Friday, April 29, 2011

Selamat hari jadi untuk diri sendiri....

Happy Birthday Cake



Hari ini bermulalah era baru dalam kamus hidup aku. Rasa takut, gembira, suka bercampur-campur. Pejam celik, pejam celik aku dah mula masuk ke frasa 40an. Orang kata life begins at 40 hahaha... tiba-tiba rasa macam dah tua sangat dah....

Bila kenang balik, dah 40 tahun aku hidup dunia ni. Dah banyak pengalaman suka duka yang aku tempuhi. Dalam tempoh awal frasa 40 an ni, orang kata macam-macam perkara baru yang akan kita alami. Entahlah.. Orang kata bila dah masuk ke 40 an, kita akan sedikit sensitif. Ya lah kot. Aku kadang-kadang tengok drama minggu ini pun boleh nangis. Bila dah masuk ke era baru ni juga, membuatkan aku menjadi lebih lemah lembut gaya ala-ala perempuan melayu terakhir gitu.. boleh ke?. Aku perasan sifat keras dan kasar aku dah semakin berkurangan. Lagi satu faktor, mungkin aku dah ada 2 anak dara yang manja-manja gitu. So, kalau cakap dengan dia orang, kenalah jaga tingkahlaku sebab kita adalah idola mereka. Di mata mereka kita adalah terbaik.

Tapi sebenarnya, aku tak adalah rasa apa-apa perbezaan pun. Sukan segala macam sukan aku still lagi join. Masih ligat lagi di court futsal ni. hihihi....Iyalah, siapa kata kalau dah masuk umur 40 dah tak boleh main sukan bagai. Anggapan yang salah tu. Kalau kita dah biasa aktif bersukan, tak kisahlah sukan apa, mesti tak senang duduk bila tengok orang duk main sukan. Malahan kalau tak beraktif dalam seminggu memang rasa lemau je badan ni.

Alhamdulilah, syukur kepada Allah kerana telah memberikan kesihatan dan umur yang panjang kepada aku. Terima kasih ya Allah kerana masih membenarkan aku menghirup lagi udara pada usia 40 ini. Terima kasih ya Allah atas kebahagian yang telah Kau berikan kepada ku dengan menganugerahkan aku sebuah keluarga yang bahagia. Segala pujian hanya pada Mu. Pencipta segala alam. Sesungguhnya hidup dan mati ku hanyalah untuk Mu.

Monday, April 25, 2011

Tersangkut

Aku pun hairanlah. Apa yang dibuat kat atas sana tu. Hah, pandai naik tapi turun tak pandai. Apa ke hell nya? Macam kucing je... naik pokok pandai nak turun tak pandai. Hairan kan? Kenapa kucing macam tu? Kenapa binatang lain tidak? Tapi kadang-kadang manusia pun macam tu jugak. Pandai naik tapi tak pandai turun (ada ke?)....

Tapi biasanya manusia yang normal, dia tahu akan ada masa dia di atas, ada masa dia dibawah. Jadi sekiranya kita berada di atas, janganlah lupa rumput di tanah ni. Janganlah sombong apabila melihat kelebihan kita melebihi daripada orang lain. Rezeki yang lebih-lebih tu dikongsilah bersama.


Aku pun tak tahulah, apa si mamat ni buat kat atas sana tu. Duk termenung melihat kebawah. Samada merenung diri sambil mencari jalan untuk turun ataupun muhasibah diri. Tapi jangalah membawa diri sampai ke atas sana, sampai tak leh turun. 


Orang kat bawah tu duk sama memikirkan, macam mana nak bawa turun mamat yang ke atas tu. Biasalah manusia, kalau tak sibuk dengan urusan sendiri, urusan orang lain pun nak diambil tahu juga. Samada kita memang jenis cepat belas ihsan kepada orang lain atau cuma sekadar nenempel untuk buat-buat sibuk. 

Macam kes accident kat tepi jalan. Kebanyakan yang berhenti hanya untuk menengok sahaja. Ada segelintir sahaja yang betul-betul tolong kerana ikhlas. Yang lain ada juga yang songlap barang-braang berharga. Yang tukang amik gambar pun ramai juga (mengalahkan wartawan). Korang kalau tak buat apa-apa tak yahlah berhenti. Menyesakkan jalan sahaja. Dah lah kita nak cepat, ni main tibai je parking hanya nak gi amik gambar orang accident tu. Yang bestnya, siap reka cerita pulak. Tak patut, tak patut.

Weh, dah lebih-lebih pulak aku membebel ni. Dan jangkit emosi tak stabil plak ni.

Gambar-gambar diatas tu aku amik semasa bercuti tempohari. Kat mana? Nanti kita cerita. Sapa tahu, cer teka, cer teka. Nanti kita bagi hadiah.. hahahaha....

Sunday, April 24, 2011

I should be so lucky, lucky, lucky, lucky.....

Hari tu aku adalah join GA yang pasal saya, makan dan makanan tu. Join pun kiranya suka-suka je (biasalah, alasan lapuk je tu). Dan tak disangka-sangka aku telah berjaya menjadi salah seorang pemenang didalam kategori  2 pemenang bertuah. Dan dikabarkan hadiah yang bakal aku terima adalah perencah mee bandung Mak Pon (huhu.. tak sabar nak masak mee bandung menggunakan perencah Mak Pon ni)  dan FM Sabah (yang ini aku pun tak pasti apa kebendanya, just wait and see maaa). 

