Sunday, May 29, 2011

Apa yang tak kena dengan ko ni Hazama?

Frust betullah semalam. Frust bila Terengganu kalah dengan Kedah. 1 - 0. Habis ranap rekod Terengganu yang tak pernah kalah main ditempat sendiri. Dileburkan oleh Kedah. Memang badi kalah dengan Kedah tak pernah hilang kat pasukan Terengganu ni. Berapa kali Ashaari duk try shoot bola ke jaring, asyik dapat tangkap je keeper Kedah ni. Tendangan percuma pun tak dapat nak nolong Terengganu. Sekarang Kelantan dah naik tangga atas balik. Macam mana tu? Dah lari dari tajuk dah ni. Frust punya pasal...


Si Hazama ni pun satu. Nyanyi lagu si Mus tu macam tak nak lepas habis jer. Macam orang tahan kentut jer. Muka dah bagus ala-ala My Chemical Romance pun ado aku nengok eh. Tapi tak rock mana lah brader. Kenapa tak tarik habis-habis masa kat chorus tu? Dah lah tu, siap tukar melodi pulak. Potong stim betul lah.

Aku dah siap bertukar channel cuma nak tengok ko sorang je menyanyi. Alih-alih ko pulak nyanyi macam tu. Macam mana tu? Memang patutlah abang Hattan pun rasa frust. Aku peminat setia ko ni pun frust, tahu tak? Walaupun aku tak ngundi ko (tak ada duitlah nak antor sms, kalau ko xpax jimatlah sikit kredit aku). 

Lagu tu memang lagu berhantu, sepatutnya ko pukul habis semalam. Lepas je suara sepenuh jiwa raga ko. Masa menjerit tu ko jerit lah kasi akak Ogy takut sikit. Barulah ala-ala Mus. Walaupun tak 100% macam Mus. 

Apa-apa pun minggu depan ko buat betul-betul lah. Tak kiralah dapat lagu rock lagi sekali ke, lagu balada ke yang penting all out ok.

Kalaulah Hazama terbaca blog aku ni best gak. Agak-agak ada masa ke dia nak baca blog-blog ni? Agak-agak dia ada blog tak?

Pulanglah....

Pulanglah....Awi Rafael

Tiba-tiba je suka pulak dengar lagu ni. Ini semua gara-gara si Kay (AF9). Ingat tak minggu yang ke berapa ntah, aku pun lupa dia duk nyanyi lagu ni. Tapi rasa-rasanya minggu tu dia tak disingkirkan lagi. Dan sudah semestinya lagu ni selalu je dinyanyikan oleh Sarah, sampaikan aku pun terikut-ikut minat pulak dengan lagu ni. 

Jom layan....


Oh ya! kalau tak silap Awi ni penyanyi Singapura.

Friday, May 27, 2011

Oh My Laling Streamyx.....

Hai, hai, hai......Welcome back my laling streamyx. Akhirnya aku berpatah balik kepada streamyx. Awal-awal dah cantik-cantik pakai streamyx, tapi gatal tangan beralih arah kepada Celcom broadband. Last-last aku juga yang asyik naik hangin kat Celcom broadband ni. Dahlah macam kura-kura signal. Lately langsung tak boleh nak masuk internet. Langsung tak ada signal. Apa ke biol punya signal. Aku tak adalah nak salahkan kat Celcom 100%, iyalah mungkin kawasan area rumah aku ni yang tak berapa ok kot, dilindungi oleh bukit-bukit dan gunung ganang. (Macam duduk dalam hutan lah pulak).

Dari dulu lagi en hasben dah nasihat, fikir betul-betul sebelum nak pakai broadband. Tapi aku degil. Siap suruh terminate lagi line streamyx dengan alasan tak yah lah bayar bil banyak-banyak. Dan oleh kerana kedegilan ku yang selalu je tak nak dengar cakap suami, akhirnya aku mengalah. Dan sudah semestinyalah aku terpaksa menahan telinga apabila dipulangkan balik kata-kata yang agak berbisa untuk aku dengari. waduhhh...dushhhhh

Tapi akhirnya dia layan jugak aku punya perangai. Pergi daftar balik streamyx. Ala bukan susah pun, isi borang je dan kena lah bayar balik segala macam pendaftaran. Part bayar-bayar ni yang tak berapa gemar ni. Apa-apa pun kena tunggu next bill.

