Monday, January 24, 2011

Ilmu yang patut dikongsi bersama

Assalammualaikum,  

Aku nak share sikitlah tentang petua yang pernah aku dapat dari seorang pakar motivasi. Elok dilakukan oleh salah seorang ibu atau bapa atau seelok-eloknya dua-dua buat iaitu selepas ibu buat... diikuti oleh bapa (InsyaAllah anak akan lebih merasai dihargai). Caranya senang jer...

Setiap pagi.. sebelum pegi sekolah
1. berdiri belakang anak,
2. menghadap kiblat...& kedua2 (anak & ibu atau bapa)
3. letakkan kedua2 telapak tangan ibu/ayah yg dirapatkan atas kepala anak tanpa sentuh kepala lebih kurang 1 inci dari rambut... 
4. bacakan al Fatihah & Alam-nash-rah... hingga habis....
5. pastu niat dalam hati mohon pada Allah "Ya Allah permudahkanlah anak aku ini untuk belajar dan diterangkan hati & ditetapkan iman & lain2 doa yg nak dihajatkan"
6. lepas itu kucup dahi anak dan pergi le kesekolah....
Tak sampai pun 5 minit...jangan malu nak kucup dahi anak-anak walaupun dah berusia 17 tahun... (terutama pihak ayah akan rasa malu nak cium anak lelaki yg dewasa) saya diberitahu (semasa sesi motivasi tersebut), telapak tangan kita ini ada aura... dan mestilah digunakan sebaiknya...sebab itulah orang tua-tua kata jangan tampar anak guna telapak tangan...

Tanamkan semangat untuk buatkan setiap hari dan anda lihatlah kesannya....   kalau tak dapat setiap hari, 2 hari sekali, seminggu sekali ...JANGAN TAK BUAT LANGSUNG...




Nasihat saya... anda masih belum terlambat... buatlah sekarang pada semua anak-anak, sehingga mereka dewasa. Seelok-eloknya ibu dan ayah kedua-dua sekali buat... semasa anak-anak nak pergi sekolah atau sebelum tidur atau bila-bila teringat...InsyaAllah anak akan dengar cakap ibu ayah dan terang hati. Wallahuwalam.....


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...