Untuk pengetahuan uols semer, ini adalah yang 2nd. time kita menang. 1st. time menang GA anakku-comel-giveaway- anjuran Zana.  Walaupun saguhati je.. tapi puashati...(mcm pantun 2 kerat lah pulak). Hadiah dah pun diterima. Cantik klip rambut yang adik dapat, warna pink lagi.. lain entry kita cerita.. 



Dua Pemenang Bertuah Perencah Mee Bandung Mak Pon dan FM Sabah




Nak tahu gambar dan cerita mana yang kita pertaruhkan kliklah kat bawah ini ya... http://achiqlebon.blogspot.com/2011/03/saya-makan-dan-makanan.html

Terima kasih daun keladi diucapkan kepada sweetfamilysindahouse kerana memilih kita sebagai pemenang dan juga ucapan tahniah kerana telah  berjaya menganjurkan GA makan-makan ni. Lain kali bolehlah anjur lagi...

Friday, April 22, 2011

Ikan Bakar Petai

Betapa kuatkah pengaruh blog keatas hidup anda? Mesti ramai yang jawab, amatlah berpengaruh kan. Dan disebabkan kerana itulah nuffnang diwujudkan. Kerana kita sebagai blogger adalah amat mempengaruhi fikiran orang-orang awam diluar sana. Kuasa dihujung jari. Hahahaha... Apa yang aku merepak ni, langsung tak kena mengena dengan tajuk. 

Eh, pembetulan, mukadimah adalah amat kena mengena dengan tajuk ya. Ceritanya begini, aku sekarang ini amat mengidam nak makan Ikan Bakar Petai tahu! (mengidam? oh tidak!)...Ini adalah gara-gara Yatie duk cerita kat blog dia pasal ikan bakar special ni. http://sawanila.com. Sampai meleleh air liur aku duk tengok gambar ikan pari bakar ni. Sementelah pulak aku adalah peminat petai tegar. Memang melelehlah sekali lagi air liur aku ni. Bukan nafsu makan aku yang membuak-buak tetapi nafsu ibu yang tak termengandung ni hah.

pic. credit to Sawanila.com
Kebetulan pulak hari ini nak turun Kuantan. Apa lagi, jalan-jalan cari makan lah.

Oh! untuk apa saya ke Kuantan? Bukan sebab nak jalan-jalan cari makan saja tau. Ada agenda lain yang tersembunyi. Tak boleh cakap sekarang. Tapi dah menyelam tu boleh minum air sekali kan. 

Yummy! Yummy!

Wednesday, April 20, 2011

Telur Oh! Telur

pic. google
Aku pasti semua dah tahu pasal kehadiran telur tanpa diundang ni dipasaran. Mungkin kat Malaysia ni tak adalah secara meluas sangat dengan erti kata lain, kat supermarket kat kampung aku ni memang tak ada lagilah kes-kes menjual telur yang tak ori ni.

Dan aku juga pasti, dah ramai orang duk bercerita pasal bagaimana telur-telur tak ori ni dibuat. Dari kulit telur sampailah ke isi telur. Ada jugalah aku duk menerima email-email dari kawan-kawan dan siap ada gambar lagi bagaimana proses pembuatan telur ni. 

Aku cuma nak share dengan kawan-kawan semua bagaimana nak mengenal pasti telur tak ori ni. In case kita tersalah beli.... Maklumat ini aku cedok dari Persatuan Penguna Pulau Pinang (CAP).

Telur tak ori ni apabila dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur. Cangkerang telur tak ori agak berkilat berbanding telur ori, tetapi tidak begitu ketara. Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur ori.

Apabila telur tak ori digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal. Telur ori agak berbau seperti daging mentah. Ketuk-ketul sedikit telur itu. Telur ori berbunyi lebih rapuh berbanding telur tak ori. (bagaimana bunyi rapuh tu agak-agak macam korang makan kerepek yang rapuh-rapuh tu).

Selepas memecahkan telur tak ori, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama. Ketika menggoreng telur tak ori, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.

So, korang semer silalah berhati-hati kerana kemungkinan telur tak ori ini juga mungkin mengandungi gelatin yang haram dimakan oleh orang Islam.

Semoga perkongsian ini akan memberi manfaat kepada kita semua. 

Sharing is caring....

Love u all

Monday, April 18, 2011

Kau Lelaki, Aku Wanita




Tuesday, April 12, 2011

Aurat bukan Urat....

Jom kita baca pantun seloka dibawah. Dah baca tu renung-renungkan dan fikir-fikirkanlah....

SELOKA AURAT

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk serkup,
Mini telekung pun orang cakap,
Elok dipandang tak payah mekap.


Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani mengurat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.


Pakaian moden memanglah hebat,
Harganya mahal walupun ketat,
Walaupun cantik tetap singkat,
Orang memakai pun nampak pusat.

Lagilah aneh bila difikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada, iman terjungkir,
Kain terbelah paha terukir.


Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Kesana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.

Berbaju kurung bukanlah mengurung,
Lebih elok jubah jika direnung,
Ditambah pula jika bertudung,
Supaya syaitan susah nak bertarung.





Nukilan :
Siti Aishah Mustafa,
Tampin, Negeri Sembilan
(Keluarga - March 2011)          

Monday, April 11, 2011

Cun ke?





Aku baru je tengok cerita Cun ni minggu lepas. Pada asalnya tak nak review pun cerita ni, tapi bila terbaca pasal kutipan cerita Cun ni, rasa tergerak pulak hati ini untuk mengulas sikit sebanyak tentang cerita ni.

Sebab-sebab mengapa cerita Cun kurang mendapat sambutan.. (dari kaca mata aku yang kurang ariff bab-bab filem ni)....

Jalan cerita yang kurang menarik. Dah acap kali aku tengok jalan cerita yang seakan-akan cerita Cun ni. Pasal heroin bandar masuk kampong, lalu jatuh cinta kat hero kampong begitu sebaliknya hero bandar masuk kampong dan jatuh cinta kat awek kampong.. dan begitulah seterusnya. Bila aku tengok cerita ni teringat cerita Kayangan. Memang tak 100% macam cerita Cun.. tapi sama tak serupa kata orang.

Begitu jugak watak Tok yang agak over sedikitlah. Tok yang duk asyik menghisap cerut. Yang 24 jam asyik duk pegang rokok tu jer. Agak-agaklah. Kalau pegang sireh ke ok lah sikit. Memanglah nak menunjukkan nenek moden, tapi tak berapa sesuai…jenuh pulak kita nak mengexplain kat budak-budak ni. Pasal apa nenek hisap rokok, kan rokok tu membahayakan kesihatan, nenek tu kan dah tua…apa nak jawap? Korang fikirlah sendiri?

Tapi tak semua dalam cerita Cun tu tak ok. Misalnya watak Manis. Sangat best tapi amat berbeza dengan watak tomboy si Faezah tu yang rasanya agak over. Tak adanya si lelaki duduk mengkangkang je sepanjang masa. Agak tidak berapa sopanlah walaupun dalam filem.


Pemandangan sawah padi amat menakjubkan. Apatah lagi aku yang jakun dengan sawah-sawah padi. Memang tak pernah merasai pun kehidupan dikampung yang mempunyai sawah-sawah padi yang menghijau. Memang terbaik wok…..Rasa nak join sekali je diaorang berlari-lari kat batas-batas kat sawah padi tu.

Itu ajelah yang aku nak mengomel pasal cerita Cun ni. Dah tak ada mood lah pulak nak cerita panjang lebar. Nak tahu lebih lanjut lagi, korang tengoklah sendiri.

Overal, 2 bintang untuk Cun. (berbintang-bintang pulak sekarang ni cik Achiq ni… ahakssss.. nak tergelak rasanya)




Friday, April 08, 2011

Agungnya CiptaanMu


Ketika Allah menciptakan insan bergelar wanita , Dia mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkannya.

Pada hari ke-enam, datang seorang Malaikat bertanya, " Ya Allah, kenapakah engkau mengambil masa yang terlalu lama untuk menyiapkan ciptaan-Mu kali ini? "

Allah menjawab, " Sudahkah engkau melihat betapa cantik dan mulianya ciptaanku ini ? Lihat...Dua tangan yang ada ini mestilah boleh dibersihkan, tetapi bahannya bukanlah daripada plastik. Setidaknya terdiri daripada 200 bahagian yang boleh digerakkan dan berfungsi baik untuk segala jenis makanan. Mampu menjaga banyak anak bersamanya. Mempunyai pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan keburukan. Dan semua yang kuterangkan tadi cukup dengan hanya menggunakan dua tangan ini. "

Malaikat berkata," Ya Tuhanku, cukuplah setakat hari ni. Engkau boleh menyambungkannya keesokan hari"

" Oh, tidak. Aku mahu menyiapkannya. Ini adalah ciptaan kegemaran-Ku", balas Allah kepada malaikat-Nya.

Malaikat itu terpanggil untuk mendekati dan melihat dengan jelas ciptaan Tuhan-Nya, iaitu Wanita. Disentuhnya ciptaan tersebut. " Ya Tuhanku, kenapakah engkau membuatnya begitu lembut? "

Allah menjawab, " Ya. Aku membuatnya lembut. Tapi... . pastinya engkau tak terfikir apatah lagi sanggup membayangkan kekuatan yang Aku berikan agar mereka dapat mengatasi banyak hal yang luar biasa " .

" Adakah ciptaan-Mu ini mampu berfikir, Ya Tuhanku ? " tanya Malaikat itu penuh kehairanan.

Allah menjawab, " Dia bukan sahaja mampu berfikir, malah Aku berikan kepadanya kekuatan untuk bertolak ansur dan bertoleransi yang luar biasa"

Malaikat menyentuh ciptaan itu di bahagian dagunya... .

