Friday, January 21, 2011

U Make My Day

Sebelum pergi solat Jumaat, AK tanya aku satu soalan. 

AK    : Ummi, kalau kita ada kedai, macam mana nak buat kedai kita ramai ramai pengunjung?
Ummi : Marketing kena bagus lah...sambil lewa jer... dlm hati... ini mesti pasal homework

Sebelum dia keluar dari rumah, dia datang kat aku yang duk mengadap lappy ni (tak masak pun lagi), cium pipi aku dan bagi jawapan : KITA BUAT `FREE SALE' LAH UMI. datang ala-ala spontan gitu

Agak-agak muka aku nampak sangat mcm ni kot...
Pic. google 

Aku dengan muka yang confius jap sambil pandang ke muka AK. Dia senyum sambil kenyit mata dan tiba-tiba aku ketawa.




Terus dia dia cakap, We all miss you lah Umi. Miss your jokes, miss your gelak sakan tu. Sentap sekejap aku  bercampur terharu. Terus nak share this moment kat sini. 

Ini bukan cerita pasal bagus punya lawak. Tapi, nak cerita macammana anak-anak boleh buat kita tersentuh walaupun kadang-kadang lawak / aksi yang dia buat tu biasa je.

Apa? Teruk sangat ke aku dalam 2 -3 hari ni?. Ok, ok, aku mengaku agak over sikit dengan anak-anak semasa ketiadaan hasben. Asyik pot-pet, pot-pet duk mengarah itu ini. Iyalah, kalau tak keluar suara singa aku ni, mahunya tak jalan semua kerja. Balik kerja muka agak stress sikit. Mungkin anak-anak aku perasan kot. Selama ni aku macam cool je, biasanya yang duk mengarah2 ni Abah diorang. 

Apa-apa pun AK. Terima kasih banyak-banyak kerana buat Umi senyum dan happy sokmo.



Maka disini, bersaksikan korang semer, Umi ingin minta maaf banyak-banyak di atas kealpaan Umi 2 - 3 hari ini. Ketahuilah, you're the most precious thing in my  our life. 


3 comments:

Juli.Zakaria said...

walopon dalm potpet2 pon, anak ibu perasan ummi stresss (tambah skrip ak)..sweeettttt..

MammaSun said...

sweet nyer.......

Ju Zie said...

time2 mc bole bermesra dgn anak2~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...