Tuesday, January 18, 2011

Binatang apa tiada kepala?

Bulan lepas kan aku ada pergi `Pemanduan Bermisteri Ke Melaka'. Selain soalan-soalan yang kita kena berhenti tepi jalan untuk mencari jawapan (soalan berdasarkan KM tu), adalah jugak soalan-soalan yang menguji minda kita. Ala, soalan teka teki je. Bagi yang suka menguji/buat lawak kat kawan-kawan, mungkin soalan-soalan ni kacang je. Tapi, kalau yang jenis serius tu memang susah sikit lah. Bagi aku pulak, semua soalan teka teki tu bolah dijawab dengan lancarnya. Hahahaha… Pujian untuk otak bergeliga aku yang telah dianugerahkan oleh yang Maha Esa (Alhamdulillah) Ni kira angkat bakul sendiri lah ni..

Dibawah adalah diantara soalan-soalan teka teki yang masih aku ingat. Kalau korang nak uji minda korang silalah jawab soalan-soalan ni. Tapi tak ada hadiah lah beb. Sebab aku sendiri pun tak dapat hadiah. Mana aci kan? 

Dalam banyak soalan-soalan teka teki tu, soalan last sekali yang paling mencabar otak aku ni..




Buah budi bedara mengkal
Masak sebiji ditepi pantai
Hilang budi bicara akal
Buah apa tidak bertangkal?

Budak-budak bermain batu
Batu dikira satu persatu
Badannya lurus bermata Satu
Ekornya tajam apakah tu?

Masak tumis sambal petai
Makan kenyang sambil sendawa
Anda menziarahi sahabat handai
Buah apakah yang akan dibawa?

Orang bekerja diberikah upah
Hidangan disaji dalam talam
Gajah putih ditengah rumah
Layar terkembang diwaktu malam

Mak Minah menanak minyak
Kemenyan dibakar dengan setanggi
Dua peha beranak banyak
Untuk mendaki tempat yang tinggi

Kalau tuan pakai lencana
Pakailah songkok diatas kepala
Kalau tuan bijak laksana
Binatang apakah tiada kepala?



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...