" Ya Tuhanku, kelihatan seperti ciptaan-Mu ini kelihatan seperti lelah dan rapuh. Seolah terlalu banyak beban yang perlu ditanggungnya. "

Sambil tersenyum, Allah menjawab " Itu bukan bererti lelah atau rapuh. Itu adalah air matanya. "

Malaikat kehairanan lalu bertanya " Air mata ? Untuk apa, Ya Tuhanku ? "

" Air mata adalah satu cara untuk diamenyuarakan perasaanya. Segala kegembiraan, keresahan, cinta, kesepian, penderitaan dan kebanggaannya ", sambung Allah.

Dengan perasaan takjub, Malaikat berkata, " Ya Allah, Subhanallah ! Begitu agungnya ciptaan-Mu bergelar Wanita ini, Ya Allah. Sesungguhnya engkaulah Yang Maha Mencipta sesuatu yang menakjubkan yang tak mampu dijawab dek akal".

Allah menjawab, " Ya mesti...

Aku ciptakan Wanita ini supaya dia mempunyai kekuatan mempersona lelaki. Dia kuat mengatasi beban malah mampu melebihi laki-laki. Dia mampu menyimpan kebahagiaan apatah lagi kesedihannya sendiri. Dia mampu tersenyum dikala hatinya dihimpit dan diguris kesedihan, menyanyi di saat menangis, menitiskan air matadi saat terharu, bahkan tertawa di saat ketakutan. Dia mampu berkorban untuk orang-orang yang dicintainya. Mampu berdiri teguh di kala melawan ketidak adilan apatah lagi makin teguh di kala melihat kebaikan. Mampu juga menerjunkan dirinya tanpa menghiraukan bahaya untuk keluarganya. Dia menolong temannya yang kesakitan untuk mendapatkan ubat.

Cintanya tanpa bersyarat !

Dia menangis saat dikurniakan suami disampingnya.
Dia menangis saat melihat anaknya menjadi pemenang.
Dia girang dan bersorak saat melihat temannya tertawa.
Dia begitu bahagia mendengar kelahiran.
Hatinya begitu sedih mendengar berita sakit dan kematian.
Dia selalu punya kekuatan untuk mengatasi hidup.
Dia tahu bahawa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka biar sedalam mana peritnya.

Cuma... .ciptaanku ini punya satu kelemahan... ", terang Allah pada Malaikat-Nya.

Malaikat itu kehairanan. " Ciptaan Allah Yang Maha Agung ini punya kelemahan ? Nyatakan padaku kerana aku tidak memahaminya, Ya Allah".

Allah menjawab, " Ya, wahai Malaikat. Ciptaanku ini punya satu kelemahan ".

Malaikat terus bertanya, " Apa dia, Ya Tuhanku ? "

"Kelemahan ciptaan-Ku ini adalah kerana... . Dia lupa betapa berharga dan istimewa hakikat kejadiannya." , jawab Allah.

Malaikat tunduk tanpa mampu bertanya lagi...


Thursday, April 07, 2011

Jackie Chan meninggal dunia?

Petang semalam riuh kat opis aku ni duk bercerita pasal Jackie Chan dah mati. Walaupun cerita ni macam dah basi, entah macam mana ada sorang kakak yang selalu kepoh kat dept. kita orang ni datang bawa cerita. Aku dengan pantas terus menanya kat pakcik google. Aku dah suspect memang itu adalah rumours semata-mata... 

Rasa nak tergelak pun ada kat diorang semer ni. Dah tak ada kerja lain agaknya orang yang membawa berita-berita palsu ni. Teringat ada satu game yang pernah kita orang main semasa team building kat PD dulu-dulu. Monkey do Monkey don't kalau tak silap nama game tu. Nak cerita serba sedikit cara permainannya. Kita orang kena berbaris dalam satu barisan. Orang pertama dapatlah satu cerita yang dibaca, kemudian kena cerita kat orang seterusnya sampailah kepada orang yang terakhir. Orang terakhir akan menceritakan balik apa yang didengar kepada cikgu. Memang sah-sah dah jadi lain cerita tu. 

Kesimpulannya, jangan terlalu percaya kepada orang membawa berita-berita hangit seperti ini. Kerana kadang-kadang ceritanya dah jadi lain bila dah banyak sangat cerita dibawa dari mulut ke mulut.

Ni aku copy petikan dari The Press Ass. (google). Kesian kat Jackie Chan. Member entah-entah tengah duk bersenang lenang sekarang ni kat kampung halaman. Sedap mulut je kita duk cakap dia dah mati.



Jackie Chan death rumours denied
Jackie Chan has reassured fans he is alive and well after rumours of his death began to circulate on the internet.
The Rush Hour star was rumoured to have died of a heart attack aged 56 after pranksters began to report the hoax on social networking sites and 'RIP Jackie Chan' was soon trending on Twitter.
A statement on Jackie's official Facebook page said: "Jackie is alive and well. He did not suffer a heart attack and die, as was reported on many social networking sites and in online news reports.
"Jackie is fine and is busy preparing for the filming of his next movie."
The Karate Kid star also posted a picture on his official website jackiechan.com showing him meeting with Yuji Kumamaru, Consul-General of Japan, in Hong Kong on Tuesday to discuss a charity benefit for the victims of the earthquake and tsunami in Japan.
Jackie is helping organise the Love Without Borders 3/11 Candelight Gala on April 1 at Victoria Park in Hong Kong.
Jackie Chan has been in Hong Kong discussing
a charity benefit for the people of Japan
Copyright © 2011 The Press Association. All rights reserved.



