Tuesday, January 18, 2011

Tangan kanan ku patah....



Mesti terkejut tengok tajuk. Hahahahaha... kasi gempak sikitlah.

Yang sebenor-benornya, itu perumpamaan aje. En Akauntan kita kena pergi kursus kat KL. Tengahari semalam bertolak. Kiranya aku macam patah tangan kananlah ni. waaaaaaaaa

Malam ni dah bermula agenda pengambilalihan tugasnya. Bermula jadi driver, menghantar Danny ke kelas tuisyen, pah tu ngantor anak-anak dara gi ngaji. Pukul 10.00 gi amik si Danny tu semula. Rutin-rutin harian aku tak termasuk kat sini ya. Maknanya aku kena buat semua kerja lah ni.

Pagi besok dah nampak dah. Mesti kecoh dengan suara aku. Minta-minta janganlah anak-anak dara tu buat perangai. Nak kena jadi driver lagi ni. Belum campur nak siapkan Sarah & adik sebelum pergi sekolah, pah tu nak kena paksa sarapan, pah tu nak pastikan Ak & Danny selamat pergi sekolah. Berapa banyak pah tu, aku pun tak tahu......


Dikala ini barulah rasa, beruntung jugak aku ni. Segala menda suami yang uruskan. Bila fikir-fikir balik, rasa tak nak  bagi dah dia pergi ke mana-mana. Boleh ke gitu?


Ya Allah, Ya Tuhanku, minta-minta dipermudahkanlah segala urusan ku semasa ketiadaan suamiku. Amin.

1 comment:

Juli said...

patutla org deki sangt ke uols..sedap jer ada suami tolong gi mari gi mari.semoga berkekalan kesenangan begitu hendaknyer

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...