Tuesday, January 11, 2011

Selamat hb. 11.1.11




Lalalalalalalala.......apatah achiq hoi... Sila mulakan hari anda dengan Bismillah.

Bismillahirohmanirohim dan Assalamualaikum,

Kenapa kita ketawa sakan di pagi hari yang indah ini? Sebab tarikh hari ini adalah tarikh yang cantik. Tak ada apa-apa yang penting pun akan berlaku. Tapi saja jer, nak bagitahu kita suka tengok 11111 tu. Macam nombor azimat pulak kan? 

Mesti hari ini ramai orang kahwin, bertunang, nak beranak (boleh ke?). Nak ambil tarikh yang cantik. Kalau mengikut bulan Islam hari ini adalah 6 Safar 1432. Biasanya bulan Safar orang tak berapa suka buat majlis-majlis yang tertentu (iya ke?..tak caya tanya En Google).

Teringat kat adik ipar kita yang kahwin pada 9.9.1999. Cantik tak tarikh tu? Sekarang anak dah 5 + 1/2 (mengandung lagi) murahnya rezeki ko Fila hoi... Berkat tarikh 9.9.1999. Tahniah & Alhamdulilah.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...