Tuesday, April 05, 2011

Happy Anniversary


Hari ini genaplah ulangtahun perkahwinan kami yang ke 16. Dah 16 tahun aku berkongsi hidup dengan seorang yang bernama lelaki. Berkat perkongsian hidup selama 16 tahun ni jugak, Alhamdulilah kami telah dianugerahkan dengan 2 orang putera yang ganteng2 dan 2 orang puteri yang comel lote gitu.

Alhamdulilah syukur kami kehadrat Ilahi kerana sepanjang 16 tahun berkongsi hidup bersama, kami telah berjaya mengharungi segala badai dan onak dalam kehidupan berumahtangga. Sedangkan lidah lagi tergigit apatah lagi hidup dalam berumahtangga. Tetapi itu semua tidak pernah melunturkan kasih sayang dan keharmonian rumahtangga kami. Malahan semakin menambahkan lagi keyakinan terhadap pasangan masing-masing. 

Tidak ada apa-apa lagi yang aku inginkan sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan ini. Cukuplah sekadar kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. 

Sekadar ingin berkongsi pengalaman setelah melayari 16 tahun bahtera perkahwinan.

1.  Belajarlah menerima kelemahan dan kekurangan pasangan masing-masing. 

2.  Kita perempuan jangan terlalu banyak pot-pet2. 

3.  Jika kita ingin pasangan kita melayan kita sepertimana yang kita inginkan, maka kita kena buat dulu apa yang kita nak tu kepada pasangan kita (faham tak ayat aku nih).. nanti akan datang keajaibannya...

4.  Komunikasi amat-amatlah penting. Jangan berdiam diri sekiranya tak suka dan sebaliknya...berterus terang lagi baik dari simpan dalam hati. Kerana semakin lama kita simpan lama-lama dia akan meletup dan habislah bila dah meletup...

5.  Masalah hari ini, hari ini juga settlekan...paling lama malam karang sila settlekan ya...faham2 aje ler

6.  Kita perempuan jangan terlalu banyak meminta. Kalau dia bagi ambik ajer...hihihi

7.  Sekali sekala tu keluar-keluarlah dating bersama. Keluar dinner ke tengok wayang ke..

8.  Dalam perbualan harian kenalah buat joke2 sikit. Jangan terlalu serius jer 24 jam

9.  Jangan malu-malu tunjuk kasih sayang kita depan anak-anak. Tak adalah bukan maksud aku cium bagai, cukuplah sekadar pegang-pegang tangan ke, cium2 pipi isteri/suami ke...alah yang lain2 tu korang fikirlah     sendiri..

10.  Jangan malu-malu mengucapkan I Love U kat pasangan kita. Walaupun dah 16 tahun kahwin, kami still       lagi I lov u, u love me...jiwang wehhhhhhhh

11.  Lagi satu yang paling penting sekali, selalu-selalulah tanya wife/hasben kita.. dah makan ke? makan apa       hari ni?... aku rasa bila hasben aku tanya menda2 simple macam ni.. rasa dia amik berat sangat pasal        kita. Walaupun dah 16 tahun kahwin, perangai tetap sama dari dulu lagi semasa bercinta hinggalah       sekarang, pagi2 sampai je kerja mesti call nak tanya dah sampai opis ke? makan apa pagi ni? .. 

Aku je yang kadang-kadang terlupa nak tanya menda2 gitu semua. Mungkin aku ni pengasar sikit kot. Walaupun sesetengah orang duk fikir apalah, macam orang bercinta je, semua nak tahu. Laaaa.. kalau dah kahwinlah patut kena tahu semua. Terutama kalau nak keluar makan bersama kawan-kawan. Dah jadi tabiat aku mesti nak bagitahu kemana saja aku pergi. 

Walaupun kami ni tak adalah seromantik seperti pasangan-pasangan lain. Tapi mungkin dengan cara mengambil tahu berkenaan pasangan masing-masing tu lebih romantik bagi aku dari memberi sejambak bunga atau sekotak coklat..eeeeeeiiii.. goli den.....coklat hari-hari boleh je beli kat LMart..



“ Ya Allah,
sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu, bertemu di atas ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji menegakkan AgamaMu... Maha Suci Engkau, perteguhkanlah tali ikatan antara kami ini, limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini. Engkau tunjukkanlah kami jalan hidayahMu, sesungguhnya padaMu kami berserah dan tempat kami memohon pertolongan “
~ Amin Ya Rabbal Alamin ~

Monday, April 04, 2011

Marah itu Api... Api itu Syaitan.....


Cikgu ambil nyawa

Oleh Shamsul Munir Safini
shamsulmunir@hmetro.com.my
     
ZIARAH... guru serta kenalan keluarga mengusung jenazah Saiful di Masjid Ar-Rahman di Jejawi Dalam, Kangar, petang semalam.