Rasa bersemangat pulak nak update blog ni. Kalau boleh hari-hari nak update. Laju je itenet ni. (Lagak aku ni macam kera dapat bunga je aku rasa......hihihi). Macam ni baru bersemangat nak ber BW. Bolehlah selalu jenguk you all blog. Suka, suka sangat....

Thursday, May 26, 2011

Drama Realiti Kehidupan @ Dua Alam versi Mohd Ashraf

Apa nak jadi dengan dunia sekarang ni. Ingatkan dalam filem je ada cerita-cerita macam ni. Rupanya kat dunia realiti ni begitu terang-terangan mereka berani menonjolkan siapa mereka. Bukan nak menghina golongan-golongan mereka, tetapi sudah-sudahlah tu. Bawa mengucap dan beristigfarlah banyak-banyak. Menda macam ni bukan boleh dibuat main-main. Apatah lagi yang melibatkan ciptaan Azali. Kita dengan senang-senang je nak ubah. 

Tiba-tiba teringat cerita Dua Alam Dr Romzy tu. Aku rasa budak Ashfar (nama bukan main cantik dah tu, nak tukar Aleesha pulak) patut tengok cerita tu berkali-kali. Biar datang keinsafan sikit. Susahnya bila mati, dari urusan mandi mayat sampailah nak bawak ke kubur. Tapi, urusan kematian ni hanya tuhan yang tahu, bukan urusan kita. Kita sendiri pun tak tahu lagi macam mana kita akan mati kan. Tapi, bila tengok cerita Dua Alam tu memang akan menginsafkan kepada sesiapa saja yang menengoknya. Sedap apa cerita tu, banyak iktibar yang kita dapat dalam cerita tu. Jangan ingat kita ni tak mati, asyik menongkah dunia sahaja. 


Hasrat lelaki tukar nama ditunda - petikan dari Berita Harian



KUALA TERENGGANU: Harapan menggunung seorang lelaki untuk menukar nama daripada Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, 25, kepada Aleesha Farhana tertangguh lagi apabila Mahkamah Tinggi di sini, semalam menetapkan 18 Julai depan untuk keputusan. 

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa menetapkan tarikh itu bagi membolehkan beliau meneliti hujah dikemukakan peguam Mohd Ashraf Hafiz selaku pempetisyen, Horley Isaacs dan Peguam Kanan Persekutuan, Adhha Abu Bakar yang mengendalikan kes berkenaan.



Mohd Ashraf Hafiz, pemegang diploma dalam bidang perubatan daripada sebuah institusi pengajian tinggi tempatan lengkap berpakaian seperti wanita dengan berbaju kurung moden berwarna kuning air, berkerudung merah jambu serta berkasut tumit tinggi menarik perhatian ramai yang menyedari kehadirannya di mahkamah semalam.


Dia yang menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand antara 2008 hingga 2009 kerana mendakwa lebih cenderung kepada perwatakan wanita memfailkan petisyen memohon mahkamah membenarkannya menukar nama Mohd Ashraf Hafiz kepada Aleesha Farhana, bagi memudahkannya menguruskan kehidupan seharian, selain mahu memasuki universiti melanjutkan pengajian dalam bidang sama. 

Dalam prosiding akhir di mahkamah semalam, Horley dalam hujahnya berkata, anak guamnya disahkan pakar perubatan daripada Pusat Perubatan Pantai (PMC) dan Hospital Putrajaya layak menjalani pembedahan menukar jantina, menjalani rawatan hormon serta psikologi sebelum melakukan pembedahan di Thailand. 

Malah katanya, kedua ibu bapa pempetisyen turut mengesahkan anak mereka memiliki alat sulit lelaki sejak lahir, tetapi ia tidak normal, bersaiz kecil, tidak aktif dan tidak berfungsi sebaiknya seperti rakan sebaya lain. Mohd Ashraf Hafiz juga disahkan ibunya lebih cenderung berperwatakan wanita sejak kecil dan membuat kenyataan bersumpah membenarkan anak lelakinya itu menjalani pembedahan. 

