Friday, January 14, 2011

Astro First



Semua dah tahu pasal astro first ni kan? Kalau sapa-sapa tak tahu, meh sini aku nak cerita sikit.

Bermula 13hb. Jan 2011, Astro telah dengan bermurah hatinya (murah ke?) membawa cerita-cerita di pawagam terus ke rumah anda. Dengan bayaran sebanyak RM15.00 untuk satu cerita selama 2 hari (jangan lupa tambah 90 sen untuk govt. tax). Dari channel 481 - 485. Aku kira berbaloi jugaklah. Kalau di congak-congak, lebih jimat dari tengok wayang. Iyalah, kalau sekali tengok wayang (kalau pergi satu keluarga) untuk tiket sahaja dalam RM30.00 lebih jugak (itu kalau pergi hari Rabu). Itu tak termasuk popcorn lagi tu. Iyalah, bukannya nak mengira, tapi kalau dah ada kemudahan macam ni, kenapa nak dilepaskan begitu sahaja kan? Kecualilah kalau kita ni pasangan kekasih yang nak pergi dating bagai tu..(sambil menyelam minum air kata orang). Yang bestnya, siap boleh baring-baring dan yang paling penting boleh tengok cerita tu banyak-banyak kali. Adalah dinasihatkan supaya melanggan cerita-cerita yang ditawarkan pada hari minggu ya.


Oleh kerana kita orang tak tengok pun lagi cerita Ngankung, jadi kita orang pun langganlah cerita ni (just nak try dulu). Dalam masa tak sampai 5 minit selepas sms untuk melanggan dihantar, terus dapat tengok cerita tu. Apa lagi budak-budak tu, enjoy sakan. Dengan LCD 44', siap tutup lampu lagi, lagho lah dia orang. Tengok cerita seram yang tak berapa seram di malam Jumaat. Ada juga suara-suara sumbang berbunyi `kalau ada popcorn best gak ni'. 


Proses untuk melanggan/membeli cerita ni senang sangat. Cuma hantar sms dan tunggu sms kita direply dan ikutlah arahan yang diberikan. Mula-mula tengok cara proses yang senang macam ni, bimbang juga takut sapa-sapa saje boleh melanggan. Terutama kanak-kanak. Tapi jangan bimbang, Astro ada cara untuk mengunci siaran ni (Parental guide). Nak tahu macam mana caranya, korang pergilah ke website Astro.

SO, HAPPY SCREENING......


5 comments:

Juli said...

xpayoh susah2 pegi ker mm. kat bilik umi dah ada panggung.hihihi

BaiDuRi said...

really good info..blh jd duta astro..hehe..selama ni tgk je iklan tu kat astro..tak amik pusing camner nak langgan..tp dah dpt penerangan mcm ni rasa mlm ni gak nak try..hehe

Achiq said...

Juli : Itulah, dah mcm panggung bilik aku tu...

Baiduri: Langgan jangan tak langgan..

edlidza said...

kena beli tv besar baru puas hati :P

edlidza said...
This comment has been removed by a blog administrator.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...