KANGAR: Hanya kerana wang RM7, Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, murid tahun satu sebuah sekolah agama persendirian di Arau, dekat sini, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, pagi semalam, selepas koma sejak tiga hari lalu akibat parah dibelasah gurunya. Difahamkan, mangsa dipukul dengan teruk kerana didakwa mencuri wang milik rakan sekelasnya.

Mangsa yang sudah kematian ibu, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 8 pagi selepas mengalami pendarahan dalaman di kepala dan komplikasi jantung berikutan kejadian di bilik asrama sekolah agama berkenaan, Khamis lalu. Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain, ketika mengesahkan perkara itu berkata, murid terbabit disahkan meninggal dunia dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang boleh membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

“Kita akan menjalankan siasatan menyeluruh kejadian itu, apatah lagi ia menjadi bertambah serius kerana membabitkan kematian. Semua pihak berkaitan di sekolah agama itu akan dipanggil untuk siasatan.

“Perintah reman terhadap suspek berusia 26 tahun yang juga guru mangsa yang berakhir esok (hari ini), akan disambung untuk tujuan siasatan,” katanya enggan mengulas lanjut kes itu. Metro Ahad semalam melaporkan Saiful Syazani dibelasah dengan kejam oleh gurunya yang juga warden asrama dalam keadaan kedua-dua tangannya terikat pada tingkap asrama sehingga menyebabkan mangsa koma dalam kejadian pada kira-kira jam 7 malam, Khamis lalu.

Mangsa dikatakan berjaya membuka ikatan tangannya untuk melarikan diri sehingga menimbulkan kemarahan guru terbabit yang kemudian memukulnya tanpa belas kasihan.

Selepas memukul kepala, suspek dikatakan `naik hantu' dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung.

Suspek yang mungkin menyedari kesalahannya dan menyesal dikatakan sempat bersolat hajat sejurus dimaklumkan doktor bahawa mangsa dalam keadaan kritikal sebelum bergegas ke Alor Setar dengan menaiki motosikal untuk melihat keadaan murid terbabit.

Guru terbabit menyerah diri di Balai Polis Arau, Jumaat lalu, selepas bapa mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, membuat laporan di Balai Polis Alor Setar, pada jam 8 malam hari kejadian.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran negeri, Mansor Lat, ketika dihubungi berkata, pihaknya menyerahkan kes itu kepada pihak polis kerana sekolah itu milik persendirian dan bukannya di bawah seliaan jabatan berkenaan.

“Kita tidak mahu campur tangan dalam kes ini dan menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit.

“Kami amat sedih dan dukacita di atas kejadian ini dan jika benar perbuatan guru memukul hingga menyebabkan kematian murdnya, ia di luar bidang kuasa guru dan tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, pengetua sekolah agama terbabit, Yaakub Abu Soman berkata, pihaknya tidak akan membuat sebarang ulasan berhubung kejadian itu yang membabitkan guru dan murid sekolahnya atas arahan polis.

“Kami akan mengadakan sidang akhbar selepas tempoh reman terhadap suspek tamat nanti,” katanya.

Bapa mangsa, Saiful Sopfidee berkata, jenazah anak tunggalnya hasil perkongsian hidup dengan arwah isterinya, Jahiyah Che Amat, dikebumikan di Tanah Perkuburan Tok Paduka di sini, petang semalam. Dia juga berharap guru terbabit dikenakan tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang kerana perbuatannya yang tidak berperikemanusiaan itu.

Terkejut betul bila baca berita diatas. Bukan sahaja terkejut, marah, sedih dan sakit hati pun ada. Kerana terlalu mengikut emosi dan amarah didada, budak yang masih kecil dan anak yatim pulak tu yang menjadi mangsa. Mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini. Tetapi apa-apa pun terjadi bukan begitu caranya ingin menghukum seseorang. Apatah lagi budak yang baru berumur 7 tahun. Dengan tak semena-mena kehidupan cikgu tu dah berubah hanya kerana mengikut kemarahan.  Aku pernah terbaca dalam satu buku (lupa tajuk) ada menulis, Marah itu Api, Api itu Syaitan.. Jadi sekiranya kita marah-marah maknanya kita ikut kata syaitan. Sebab itu ada pakar pernah berkata, sekiranya rasa marah datang, kawal perasaan kita dalam beberapa minit, kerana minit-minit awal tu bukanlah akal waras kita yang berfikir tetapi syaitan yang menguasai kita. 

Baca petikan artikel ni pulak...

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."


Marah itu sebenarnya ialah api yang bersumberkan dari api Allah yang menyala berkobar2 serta menjulang tinggi sampai naik ke ulu hati..marah itu ditimbulkan oleh sifat bongkak yang terpendam dalam kalbu setiap orang sebagaimana terpancarnya api dari batu yang dipukulkan pada besi. 


Menurut peyelidikan, dikatakan bahawa manusia itu adakalanya urat sarafnya ditarik oleh syaitan ketika marah..Oleh sebab itulah, barangsiapa yang dapat dipengaruhi oleh api kemarahan, maka bererti eratlah hubungannya dengan syaitan.