Bagaimanapun, Addha dalam hujahan balasnya berkata, peguam pempetisyen gagal melampirkan laporan lengkap daripada doktor bahawa pembedahan dijalankan berjaya menjadikan Mohd Ashraf Hafiz seperti wanita tulen termasuk mempunyai rahim dan tubuh kewanitaan dan fakta apabila perlakuan seksual berlaku antaranya sama ada dia boleh mengandung. 

“Kita tidak ada perundangan yang membenarkan permohonan pempetisyen ini dan jika mahkamah membenarkan permohonan ini, ia akan memberi kesan jangka panjang kepada institusi masyarakat. Kita tidak tahu mungkin ramai di luar sana yang beratur untuk menukar nama dan jika keputusan mahkamah membenarkan permohonan ini ia boleh menyebabkan huru-hara dalam masyarakat,” katanya. 


Testing, testing...1,2,3

Ini sesi testing menggunakan new baby. Semua org dah bertukar ke iphone dan yang sewaktu dengannya. Tapi aku tetap setia dgn nokia. I lap u nokia.
Sent from my Nokia phone

Wednesday, May 18, 2011

Ikan Bakar Petai Part II

Ingat tak hari tu aku pernah cakap nak pergi makan ikan bakar petai kat Kuantan? Punyalah lama cerita makan ikan bakar petai ni nak keluar. Sila salahkan editor blog ni ya (aku lah tu)..Bukan apa, tersangkut kat bahagian penyuntingan. Almaklumlah, gaji ciput, nak tunggu duit nuffnang, berjanggutlah jawabnya...

Ini kira sambungan dari cerita ikan bakar petai hari tu ya. Sapa-sapa nak tahu cerita dari awal, klik sini ya. 

Selesai je urusan di Kuantan, dalam kul 5 petang gitu terus je menuju ke Tanjung Lumpur. Bawa kereta slow-slow je sebab nak pilih kedai makan yang mana jadi pilihan. Kat depan setiap kedai makan memang dah ada pekerja-pekerja dia orang duk memanggil-manggil pelanggan supaya berhenti kat kedai dia orang.

Last-last berhenti kat kedai makan Kak Long ni jugak (seperti yang direkemenkan oleh Yatie). Kita orang memang sengaja tak makan yang berat-berat untuk lunch sebab nak qadha makan tengahari dengan makan malam sekali. (yg sebenornya nak melantak banyak-banyak kat sini). Sebab biasanya kita orang kalau dah makan lunch yang berat-berat (nasi atau seumpamanya), nanti kalau dinner memang dah tak larat nak makan nasi. 


Sampai-sampai je, terus pilih ikan. Kita orang pilih ikan Siakap Putih. Kalau masak stim best gak ni... Tapi oleh kerana kat sini yang namanya kedai ikan bakar, sudah semestinya dibakarlah ikan tu. 


Tak lupa juga, lala dimasak serai. Masakan yang simple tapi sedap... ratah je, tak yah makan dengan nasi pun best.


Adik sorang diri pun boleh makan kesemua lala tu...


Sayur campur sudah semestinya. Baru complete pyramid makanan.. hihihi


Wah, kolestrol bertambah lagi dengan adanya sotong celup tepung. Ranggupnya masih terasa. Tapi sos tak berapa ngam lah...ada kureng sikit.. 


Dan inilah rupanya ikan bakar petai tu. Nampak tak petai yang bertaburan tu. Aku yang banyak sekali duk kutip petai tu. Budak-budak tu bukannya makan pun petai tu. Apabila aroma petai bercampur dengan rempah ikan bakar, maka keajaiban pun berlaku lah. Sodap sehingga menjilat jari. Kata orang, mak mertua lalu pun tak sedar ni...

Burrr.... Alhamdulilah, kenyang sangat-sangat. Nanti nak trylah buat kat rumah. Bakar ikan bersama petai. Rasa-rasa jadi tak? Belum cuba, belum tahu... alamak, nanti Kak Long ikan bakar tak boleh cari makan lah macam ni....

Saturday, May 14, 2011

Mee Kg Pek

Kebetulan semasa melawat Ayah De (bapa saudara) dan Cik De (arwah) di Kota Bharu, Kelantan, kami sempat singgah ke salah satu restoran yang femes di sekitar Kubang Kerian ni. Itupun setelah direkemenkan oleh kawan Ateh.

