Thursday, January 06, 2011

Pemanduan Bermisteri ke Melaka

24 - 26 Disember 2010

Sebenarnya memang rasa malas nak cerita pasal pergi ke Melaka baru-baru ini.  Iyalah, selain frust tak dapat apa-apa nombor pun (cit... memang tak bertuah betul lah), yang paling aku muskyil dengan AJK-AJK.  Memang dari awal-awal lagi aku dah syak mesti ada something yang tak betul, apabila kakak aku boleh dapat nombor 14... aku ulang ya..... nombor 14.... sedangkan aku langsung tak ada nombor.  Sedangkan kami menjawab soalan-soalan mystery drive tu bersama-sama (memang sebijik copy paste punya jawapan).  Sampai pun sama-sama.  Kalau nak diambil kira dari segi masa penghantaran, dia awal pun dalam 15 saat aje. Sebab kita orang memang konvoi bersama-sama. Kalau tak dapat nombor 15 , 20... at least nombor yang last sekali 30, ok lah gak kan?...
Dengan ini aku ingin isytiharkan yang aku memang berbau sesuatu yang tidak enak telah berlaku disana.. hahahaha.... atau ayat kasarnya... memang tak puas hati ahhhhhhhh....... agak-agak ah weh...
Adatlahkan, rumah siap, pahat berbunyi.  Kat mana-mana acara pun akan terjadi begini.  Tapi tak adalah aku nak salahkan kakak aku pun.  Itu dah kira rezeki dia lah dapat blender tu. Tak ada perasaan dengki pun, serius sis... langsung tak jeles.... cuma bengkek dengan AJK aje...lantaklah AJK terbaca entry ni...bengkek tetap bengkek... anda terbakar, hanguslah dilautan api yang bergelora.. (oh tidak, ini lirik lagu ya, tak ada kaitan langsung dengan cerita ini).

Sampai di Puteri Ayer Keroh Resort tepat pukul 4.00 pm
Tapi tak apa, barang yang lepas jangan dikenang.  Yang penting kita have fun dan menghabiskan duit kita dengan bershopping sakan di bandar hilir tu ya.  Sebab sebenar-benarnya aku tak sempat posting pasal gi Melaka ni adalah kerana sibuk tahap giban.  Dengan gambar hanya menggunakan hp, maka amatlah malas sekali untuk cerita-ceritut ni... Tapi, untuk tidak menghampakan anak-anak buah ku yang asyik bertanya pasal cerita gi Melaka ni, maka disini emak saudara kau orang yang baik hati telah meluangkan masanya untuk merapu-rapu disini.

Anak-anak je check in kat kaunter registration  - Aku diwakili oleh Adik Marissa
Adik dengan beg pelampungnya yang tak pernah tinggal
Oleh kerana kami sampai serentak, maka semua berebut-rebut untuk mengambil trolley.  Siap berlari-lari anak lagi.  Sampai ada yang jatuh menungging.. (hahaha,,,, tipu aja lah weh).  Kita orang just share 2 keluarga dengan 1 trolley.. sebab kami semua baik hati... trolley yang lain tu kita bagi kat orang lain yang lebih memerlukan (baik hati sungguh anak2 Hj Yusof ni).

Sila ambil perhatian : Trolley itu untuk barang2 sahaja ya
Untuk hari kedua kita orang plan nak gi ke Melaka Wonderland.  Tapi oleh kerana hari Sabtu tu hari Krismas, maka lebih baik dibatalkan sahaja niat murni kita orang untuk bermandi manda disana.  Al maklumlah, dengan cuti sekolahnya + cuti krismas, dah dapat agak dah keadaan kat sana macam mana.  Jadi dengan berbesar hatinya kami orang-orang perempuan telah menawarkan satu lagi pakej percutian yang menarik untuk sang suami.  Berjalan-jalan di Badar Hilir (walaupun lawatan kali ini entah keberapa kali) dengan agenda yang tersembunyi (shopping) , maka dengan hati tidak berapa bahagia (aku rasalah) mereka terpaksalah bersetuju.  
Pujian juga harus diberikan kepada PGB kerana telah bermurah hati menyediakan bas untuk ke setiap tempat yang diofferkan.  Maka kami pun naik lah bas... terus tidur aje dalam bas... ala2 rombongan Cik Kiah gitu...



Anak-anak yang sopan santun, beratur aje naik bas
Sampai sana, rombongan Cik Kiah terus berjalan dan berjalan, dan berjalan lagi
Tangan digigit apa tu?
 
Tak sah lawatan ke Banda Hilir tak naik tangga ni.. . Bikin semput jugak lah..

Sarah sempat juga nak bermeditasi...

Harap maklum, ini bukan puteri kepada Alfonso D'Alberquaqe (betul ke ejaan)


Masing -masing terpegun dengan sina bina (agaknyalah)
 
Ramai betul ambil gambar kat sini..... macam2 stail

Yang ni stail apa pulak .... layan ajelah

Oh ya! kita orang sempat menangkap gambar hantu Alfonso disana... eeeiiii takuitttttttt
Dan juga inilah salah satu lagi alasan kenapa aku malas nak cerita pasal trip ke Melaka.  Ada lagi cerita sedih yang berlaku di sana.  Marissa telah jatuh tersengguk kat bath tub dalam bilik air pada hari kedua disana.  Kenalah jugak 3 jahitan.  Dia cool ajer.. aku pulak yang rasa bersalah kerana meninggalkan dia sekejap aje dalam bilik dengan kakak, untuk menjemur seluar aku yang terkena tahi burung (ini satu lagi nasib tak baik).  Tak sampai dalam 3 minit aku keluar, terus dengar dia menangis.  Terkejut aku apabila nampak darah banyak keluar.  Ingatkan mulut aje yang pecah.  Rupa-rupanya dagu dia yang luka.  Terus abahnya bawa ke Klinik (dengan bantuan AJK jugak... terima kasih lah u olsss).


Bimbang jugak takut tak sempat betul-betul sembuh, memandangkan 3 Januari 2011 dah nak start sekolah.  Alhamdulilah, sempat jugak sembuh.  Sekarang ni aku duk sapu cream Mederma untuk hilangkan parut.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...