Menurut satu riwayat bahawa pada suatu hari datanglah seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w, kemudian berkata: " Ya Rasulullah, berilah saya perintah untuk mengerjakan suatu amalan yang baik, tetapi saya harapkan yang sedikit saja." Lalu baginda pun bersabda yang bermaksud "Janganlah Engkau marah" Orang itu bertanya lagi..tetapi baginda tetap berkata.."janganlah engkau marah'...sebanyak tiga kali. jelaslah di sini...menahan api kemarahan itu amatlah dituntut dalam islam.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud...  

"Orang yang paling gagah perkasa diantara kamu semua ialah orang yang dapat mengalahkan nafsunya diwaktu marah dan orang yang tersabar diantara kamu semua ialah orang yang suka memaafkan kesalahan orang lain padahal ia berkuasa untuk membalasnya" (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)

Kita perlulah sedar bahawa setiap manusia itu tidaklah sama dalam menangani sifat marah ni.. Dalam menghadapi kemarahan tu..ade 3 jenis golongan....

Golongan pertama: Tafrith (acuh tak acuh atau hilang kemarahannya)  
golongan kedua : Ifrath (berlebih-lebihan marahnya) 
golongan ketiga : I'tidal (mampu mengendalikan kemarahannya) 

Yang terbaik ialah yang ketiga iaitu pertengahan daripada yang 1 dan 2..Bermaksud marah itu boleh sebagaimana sepatutnya dan setiasa di dalam kawalan dan mengikut landasan yang Allah tetapkan.  

Tafrith tu..sifat yang tak marah langsung..dikatakan org yang tergolong dalam ni..tidak mempunyai sifat hamiyyah (pembelaan).Ia tidak ingin mempertahankan kehormatan diri... isteri/suami.. keluarga.. agama.. bangsa dan negara... tafrith pula.. sifat marah yang berlebih-lebihan. Suka sangat marah-marah orang, tak boleh kawal..mereka yang tergolong dalam golongan ini sentiasa memenangkan marahnya (ikut hati) ..  

Kalau kita marah, dapat dilihat perubahan fizikal pada warna muka dan mata. Ada yang mengertap gigi, kepal penumbuk, menggeletar, kembang kempis hidungnya. Betapa buruknya wajah kita bila kita marah. kalaulah masa kita marah tu..cermin ada dihadapan..mesti kita akan rasa malu. "eee..teruknya muka aku bila marah!"..  

Hmm..tak dinafikan..ada masa kita boleh kawal diri, dan ada masa terlepas juga, kita hanya insan biasa, latihan mengawal marah ni boleh dilakukan, disamping teguran-teguran dari sahabat-sahabat disekeliling kita, saling tegur menegur dan nasihat menasihati. banyak ganjarannya sekiranya kita berjaya mengawal perasaan marah tu.

Benarlah sebagaimana firman Allah yg. bermaksud:  
"Bersegeralah menuju keampunan dari Tuhanmu serta syurga yang luasnya seluruh lagit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. iaitu orang yang membelanjakan hartanya diwaktu hartanya cukup dan juga kurang serta orang-orang yang suka menahan kemarahannya dan gemar pula memaafkan kesalahan para manusia dan Allah itu mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan" (Al Imran 133-134).

Saturday, April 02, 2011

Sayangilah jantung kita


Terkejut ke bila tengok gambar diatas? Rasa-rasanya tak adalah terkejut sangat. Sebab sekarang ni situasi sebegini sudah jadi perkara biasa. Cuma yang mungkin akan membuatkan kita terkejut apabila kita mengenali mangsa-mangsa. 

Kesnya sama macam arwah Shamrin. Kejadian berlaku dipadang bola jugak. Cuma, Alhamdulilah, umur Malek Noor masih panjang apabila mendapat rawatan dengan cepat. Dia sendiri pun tak sangka kena serangan jantung. Dia ingatkan hanya angin biasa aje, sementelahan sebelum turun ke pandang beliau telah makan durian kampung. So, ingatkan durian penyebabnya.

Itulah yang selalu terjadi kepada kita. Jangan disangka yang tidak disangka-sangka itu akan terjadi kepada kita. Oleh kerana itu, amatlah disarankan sekiranya sesiapa yang berumur 35 tahun keatas, dinasihatkan menjalani medical check up secara terperinci. Terutamanya jantung. Tapi bukan hanya medical check up saja yang patut dibuat, senaman kardio juga patut diamalkan selalu. Semua dah tahu yang penyakit jantung adalah pembunuh no. 1 sekarang ni.

Kita akan mula sedar dan insaf (macam buat jahat aje kan) apabila seseorang yang rapat / kenalan kita yang terkena serangan sakit jantung ni. Macam aku sendiri. My ex boss kat KPSB dulu terkena serangan sakit jantung apabila beliau menghadiri kursus yang ala-ala team building di Cameron Highlands. Rasa terkejut dan tak berapa percaya apabila isteri beliau menghubungi aku untuk memberitahu perkara tersebut. Dalam 3 bulan jugak aku tak ada bos. Nasib baik serangan tu tak berapa kuat dan sempat diberi rawatan. Setelah menjalani pembedahan demi pembedahan akhirnya Alhamdulilah beliau kini telah pulih. Tanda-tanda serangan pulak bukan kat jantung cuma sakit perut je. Tapi tak hilang-hilang jugak walaupun dah makan ubat. Keputusan cepat beliau untuk ke Hospital Pakar di Ipoh amatlah tepat. Sebab bila ke klinik biasa, hanya ubat sakit perut biasa je yang doktor bagi. Mungkin sebab rasa tidak sedap hati, beliau meminta pihak penganjur kursus menghantarnya ke Hospital Pakar. Yang pasti lepas je dapat tahu sakit jantung, rokok 100% dah tak boleh hisap. Iyalah dia tu kaki hisap rokok. Memang perokok tegar lah.