Lepas je waktu melawat kira-kira pukul 7.00 petang dan selepas menunaikan solat maghrib kat Hospital, kami apalagi terus bergegas ke restoran Mee Kg. Pek. Tak pasti restoran tu dinamakan sempena nama kampung kat situ atau pun nama orang. Lupa pulak nak tanya tokey kedai. Yang penting makan aje, sebab perut memang dah mula berbunyi setelah 5 jam mengharungi perjalanan dari Kertih ke Kota Bharu. 


Dah nama restoran pun Mee Kg Pek. Mestilah menu utamanya adalah mi. Tapi jangan bimbang, kepada sesiapa yang bukan pengemar mi, boleh juga mengorder makanan lain. Kalau tak silap masakan panas berasaskan nasi pun ada. Tapi rugilah kalau tak rasa mi basah lencun iaitu salah satu makanan yg femes kat sini.


Muka-muka kepenatan sambil menunggu makanan sampai. Angah dan Ateh sempat bergossip lagi tu. Bukan bergossip yang tak baik punya, sekadar mengimbas kembali kejadian yang tak diingini yang telah berlaku keatas bapa saudara kita orang. 


En hasben nak try mi bandung. Inilah mi bandung hasil tangan restoran ni. Apasal warna mi bandung ni tak warna merah / oren ya. Ala-ala pink gitu. Sila jangan salahkan kamera handphone aku tau.. memang color mi bandung dia orang macam tu. Macam tak lalu nak makan je... tapi, en hasben relax je... habis licin dia makan, sehingga menjilat sudu.. hihihi...


Ini pulak mi goreng basah aku. Seakan-akan sama dengan mi bandung en hasben. Bezanya tak ada telur. Udang adalah dalam 5 - 6 ekor. Semua udang disapu oleh Sarah & Marissa... biasalah tu.

Rasa mi goreng udang ni oklah. Nak kata tak sedap tak lah jugak. Sedap sehingga menjilat jari tu tak adalah sangat. Bolehlah sekadar mengisi perut yang lapar. Ala-ala mi rebus pun ada. Korang nak tahu rasa macam mana, nanti kalau ke Kelantan, silalah singgah ya... Janganlah malu, malu..


Ini pulak portion mi goreng udang untuk 5 orang. Dibahagi sama rata ya. Dalam gambar nampak mangkuk mi tu macam kecil je kan. Tapi sebenarnya mangkuk mi tu besar. Ala-ala mangkuk nasi tambah gitu.


Wah, semua duk asyik masyhuk makan. Oleh kerana tempat makan ni Ateh yang rekemenkan, maka kami dengan sebulat suarat bersetuju supaya makan malam kita orang disponsor oleh Ateh. Biasalah tokey gas kan...Ateh yang bertudung hitam tu. Terima kasih daun keladi.. lain kali jangan serik-serik cari tempat makan lagi...


Dalam orang duk mengorder  mi-mi bagai, Naquib pula nak nasi + telur goreng mata kerbau + kicap. Hahahaha... tak boleh tahan rasanya. Orang semua duk makan mi, hanya dia je yang nak makan nasi. Mi tak sedap katanya...budak-budak, layan ajer ler...


Part ni yang paling kelakar. Selepas habis makan, tengah duk menunggu bil sampai tiba-tiba kedai ni blackout. Menjerit semua orang dibuatnya. Apatah lagi kanak-kanak. Nasib baiklah dah habis makan. Nak kira duit untuk bayar bil pun kena pakai cahaya handphone. Dalam tengah-tengah duk kepenatan dan kesedihan ada gak part yang kelakar. Hahaha...

Thursday, May 12, 2011

Al-Fatihah


Hari Khamis yang lepas @ 5/5/2011 kami dikejutkan dengan satu lagi berita sedih. Sebenarnya masa mendapat berita tersebut, aku dan Ateh sedang dalam perjalanan ke LCCT. Nak pergi holiday, lain kali cerita pasal holiday ni. Oleh kerana kami memang dah nak sampai kat LCCT, maka terpaksa jugalah kami meneruskan hajat kami untuk berholiday. Iyalah tiket dan arrangement lain semua dah dibuat. Anak-anak semua dah excited nak pergi bercuti. Tak kan nak di cancel semua itu. Lagipun aku tak adalah rasa terkilan sangat, sebab kami dah pun pergi melawat arwah semasa beliau didalam wad ICU hari tu.

