Tuesday, April 12, 2011

Aurat bukan Urat....

Jom kita baca pantun seloka dibawah. Dah baca tu renung-renungkan dan fikir-fikirkanlah....

SELOKA AURAT

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk serkup,
Mini telekung pun orang cakap,
Elok dipandang tak payah mekap.


Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani mengurat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.


Pakaian moden memanglah hebat,
Harganya mahal walupun ketat,
Walaupun cantik tetap singkat,
Orang memakai pun nampak pusat.

Lagilah aneh bila difikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada, iman terjungkir,
Kain terbelah paha terukir.


Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Kesana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.

Berbaju kurung bukanlah mengurung,
Lebih elok jubah jika direnung,
Ditambah pula jika bertudung,
Supaya syaitan susah nak bertarung.





Nukilan :
Siti Aishah Mustafa,
Tampin, Negeri Sembilan
(Keluarga - March 2011)          

5 comments:

PReDicToR said...

huh teruknya...rosak imej tudung..

Juli said...

kesiiannyer mereka2 dalam gmbar tuuuuu

Ju Zie said...

gmb2 memang extreme...

vielyns said...

hehehe macam2 la..nak cakap pun tuan blog dah tulis panjang lebar ;). Semoga diberikan hidayah kepada yang belum betul2 memahami apa perlunya tudung tu ;)..

miss nina said...

errm.. ada jugak macam tu.
minta dijauhkan la

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...