dan memang akan kena gunting atau paling teruk kena gam terus citer-citer macam tu. Apatahlagi kalau tayangannya diwaktu perdana. Lainlah kalau tayangannya pada selepas pukul 10 malam dan dilabel 13PG.
Berbanding cerita-cerita sinetron Malaysia, mesti banyak pengajaran yang dapat kita ambil daripada cerita-cerita tersebut. Tapi aku hairan, kenapa kita masih membeli cerita-cerita dari Indonesia sedangkan jalan ceritanya bukan bagus sangat.
Apakah kita masih lagi kekurangan karya-karya bermutu untuk diketengahkan? Cewah.. bajet serius giler aku ni… apahal? Tapi, nasib baik si Randi Pangalila tu hensem dan baru je dapat tahu yang dia
juga adalah penyanyi… terus download lagu Lewat Semesta...
2 comments:
wahhh..soalan sarah mmg bijokkk aah!! sampai mama pon sudah spicless nk jawab. kak kena masuk kelas "mari belajar menjawab soalan Sarah".hihihi
tu lah pasai....
ermmm.. sabar ajelah..
Post a Comment