Mak saudara (Cik De) aku yang kat Kuala Terengganu telah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya pada hari Pekerja yang lepas. Kemalangan tersebut melibatkan suami arwah (bapak saudara aku (adik arwah ayah) Ayah De), Mak arwah dan adik arwah. Ayah De masih lagi terlantar lagi dihospital dan patah kedua-dua kaki. Semasa aku menulis cerita ni, Ayah De masih lagi tidak sedarkan diri tetapi telah dipindahkan dari wad ICU ke wad biasa. Mi pulak (panggilan kami kepada mak arwah Cik De) patah kedua-dua tangan dan masih lagi terlantar di Hospital begitu juga adik arwah Cik De. Adik arwah tidak begitu serius keadaannya. Kesemua mereka telah ditempatkan di Hospital Universiti Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan. Oleh kerana kemalangan tersebut berlaku di Jertih maka sebab itulah kesemua mangsa ditempatkan di HUSM, Kota Bharu, Kelantan. Mereka semua dalam perjalanan balik ke Kuala Terengganu daripada melawat adik beliau yang berada di Kulim, Kedah.

Nasib baik aku sempat menziarahi arwah sehari selepas kemalangan. Keadaan arwah masa tu memang agak teruk pada pandangan aku. Dengan pendarahan didalam kepala yang agak kritikal. Kalau mendengar penjelasan adik beliau tempohari, memang 50 – 50. Kalau tak dibedah, mungkin akan terus koma sampai bila pun tak tahu. Tapi kalau dibedah, peluang pun agak tipis jugak. Tapi, Allah lebih sayangkan arwah. Belum sempat masuk bilik bedah, arwah dan menghembuskan nafas terakhir beliau. Oleh kerana aku tidak ada semasa hari pengebumian, jadi semua cerita hanya dapat didengar pada hari selasa baru ni. Itu pun Angah yang cerita. Agak terkilan bila dapat tahu anak beliau, Din (sebenarnya anak angkat, arwah tidak mempunya anak) tidak berada disamping beliau semasa tengah nazak. Masa tu Din dalam bas on the way ke Kuantan, dengar cerita nak gi ambil kereta beliau di Rompin.

Kesian Din, dalam sekelip mata sahaja sudah hilang tempat pergantungan. Din memang seorang anak yang manja. Iyalah anak sorang. Semua menda arwah yang uruskan. Ayah De pulak masih lagi terlantar tidak sedarkan diri  didalam hospital. Din pulak baru sahaja 2 bulan kena posting kat Rompin (guru). Nak ambil cuti mungkin agak susah sebab baru lagi kan. Dia mesti terfikir sapa nak jaga ayah dia. Tak kan nak harapkan bapak-bapak saudara atau anak-anak saudara aje. Kalau ada adik beradik lain bolehlah bergilir-gilir. Faktor tempat juga menjadi masalah. Nun jauh di Kota Bharu, Kelantan.

Tiba-tiba aku terfikir, nanti kalau balik kampong macam dah tak berapa bermakna. Orang-orang yang terdekat semua dah tak ada. Kalau dulu balik raya mesti lepak rumah arwah Cik De. Hidangan singgang ikan aya adalah lauk wajib bila bertandang rumah arwah. Last jumpa arwah adalah pada raya tahun lepas. Semua bersemangat nak bergambar sakan. Rupa-rupanya itu adalah kenangan terakhir kami bersama arwah.

Arwah ditengah-tengah bertudung unggu

Gegirls - kenangan bersama arwah - raya 2010
Al-fatihah untuk arwah Cik De. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah dan semoga arwah Cik De ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Wednesday, May 04, 2011

Sutera Bidadari


Pelancaran Sutera Bidadari – 30 April 2011


Sutera Bidadari kini sudah boleh dimiliki mulai 22 April yang lalu sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) sehingga 1 Mei 2011  di Karangkraf Mall, Dewan Tun Dr Ismail, PWTC dengan diskaun 15 peratus. Hanya akan diedarkan di seluruh Malaysia setelah PBAKL berakhir.
Bersempena dengan itu, Majlis Pelancaran Novel Sutera Bidadari akan diadakan pada 30 April 2011. Anda semua di jemput hadir. - petikan dari kelabram .

