Kenapa saya pertaruhkan gambar ni? Banyak kenangan mengusik jiwa terjadi disini. Kejadian makan-makan ni berlaku ketika cuti sekolah baru-baru ini. We all plan nak gi genting. Pagi-pagi lagi dah bertolak ke Genting dan siap bawa bekal breakfast lagi. Last-last sampai sana, hujan. Terpaksalah makan dicelah-celah petak parking aje. Kelakar pulak rasa sambil makan mata asyik duk mengintai-gintai takut orang nampak. Tahu jugak malunya...
Walaupun makanan dihidangkan tidaklah sehebat mana hanyalah mihun dan nugget. Tetapi kami makan dengan berselera sekali sehingga licin pinggan.. hahaha...Sejuk punya pasal. Seronok juga makan sambil dibaluti kabus.. nasib baik kabus tak tebal mana, kalau tak, mihun pun tak nampak dalam pinggan.
Untuk mengetahui syarat-syarat dan keterangan lebih lanjut mengenai GA ini. Sila klik banner di atas.
Saya tag 3 orang kawan-kawan saya yang suka makan.. hihihihi
No comments:
Post a Comment