Thursday, January 27, 2011

Jawapan

Eh, eh baru perasan yang jawapan teka teki hari tu belum berjawap. Teka Teki Teka Tekok


Ni, kita nak bagi jawapan. Untuk rujukan dimasa akan datang.



Buah budi bedara mengkal
Masak sebiji ditepi pantai
Hilang budi bicara akal
Buah apa tidak bertangkal?

Jawapan : Buah Melaka


Budak-budak bermain batu
Batu dikira satu persatu
Badannya lurus bermata Satu
Ekornya tajam apakah tu?




Masak tumis sambal petai
Makan kenyang sambil sendawa
Anda menziarahi sahabat handai
Buah apakah yang akan dibawa?

Jawapan : Buah Tangan


Orang bekerja diberikah upah
Hidangan disaji dalam talam
Gajah putih ditengah rumah
Layar terkembang diwaktu malam




Mak Minah menanak minyak
Kemenyan dibakar dengan setanggi
Dua peha beranak banyak
Untuk mendaki tempat yang tinggi




Kalau tuan pakai lencana
Pakailah songkok diatas kepala
Kalau tuan bijak laksana
Binatang apakah tiada kepala?







1 comment:

Juli said...

lama doh tak men teka teki.Achiq gugel ke nii??heheheh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...