Ingat tak hari tu aku pernah cakap nak pergi makan ikan bakar petai kat Kuantan? Punyalah lama cerita makan ikan bakar petai ni nak keluar. Sila salahkan editor blog ni ya (aku lah tu)..Bukan apa, tersangkut kat bahagian penyuntingan. Almaklumlah, gaji ciput, nak tunggu duit nuffnang, berjanggutlah jawabnya...
Ini kira sambungan dari cerita ikan bakar petai hari tu ya. Sapa-sapa nak tahu cerita dari awal, klik sini ya.
Selesai je urusan di Kuantan, dalam kul 5 petang gitu terus je menuju ke Tanjung Lumpur. Bawa kereta slow-slow je sebab nak pilih kedai makan yang mana jadi pilihan. Kat depan setiap kedai makan memang dah ada pekerja-pekerja dia orang duk memanggil-manggil pelanggan supaya berhenti kat kedai dia orang.
Last-last berhenti kat kedai makan Kak Long ni jugak (seperti yang direkemenkan oleh Yatie). Kita orang memang sengaja tak makan yang berat-berat untuk lunch sebab nak qadha makan tengahari dengan makan malam sekali. (yg sebenornya nak melantak banyak-banyak kat sini). Sebab biasanya kita orang kalau dah makan lunch yang berat-berat (nasi atau seumpamanya), nanti kalau dinner memang dah tak larat nak makan nasi.
Sampai-sampai je, terus pilih ikan. Kita orang pilih ikan Siakap Putih. Kalau masak stim best gak ni... Tapi oleh kerana kat sini yang namanya kedai ikan bakar, sudah semestinya dibakarlah ikan tu.
Tak lupa juga, lala dimasak serai. Masakan yang simple tapi sedap... ratah je, tak yah makan dengan nasi pun best.
Adik sorang diri pun boleh makan kesemua lala tu...
Sayur campur sudah semestinya. Baru complete pyramid makanan.. hihihi
Wah, kolestrol bertambah lagi dengan adanya sotong celup tepung. Ranggupnya masih terasa. Tapi sos tak berapa ngam lah...ada kureng sikit..
Dan inilah rupanya ikan bakar petai tu. Nampak tak petai yang bertaburan tu. Aku yang banyak sekali duk kutip petai tu. Budak-budak tu bukannya makan pun petai tu. Apabila aroma petai bercampur dengan rempah ikan bakar, maka keajaiban pun berlaku lah. Sodap sehingga menjilat jari. Kata orang, mak mertua lalu pun tak sedar ni...
Burrr.... Alhamdulilah, kenyang sangat-sangat. Nanti nak trylah buat kat rumah. Bakar ikan bersama petai. Rasa-rasa jadi tak? Belum cuba, belum tahu... alamak, nanti Kak Long ikan bakar tak boleh cari makan lah macam ni....
2 comments:
adoi meleleh.sdapnya petai plus ikan bkr
zzzzz2018.7.27
skechers outlet
ugg boots clearance
mulberry uk
louboutin outlet
moncler online outlet
cheap ray bans
longchamp handbags
ferragamo outlet
supreme new york
nhl jerseys wholesale
Post a Comment