Wednesday, December 08, 2010

Hari Ini Dalam Sejarah


Bersempena dengan PMO Health Day 2010, banyak aktiviti menarik telah disediakan (menarik ke?).  Selain dari talk, forum, talk, dan talk lagi…….. aku pun tak tahu ntah berapa paper dia orang nak present? Sapa-sapa yang sanggup dengar tu, layan ajer ler…
Tapi aku & the geng tak kuasa nak layan talk-talk bagai tu…kita orang ronda-ronda dan meneruskan aktiviti kita orang sendiri.  Dan terciptalah satu sejarah dalam hidup ku.. uh, bajet macam historian lah pulak.

`1/12/2010' - terciptalah satu lembaran baru dalam hidupku.  Aku telah mendermakan darah aku kepada orang-orang yang memerlukan.  Fuh, rasa bangga kejap.  Kenapa aku rasa bangga, sebab tidak semua orang berani / layak menderma darah.  Selain mesti sihat tubuh badan, berat badan pun mesti melebihi 45kg.  
Bab berat badan memang sah-sah aku dah layak.  Selepas pemeriksaan demi pemeriksaan dibuat, maka aku telah diistiharkan layak untuk menderma darah (bukan dara tau, I dah lama tak ada dara.. auwwwwww). 

Kesian cik nurse, lemak-lemak kita berkumpual di lengan,
jadi susah sikitlah nak cari urat2 yang boleh mengeluarkan banyak darah

Iyalah kan, bila time kita sakit masuk hospital, lebih-lebih lagi kena menjalani pembedahan, ntah banyak mana darah dah masuk kat dalam badan aku ni.  Apa salahnya this time aku bagi pulak darah aku kat orang lain kan.

Inilah dia cik nurse yang cantik.  Dia tahu kita 1st. timer. so, dia punya layan sikit punya baguslah...
(iyalah nk amik darah orang, kenalah pandai pujuk2.. kalau tak.. aku dah lari keluar ketakutan)

Ada sesetengah orang, siap bagi bermacam-macam alasan. Ada yang cakap tengah menyusu badanlah (walaupun anak dah besar panjang), ada macam-macam penyakit lah, period lah…. Tapi yang sebenarnya, takut jer tuuuuuuuu

Tapi ini semua bukan paksaan, berdermalah dengan ikhlas.  Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima.  


Inilah darah ku yang telah berjaya didermakan kepada tabung darah
Ada bran?

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...