Saturday, April 02, 2011

Sayangilah jantung kita


Terkejut ke bila tengok gambar diatas? Rasa-rasanya tak adalah terkejut sangat. Sebab sekarang ni situasi sebegini sudah jadi perkara biasa. Cuma yang mungkin akan membuatkan kita terkejut apabila kita mengenali mangsa-mangsa. 

Kesnya sama macam arwah Shamrin. Kejadian berlaku dipadang bola jugak. Cuma, Alhamdulilah, umur Malek Noor masih panjang apabila mendapat rawatan dengan cepat. Dia sendiri pun tak sangka kena serangan jantung. Dia ingatkan hanya angin biasa aje, sementelahan sebelum turun ke pandang beliau telah makan durian kampung. So, ingatkan durian penyebabnya.

Itulah yang selalu terjadi kepada kita. Jangan disangka yang tidak disangka-sangka itu akan terjadi kepada kita. Oleh kerana itu, amatlah disarankan sekiranya sesiapa yang berumur 35 tahun keatas, dinasihatkan menjalani medical check up secara terperinci. Terutamanya jantung. Tapi bukan hanya medical check up saja yang patut dibuat, senaman kardio juga patut diamalkan selalu. Semua dah tahu yang penyakit jantung adalah pembunuh no. 1 sekarang ni.

Kita akan mula sedar dan insaf (macam buat jahat aje kan) apabila seseorang yang rapat / kenalan kita yang terkena serangan sakit jantung ni. Macam aku sendiri. My ex boss kat KPSB dulu terkena serangan sakit jantung apabila beliau menghadiri kursus yang ala-ala team building di Cameron Highlands. Rasa terkejut dan tak berapa percaya apabila isteri beliau menghubungi aku untuk memberitahu perkara tersebut. Dalam 3 bulan jugak aku tak ada bos. Nasib baik serangan tu tak berapa kuat dan sempat diberi rawatan. Setelah menjalani pembedahan demi pembedahan akhirnya Alhamdulilah beliau kini telah pulih. Tanda-tanda serangan pulak bukan kat jantung cuma sakit perut je. Tapi tak hilang-hilang jugak walaupun dah makan ubat. Keputusan cepat beliau untuk ke Hospital Pakar di Ipoh amatlah tepat. Sebab bila ke klinik biasa, hanya ubat sakit perut biasa je yang doktor bagi. Mungkin sebab rasa tidak sedap hati, beliau meminta pihak penganjur kursus menghantarnya ke Hospital Pakar. Yang pasti lepas je dapat tahu sakit jantung, rokok 100% dah tak boleh hisap. Iyalah dia tu kaki hisap rokok. Memang perokok tegar lah.

Arwah bonda aku pun mati mengejut juga. Tengah-tengah malam sesak nafas. Tak sampai sejam je, meninggal. Doktor klasifikasikan sebagai serangan sakit jantung. Memang sedih. Walaupun kak long aku seorang jururawat, tapi bila keadaan macam ni. jadi macam tak tahu nak buat apa-apa. Tak sempat pun nak bawa ke Klinik berhampiran. Bila ajal dan sampai, kita sebagai manusia dan beragama Islam, kenalah redha dengan ketentuanNya.

Jadi wahai kawan-kawan ku semua, sayangilah jantung kita. Jom kita berexercise sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Kalau tak ada masa nak berjogging atau beraerobik, cukuplah sekadar pasang lagu (rancak punya) dan menari bersama anak-anak. Sekurang-kurangnya 20 minit non stop. Just nak bagi jantung kita pumping dengan kadar laju sekali sekala. Kadang-kadang kita kenalah bagi jantung kita exercise sikit. 

Nampaknya cuaca hari ini sangat baik. Apa kata kita lakukan aktiviti luar hari ini. Rasa-rasanya nak main bola keranjang dengan anak bujang kitalah petang ni. Nak join?



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...