Friday, January 07, 2011

Melangkah ke Alam Persekolahan

Pejam celik, pejam celik dah 4 hari pelajar-pelajar kita mengharungi alam persekolahan.  Kepada yang senior selamat balik ke sekolah dan selamat berperang dengan buku-buku dan kerja-kerja sekolah.  Kepada yang baru menempuh alam persekolahan, adik-adik semua mesti rasa bertambah macho kerana merasakan adik-adik dah semakin besar dan seronok kerana dapat ramai kawan baru. 

Aku juga tumpang seronok melihat anak-anak dara aku ni hah yang excited dan boleh dikatakan hari-hari asyik cerita perihal sekolah dia.  Sebenarnya nak cerita pasal hari pertama persekolahan Sarah & Marissa.  Walaupun dah 4 hari berlalu (excited nak cerita tu dah hilang sebenornya), aku rasa aku patut juga cerita just for my own record.

Mula-mula hantar Sarah kesekolah dulu.  BTW nama sekolah Sarah Sekolah Kebangsaan Kg Baru, Kertih. Sebelum masuk ke kelas masing-masing semua pelajar (baru dan lama) dikehendaki berkumpul didewan terbuka untuk sessi taklimat - termasuk mak ayah..hahaha & termasuk aku lah.



Lepas mendengar taklimat oleh guru besar, barulah semua pelajar masuk ke kelas masing-masing.  Kelas Sarah di tingkat 1.  

Sarah yang tidak sangat selesa dengan tudung barunya.  Tak cantik katanya....




Sarah seronok sangat apabila dapat sekelas dengan kawan-kawannya di Tadika dahulu.  




Ibu bapa yang nampak gayanya memang tak nak balik.  Mestilah kan, nak memastikan anak-anak mereka selesa dengan persekitaran baru.  Aku terpaksa bergegas balik untuk menghantar adik ke tadika.  Sarah ok je apabila aku cakap aku nak balik.  Dia dah start berpot pet, pot pet dengan kawan-kawan dia.


Sarah di kantin.  Sempatlah ajar dia cara-cara membeli makanan...
Bawa bekal Milo dan sandwich untuk hari pertama persekolahan

Hai, saya Shaida Marissa yang excited dan tak sabar-sabar nak ke sekolah.
Mama saya pun excited sama macam saya.
Nama sekolah saya Tadika An Nur.



Seperti biasa, pelajar-pelajar baru diberi sedikit taklimat.  Tak adalah lama sangat cuma dijelaskan sedikit peraturan-peraturan dan pembahagian kelas sahaja. 


Adik yang sentiasa cool...sayang adik....


Parents yang tak sabar-sabar nak tengok kelas anak-anak

Cikgu yang sabar sentiasa

Wah adik, bukan main...eksyen ya....

Rasa berat hati pulak nak meninggal adik.  Rasa nak duduk sekali dalam kelas tu.  Tak patut, tak patut..... Kat rumah aku asyik duk memikirkan adik.  Macam mana dia? boleh ke membawa dirinya? macam mana kalau dia nak buang air? (iyalah, selama ni kalau nak ke bilik air untuk uk, uk tu mesti cakap kat kita orang).. Dia pulak jenis yang pemalu sikit berbeza dengan kakak.  

Aku rasa macam nak emo sikit apabila aku cakap kat adik aku nak balik.  Tahu dia jawap apa?..............

Marissa    :    Tak apa mama, mama boleh balik dah.  Mama tak yah duduk sini lah.  Ini kelas adik. Mama balik sama Abah ya!                                                        

Aku pulak yang lebih-lebih kan? Malu aser......

5 Ummul Hani

Gambar terpaksa diblurkan demi privacy

Satu pujian untuk ayah yang mithali kerana sanggup meneman anak tersayang didalam kelas.  Kalau boleh nak belajar bersama-sama.  Anda semua boleh menilai sendiri apa yang tersirat.  


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...