Friday, April 29, 2011

Selamat hari jadi untuk diri sendiri....

Happy Birthday Cake



Hari ini bermulalah era baru dalam kamus hidup aku. Rasa takut, gembira, suka bercampur-campur. Pejam celik, pejam celik aku dah mula masuk ke frasa 40an. Orang kata life begins at 40 hahaha... tiba-tiba rasa macam dah tua sangat dah....

Bila kenang balik, dah 40 tahun aku hidup dunia ni. Dah banyak pengalaman suka duka yang aku tempuhi. Dalam tempoh awal frasa 40 an ni, orang kata macam-macam perkara baru yang akan kita alami. Entahlah.. Orang kata bila dah masuk ke 40 an, kita akan sedikit sensitif. Ya lah kot. Aku kadang-kadang tengok drama minggu ini pun boleh nangis. Bila dah masuk ke era baru ni juga, membuatkan aku menjadi lebih lemah lembut gaya ala-ala perempuan melayu terakhir gitu.. boleh ke?. Aku perasan sifat keras dan kasar aku dah semakin berkurangan. Lagi satu faktor, mungkin aku dah ada 2 anak dara yang manja-manja gitu. So, kalau cakap dengan dia orang, kenalah jaga tingkahlaku sebab kita adalah idola mereka. Di mata mereka kita adalah terbaik.

Tapi sebenarnya, aku tak adalah rasa apa-apa perbezaan pun. Sukan segala macam sukan aku still lagi join. Masih ligat lagi di court futsal ni. hihihi....Iyalah, siapa kata kalau dah masuk umur 40 dah tak boleh main sukan bagai. Anggapan yang salah tu. Kalau kita dah biasa aktif bersukan, tak kisahlah sukan apa, mesti tak senang duduk bila tengok orang duk main sukan. Malahan kalau tak beraktif dalam seminggu memang rasa lemau je badan ni.

Alhamdulilah, syukur kepada Allah kerana telah memberikan kesihatan dan umur yang panjang kepada aku. Terima kasih ya Allah kerana masih membenarkan aku menghirup lagi udara pada usia 40 ini. Terima kasih ya Allah atas kebahagian yang telah Kau berikan kepada ku dengan menganugerahkan aku sebuah keluarga yang bahagia. Segala pujian hanya pada Mu. Pencipta segala alam. Sesungguhnya hidup dan mati ku hanyalah untuk Mu.

5 comments:

MammaSun said...

Happy birthday akak!!!
Kalau ada dekat leh bagi hadiah...hehe...
Semoga semakin berbahagia dalam kehidupan bersama family tersayang. Nikmat berbahagia bersama insan-insan tersayang adalah antara yg terbesar dalam hidup.....
Enjoyy!!

BaiDuRi said...

Happy Birthday Achiq..semoga dilimpahkan kebahagaian, kerahmatan dan kesihatan yang baik..dan saya amat setuju dgn perenggan 2nd last tu sbb saya pun suka bersukan..hehe..

Achiq said...

Suna : adiah boleh post beb...

Baiduri : Terima kasih..sukan untuk kesihatan kan?

nida husna said...

selamat hari lahir, semoga panjang umur dan murah rezeki :)

Juli said...

happy birthday kak! semangt sukan akak samapi umo 40 masih eveready bila diajak amat saya respectkan!!hihihi

smoga panjang umo dan happy2 selalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...