Wednesday, January 19, 2011

Hak Wanita



Hari Ahad baru-baru ini, aku & the geng telah menghadiri ceramah Bengkel Bina Bahagia anjuran Bakip PETRONAS. Kalau ikutkan bengkel tu sehari suntuk. Tapi aku cuma pergi yang sebelah petang je (khas untuk wanita sahaja). Lagipun ada kerja sikit pagi tu (ada staff baru masuk, sudah semestinya aku lah yang jadi cikgunya - lain masa kita cerita pasal ni ya). 

Tajuk bengkel sebelah petang : Hak Wanita : Sebelum, Semasa dan Selepas Perkahwinan. Banyak info-info yang berguna yang selama ni kita tak tahu. Dengan menghadiri program sebegini barulah kita tahu. Aku selalu jugaklah nengok Puan Suzana Ghazali ni kat TV (WHI). Tak sangka pulak boleh jumpa face to face. Apatah lagi aku duduk kat row ke 2. Bersemangat engkau nak tahu hak-hak kita sebagai wanita. 




Dalam banyak-banyak topik, ada satu topik yang aku rasa tak ramai wanita-wanita yang tahu pasal ni. Sebab aku rasa kebanyakan wanita mesti dah tahu pasal Poligami, Cerai, Takliq, Nafkah zahir & batin, Fasakh, Zihar, Khuluk dan lain-lain lagilah. Kalau nak tahu lagi banyak, belilah buku kat bawah ni. (ada apa2 ke Achiq?) Sumpah weh, memang tak ada apa-apa imbuhan pun dari Puan Suzana ni. Aku cuma ingin berkongsi sesuatu yang bagus. Tak naklah tahu sorang-sorang kan?



Berbalik kepada isu yang ramai tak tahu tu. Tahu kah korang wahai wanita, apabila kita dapati suami kita bermain kayu tiga (bila dah terbuktilah, main tuduh2 tak boleh lah), kita boleh membuat report kepada Jabatan Syariah mengenai orang ketiga dalam rumahtangga kita. 

Ini dipanggil Melawan Orang Ketiga

Mengikut Seksyen 38 - 
- Menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan.
  • "Mana-mana orang yang menghasut, memaksa atau memujuk mana-mana orang lelaki atau orang perempuan supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan dan tanggungjawabnya sebagai suami atau isteri adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya'

- Menghalang pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri

  • "Mana-mana orang yang menghalang sesuatu pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri yang sudah bernikah dengan sah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, dan Mahkamah hendaklah memerintahkan pasangan itu supaya hidup sebagai pasangan suami isteri yang sudah bernikah dengan sah'.

Wahai wanita-wanita sekalian, kalau korang suspect suami korang bermain kayu tiga, bolehlah membuat aduan. Nak gi ganyang perempuan tu pun ok gak. Hahahahaha....Tapi nanti kalau dia report polis, kita pulak yang kena. Dari sia-sia aje kita yang kena, baik kita kenakan dia balik. Tapi ini semua mestilah dengan bukti-bukti yang cukup. Saja-saja nak gi buat report, susah lah sikit. Tak semestinya bukti bergambar, sms, email  atau apa-apa sajalah yang boleh dijadikan bukti. Iyalah, zaman sekarang, mana boleh percaya laki kita 100%. Puan Suzana tu cakap, kita boleh percaya kat laki kita ni dalam 95% je. Tapi biasalah, naik turun, naik turun Mahkamah ni mesti leceh kan?. Tapi nak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Aku tahu, tak semua lelaki tak boleh dipercayai. Tapi, nak cari yang boleh dipercayai 100% zaman sekarang ni adalah jarang-jarang, kadang-kadang (kata Pak Belalang). Selebihnya kau orang Fikirlah Sendiri. 

Ini website Puan Suzana Ghazali.


3 comments:

Juli said...

rugi plok dok pegi ceramah tu.. nk tgk gok mende die cakap sampai berapi2 hazren tak puash ati.hihih

mrs redzuan said...

saya punya la berkobar2 nak pegi, alih2 lupa langsung. huhu..rugi betul!

Ju Zie said...

waaaaaaaaaaaah!! mst dgr...!! Hazren x puas ati? mst byk membantu wanita mengatasi lelaki gatal!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...