Salah satu cara bila aku tengah stress dengan kerja-kerja pejabat yang tak pernah nak habis-habis ni (iyalah, kalau habis mesti aku dah tak kerja kat sini lagi kan?) ialah dengan menjenguk gambar-gambar lucu kat Fropki.com ni. Boleh release tension sikit bila boleh gelak-gelak kan?.
Bestkan kalau........
Ni bila time nak guna dengan Nokia N8 aku. Memandangkan aku tak ada blackberry atau yang seangkatan dengannya, terpaksalah nak mengceduk wifi orang lain...hihihi
Benci habuk. Bila time kemas rumah (terutama sekarang ni semua kerja rumah dah kena buat sendiri). asyik bersin tak henti-henti. Sampai ke mata dah merah-merah.
Terutama handphone. Bila asyik main game je. Mulalah bateri semacam je...Kita nak call mana-mana dah gelap gambor.
Memang makanan ringan sekarang ni ciput je isinya. Harga tetap sama, malahan ada yang dah naik harganya. Tapi isi kat dalam, hampeh....Bukan kata nak share, nak makan sorang pun just lekat celah gigi jer....
Yang ni memang suka sangat. Terutama tiba-tiba kalau rasa nak terberak kat dalam kereta. Mulalah rasa nak pergi tekan je suis lampu traffic tu supaya bertukar ke hijau. Boleh macam tu?
Benci betul bila time nak beli kasut terutama ada sale. Setiap kasut yang aku berkenan, selalu je tak ada saiznya. Tak tahulah kenapa...tak ada ong betul lah aku kalau bab membeli kasut ni. Kesudahannya balik Kertih beli je kasut ke Mesra Mall.
Hihihi... yang ni tak dapat komen apa-apa. Layan je lagu tu. Merah pun merah lah punch card. Ada ke orang macam aku ni?
pic. credit to Fropki.com
4 comments:
:))
bestt bace..hehe
tunggu lagu abes masa dah paking. byk kali kot jadik camtu.hahah
tang green light tu suka betul...!! terasa diri ni exclusive jer bila nak blk umah terkena lampu hijau jer sepanjang2 jalan...
:D
hehe... btul la, klo kasut yg kte bekenan slalu jer xjumpa saiznye
Post a Comment