Arwah bonda aku pun mati mengejut juga. Tengah-tengah malam sesak nafas. Tak sampai sejam je, meninggal. Doktor klasifikasikan sebagai serangan sakit jantung. Memang sedih. Walaupun kak long aku seorang jururawat, tapi bila keadaan macam ni. jadi macam tak tahu nak buat apa-apa. Tak sempat pun nak bawa ke Klinik berhampiran. Bila ajal dan sampai, kita sebagai manusia dan beragama Islam, kenalah redha dengan ketentuanNya.

Jadi wahai kawan-kawan ku semua, sayangilah jantung kita. Jom kita berexercise sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Kalau tak ada masa nak berjogging atau beraerobik, cukuplah sekadar pasang lagu (rancak punya) dan menari bersama anak-anak. Sekurang-kurangnya 20 minit non stop. Just nak bagi jantung kita pumping dengan kadar laju sekali sekala. Kadang-kadang kita kenalah bagi jantung kita exercise sikit. 

Nampaknya cuaca hari ini sangat baik. Apa kata kita lakukan aktiviti luar hari ini. Rasa-rasanya nak main bola keranjang dengan anak bujang kitalah petang ni. Nak join?



Friday, April 01, 2011

April datang lagi


Pic. google - tiada kena mengena dengan cerita dibawah samada hidup atau mati
Bulan April datang lagi. Banyak peristiwa yang berlaku dibulan April ni. Ada peristiwa sedih dan ada juga peristiwa gembira.

Peristiwa yang paling mengembirakan tentulah En hasben kita akan bertukar ke OPU baru. Lokasi kerja baru pulak hanya sebelah opis kita. Nanti senanglah. Boleh pergi dan balik kerja bersama. Dah tak perlu drive kereta lagi. Syoknya dah ada driver ni. Lagi satu jimat masa (perjalanan ketempat kerja) dan yang pastinya jimat minyak kereta. hihihi.... Kalau dulu 7.15 am En Hasben dah kena pergi kerja, mulai hari ahad ni, 7.45 am (paling awal) sempat lagi pergi kerja. Nantikan lepas balik kerja boleh pergi dating dulu...Lalalalalala

Bulan April ni juga syarikat aku telah mengamalkan waktu kerja yang fleksi. Maknanya kita boleh datang kerja diantara pukul 7 - 9 am dan balik diantara pukul 4 - 6 pm. Kepada sesiapa yang kaki bola yang duk tengok bola hingga kepagi tu, bolehlah datang kerja pukul 9.00 am dan balik pukul 6 pm. Dan begitulah seterusnya. Asalkan cukup 9 jam waktu kerja + waktu makan tengahari. Kita orang tak decide lagi nak ambil waktu mana nak gi kerja. Rasanya macam biasa kot. Memandangkan kena hantar anak-anak pergi sekolah dan  boleh terus pergi kerja. Kalau pergi awal, bolehlah balik awal.

6 April - Ulangtahun perkahwinan kami. Mengikut kiraan jari, tahun ni genaplah ulangtahun kami yang ke 16. Rasa baru je tersipu-sipu malu atas pelamin. Tapi bila tengok gambar kita dulu-dulu dan tengok kita sekarang, baru boleh terima dah 16 tahun aku kahwin. Dagu dah 2, perut dah berlapis-lapis (macam kek lapis Sarawak). Hahahah....sumpah weh, tak malu nak ngaku.....

29 April - Jangan lupa hari ulang tahun kita (tarikh kita menjenguk dunia). Ulang tahun yang ke berapa? Biarlah rahsia kata Dato' Siti....Tahun ni rasa-rasanya apa hadiah yang kita nak mintak dengan En Hasben. Ermmm.....cincin ke gelang emas ke rantai emas ke..... ataupun Ipad.... Semua orang duk sibuk dengan Ipad ni, kita pun nak masukkan dalam wish list kita lah... Minta-minta En Hasben terbaca entry ni. Tahu ajelah, dia bukannya suka baca blog-blog ni. 1 lagi nak tambah dalam wish list.. Iphone pun best gak. 

Dalam gembira-gembira mestilah ada sedihnya. 

16 April - Tahun ni genaplah 4 tahun pemergian arwah bonda meninggalkan kami semua. Selepas 2 bulan arwah ayahanda meninggalkan kami, arwah bonda pun menyusul. Tak nak cerita panjang-panjang, sedih lah pulak.

Teringat lagu Fazley - Bila April (tapi tak ingat lirik penuh dan malas nak google). 

Apa-apapun uolssss... selamat beristirehat dihari minggu dan jangan buat dajal (april fool) tak baik tauuu!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...