Catatan untuk hari-hari terakhir bersama insan bernama Nur Fadillah Alias & Tg Norhanisah Bt Tg Kamaruddin.
Dear Dill & Anis,
Hari ini genaplah 6 bulan anda berdua menghabiskan sesi praktikal di PMO. Untuk mendapatkan segulung kertas bernama Ijazah, kamu dikehendaki menjalani latihan praktikal di mana-mana syarikat. Itulah arahan dari Pak Pengetua. Maka, kamu telah memilih PMO, PCSB, Kertih sebagai tempat kamu menjalani latihan praktikal ini.
|
Dill & Anis |
Ok, oklah.. tak best lah serius bebenor ni. Yang sebenar-benarnya (macam lagu Yuna lah pulak), ada seramai 16 orang trainee kat PME, PMO untuk intake tahun lepas. Dimana last day dia orang adalah hari ini. Si Dill ni adalah trainee kat aku ni hah. Si Anis trainee kat section sebelah. Tapi si Anis & si Dill ni memang tak leh berpisah, disitu ada Dill, disitu ada Anis.
Kita orang sebenarnya memang satu kepala (kepala tak betul semua nih, ish, ish, ish). Tengok, sampai movement board tu pun nak dipanjatnya. Dan biasalah, kalau kelakuan-kelakuan yang pelik-pelik ini akulah yang ketua nya. Hihihihi....
Dan yang bestnya, dia orang ni layan jer.... (tak tahu lah, dalam hati macam mana kan? kata orang rambut sama hitam, hati lain-lain. Itupun kalau rambut dia hitam lah, kalau di color rambut dia warna gold, aku tak leh cakap apa-apa lah kan).
|
Adik2 trainee bersama Madam Zulu.
(si gigi besi nak jugak tumpang sekaki) |
Salah satu aktiviti kegemaran kita orang adalah mengambil gambar. Memang pantang jumpa kamera, mesti nak posing maut punya. Semua perasan, comel lote belaka. Tak apalah, muka kita kan, kita punya pasal lah, nak perasan ke tak. Betul tak adik-adikku....ya betullllllllll!
Lagi satu aktiviti wajib kita orang, breakfast kat section sebelah. Sambil makan, sambil pot-pet2. Syok dowh. Si Anis ni memang rajin buat kuih muih. Dia punya Blueberry Cup Cake memang terangkat. Kesedapan masih terasa hingga ke saat ini. fuh..kembang lubang hidung ko Anis hoi. Anak sapa ni rajin bebenor, dah berpunya ke belum? oppssss.. dah berpunya rupanya.
Tak bolehlah nak puji Anis aje, Dill pun apa kurangnya. Selain terikut-ikut dengan perangai aku yang gila-gila + tak betul ni. Dia juga amat rajin (puji ada apa-apa ke), tak lah, memang ikhlas memuji ni.
Girls, nanti akak dah tak leh tengok senyuman Dill lagi. Senyuman yang paling manis yang pernah aku jumpa (serius beb). Dah tak leh nak nyakat-nyakat korang lagi. Yang pasti kuranglah korum untuk meeting dipagi hari.
|
The Sisters |
Maka dengan ini, terimalah satu sajak yang dituju khas untuk korang berdua.
Inilah yang selalu kubilang
bahwa hidup adalah perubahan
Tak tau bagaimana laju perputarannya
tapi roda selalu berputar kawan
Dalam setiap perjalanan
kita merantai kisah
suka, duka, tangis, tawa
marah, gembira..
Semuanya berpadu dalam balutan
Persahabatan
Ada kalanya kita berselisih
tapi lebih banyak berbagi kasih
Ada kalanya kita egois
tapi lebih banyak saling mengerti
Ada kalanya kita tak sejalan
tapi lebih banyak kita bergandengan tangan
Jarum jam adalah saksi
berapa waktu telah terlalui
Bulan dan langit malam adalah kawan
saat dera kesibukan menjelang pemeriksaan
Jamu datang bulan dan bebaqaran
semua menjadi kesaksian
betapa berartinya seorang kawan
Tapi hidup adalah perubahan kawan
Sekali lagi kubilang
Seperti aliran air hujan dalam sajak yang kau sukai
Kemana pun alirannya mereka berguna
Begitupun kita
Bagaimana pun perputarannya
menuju pada arah yang sama
: Kebaikan
Hari-hari tak akan sama lagi
nikmati saja perubahannya
kelak kau akan merasa
semuanya menjadi terbiasa
meski tanpa aku lagi…
Mesti korang ingat aku yang cipta sajak ni kan? mesti rasa terharu dan teruja kan? Tapi, You know me so well, girls. hahahaha