Monday, April 11, 2011

Cun ke?





Aku baru je tengok cerita Cun ni minggu lepas. Pada asalnya tak nak review pun cerita ni, tapi bila terbaca pasal kutipan cerita Cun ni, rasa tergerak pulak hati ini untuk mengulas sikit sebanyak tentang cerita ni.

Sebab-sebab mengapa cerita Cun kurang mendapat sambutan.. (dari kaca mata aku yang kurang ariff bab-bab filem ni)....

Jalan cerita yang kurang menarik. Dah acap kali aku tengok jalan cerita yang seakan-akan cerita Cun ni. Pasal heroin bandar masuk kampong, lalu jatuh cinta kat hero kampong begitu sebaliknya hero bandar masuk kampong dan jatuh cinta kat awek kampong.. dan begitulah seterusnya. Bila aku tengok cerita ni teringat cerita Kayangan. Memang tak 100% macam cerita Cun.. tapi sama tak serupa kata orang.

Begitu jugak watak Tok yang agak over sedikitlah. Tok yang duk asyik menghisap cerut. Yang 24 jam asyik duk pegang rokok tu jer. Agak-agaklah. Kalau pegang sireh ke ok lah sikit. Memanglah nak menunjukkan nenek moden, tapi tak berapa sesuai…jenuh pulak kita nak mengexplain kat budak-budak ni. Pasal apa nenek hisap rokok, kan rokok tu membahayakan kesihatan, nenek tu kan dah tua…apa nak jawap? Korang fikirlah sendiri?

Tapi tak semua dalam cerita Cun tu tak ok. Misalnya watak Manis. Sangat best tapi amat berbeza dengan watak tomboy si Faezah tu yang rasanya agak over. Tak adanya si lelaki duduk mengkangkang je sepanjang masa. Agak tidak berapa sopanlah walaupun dalam filem.


Pemandangan sawah padi amat menakjubkan. Apatah lagi aku yang jakun dengan sawah-sawah padi. Memang tak pernah merasai pun kehidupan dikampung yang mempunyai sawah-sawah padi yang menghijau. Memang terbaik wok…..Rasa nak join sekali je diaorang berlari-lari kat batas-batas kat sawah padi tu.

Itu ajelah yang aku nak mengomel pasal cerita Cun ni. Dah tak ada mood lah pulak nak cerita panjang lebar. Nak tahu lebih lanjut lagi, korang tengoklah sendiri.

Overal, 2 bintang untuk Cun. (berbintang-bintang pulak sekarang ni cik Achiq ni… ahakssss.. nak tergelak rasanya)




3 comments:

vielyns said...

nak try tengok juga filem ni ;)..

Juli said...

macam cereka rama rama pnyer konsep citer. so kak gi tgk wayng macam tgk citer tv3 cuma kali ni kat panggung.hehe

sawah padi view mmg superb~

Anonymous said...

ok la dr cinta hantu2 bodoh2 kat panggung tu.. lagi geli bila tgk artis belakon jd org alim dan b'ckp & b'tekak hal agama, tolong la....xyah la ckp bab agama dlm cerita, tp kat luar perangai mcm setan.. ala, lu pun bdk m'sia, mcm la xpenah tgk sawah, Kl @ bandar lain bknya hebat sgt pun, malaysia ja pun, lu xpayah la nak buat2 perak.. lu pun asal kg...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...