Rasa terkilan sangat weh sebab tak dapat pergi ke pesta buku tersebut. Iyalah kat KL kan. Memang tak berkesempatan langsung. Lainlah kalau kebetulan ada urusan di sana, sudah semestinya kita singgah. Terutama pulak bila tengok Sutera Bidadari dah keluar. Memang tak sabar rasanya ni... Bilalah sampai kat Popular MM ni?



Kalau korang nak tahu, Sutera Bidadari ni adalah sambungan kepada tetralogi Bagaikan Puteri. Sutera Bidadari ni adalah sambungan kepada 4 buah novel RAM sebelum ni. Semua novel ni memang best. Bagaikan PuteriCinta Sang RatuHijab Sang Pencinta and Cinta Sufi. Semua dah ada dalam koleksi aku. Tak sabar nak jumpa Laksamana Sunan. Sapa-sapa baca novel ni memang jatuh cinta lah kat Laksamana Sunan. Oh tidak!




Jom baca sinopsis novel Sutera Bidadari...

Saifudin - Muncul semula dari Tasik Hulu Melaka setelah 6 purnama dalam pengawasan dan rawatan Hang Tuah. Pengambaraan pun bermula ke Negeri Atas Angin untuk memburu Taghut durjana. Pelayaran telah mengundang banyak pancaroba. Namun, dia tetap berazam dan bertawakal memburu musuh yang telah banyak menyesatkan manusia.

Raja Roman - Setelah Sang Petala berlepas diri, Taghut terkapai-kapai hilang kesaktian. Lebih mendukacitakan apabila dia kematian permaisurinya... Sutera. Namun, dia masih berazam untuk menghapuskan Laksamana Sunan sehingga ke hujung nyawa. 

Makhluk Sumpahan - Sang Dewi muncul akibat sumpahan Maharani Pulau Utara sebelum kerajaan itu runtuh suatu waktu dahulu. Sang Dewi menyeru nama Saifudin menerusi lontaran suara naluri. Sang Dewi kerap memerangkap Saifudin ke alam tidak berdinding. 

Saifullah - Pada abad ke 21 ini, dia memburu sisa kejahatan yang berlanjutan dari tahun 1511. Abid Kamal dan Shahril turut menyertainya kerana Saifullah mirip Saifudin yang pernah hidup pada tahun 1511.

Ramlee Awang Murshid - Sutera Bidadari, bukan hanya mempamerkan aksi lasak yang menguja pembacaan, malah turut memanipulasikan emosi kerana karya kali ini menggabungkan kedua-dua elemen yang tidak terungkai sehinggalah ke noktah terakhir.

Monday, May 02, 2011

Sejuknya di tanah tinggi....

Kalau nak tahu, gambar dientry yang lepas tu adalah di pintu masuk ke rumah salji di Genting Highlands. Apa rasionalnya dia gantung patung kat situ tidaklah aku ketahui.


Cuti sekolah yang lepas (dah lama kan? macam dah basi je, dah nak masuk cuti pertengahan tahun dah) kita orang adalah jalan-jalan kat Genting Highland. Kiranya ini adalah kali yang pertama adik menjejakkan kaki dia ke tanah tinggi Genting. Sarah pulak 2nd. time. Masa 1st. time pergi umur dia baru 3 tahun. Kiranya dah lama jugaklah aku tak bercuti di sana.

Awal-awal lagi kami dah bertolak. Siap masak breakfast lagi (pukul 5 pagi dah bangun masak mihun). Dalam pukul 9 am dah sampai. Perut dah mula berbunyi, punyalah kita orang duk mencari port yang bagus untuk makan, semuanya berkabus dan basah. Last2 makan je kat parking. Selamba je hampar tikar dan makan.


Sarapan diselubungi embun pagi.. Sejuk dowh....minum teh panas tak terasa panasnya teh tu...pengalaman yang sukar dilupakan..


Sebelum nak masuk ke Taman Tema, wajiblah membeli tiket. Oleh kerana kita orang adalah orang terawal yang beratur dikaunter tiket, tak dapat apa-apa diskaun pun.. hihihi... ayat.. saja jer...

Nampak tak muka 2 orang budak yang tak sabar-sabar nak masuk ke dalam. Kita orang cuma beli tiket untuk taman luar saja. Kalau beli kesemua tiket untuk taman dalam dan luar, mesti tak cukup masa, lagipun lepas ni kita orang nak ke KL pulak.



Check, check gelang pakai tak?


 Kakak Sarah, semua haiwan nak bergambar. Pose mesti vogue gitu...


1st. time Amirul a.k.a Danny naik menda pusing-pusing ni. Aku tengok dah mula rasa pening + loya. Macam mana lah dia orang ni boleh tahan pusing-pusing macam tu...


Adik ntah kali keberapa dah naik elephant ni. Suka bebenor dia. Padahal bukannya tak biasa naik menda-menda macam ni. Mungkin, feel dia lain sikit sebab naik kat tempat sejuk kan....


Muka yang cuak, sebab asyik kena langgar je.. Kakak dah tak ingat dunia dah naik kereta ni. Dia asyik nak langgar orang ni. Adik takut.. nampak muka dah macam nak menangis dah.... sabar, sabar... dah siap panggil Umi dah...


Sapa tu? 




Susahnya nak bergambar satu keluarga. Dah lah orang tengah ramai lalu lalang. Masing-masing buat perangai dah. Tak sabar nak masuk ke snow house.

Bila dah tengahari, hujan dah mula turun. So, kita orang decide keluar dulu dan lepak-lepak kat dalam ni. Tunggu hingga hujan berhenti. At last, hujan tak henti-henti. Terkilan jugak budak-budak tu (terutama AK). Banyak benda yang best-best dia tak dapat naik. Tak apalah, lain kali boleh datang lagi.

Dalam pukul 4 petang, kita orang terus bergerak ke KL. 


Sunday, May 01, 2011

Emosi bercelaru...


Sejak kebelakangan ni,hati tak tenang,perasaan tak keruan. Banyak perkara yang difikirkan. Tak tahu kenapa dan mengapa. Mungkin bila dah masuk ke angka 40 ni macam-macam ujian yang Allah bagi, kerana ujian hadir buat orang yang beriman kan?! Ya Allah ya Tuhanku, jauhkan aku dari bisikan syaitan yang sentiasa membisik-bisik ditelinga ku ini. Aku bahagia dengan apa yang aku ada sekarang. Ujian apakah kiranya yang Engkau anugerahkan kepada ku ini? Bayangan-bayangan hitam sentiasa diingatan. Telah kucuba menghindarinya, tetapi semakin kucuba, ia semakin datang. 

Jadinya cuti 3 hari ini aku duk bermuhasibah diri, relax2..banyakkan berehat (tidur aje yang aku tahu). Kerana nak mengqadarkan minggu sukan tempohari, rehat yang amat tidak cukup. Mungkin salah satu kenapa hati aku tak berapa keruan ini adalah kurang rehat kot. Melayan keletah anak-anak membuatkan diri aku hilang sekejap bersama gelak tawa mereka. Comelnya adik dengan keletahnya yang manja. Cutenya Sarah yang sentiasa bergaya lagak diva. Duk dengar Sarah berkaraoke, hilang duka nestapa. Apatah lagi duk asyik mendengar si Danny yang asyik mengusik Sarah...tension pun ada.

Tapi itu semua sudah dapat mengubat hati ku ini. Maka malam ini aku sudah yakin dan InsyaAllah aku telah berjaya bangkit sebagai diri ku yang sebenar. Tiada lagi yang ku harapkan, tiada lagi yang ku inginkan (lirik lagu ni weh)...Besok pergi kerja dengan semangat baru, buangkan segala prasangka yang tidak elok. Jauhkan diri dari punca masalah (yang ni tak boleh kot). Tapi apa-apa pun, kita cuba setakat yang mampu. Mana tahu aku je yang berprasangka lebih-lebih walhalnya tak ada apa-apa masalah pun (mudah-mudahan begitulah ya).





Tapi,hati ini tetap yakin bahawa ALLAH sentiasa bersama. Ya Allah,berikanlah aku kekuatan dan ketenangan untuk melalui segala dugaan dan cabaran. Insyaallah. Amin.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...