Wednesday, January 05, 2011

Dera

Setelah membaca satu artikel di sisipan akhbar Berita Harian yang bertajuk `Membisu biarkan kekejaman' pagi tadi, rasa nak mengomel pulak pasal isu ni. Rasa beremosi sangat-sangat. Tak habis-habis dengan isu penderaan kanak-kanak. Yang paling sedihnya yang menderanya ialah ibu bapa mereka sendiri.  Sedangkan binatang pun sayangkan anak.  Inilah kalau otak letak kat kepala lutut.  Binatang yang tak ada otak tu pun boleh berfikir untuk sayangkan anak-anak. Masalahnya manusia berfikir ikut nafsu.  

Bila marah menguasai diri, anaklah yang jadi mangsa.  Nabi pernah bersabda `Orang yang paling kuat ialah orang yang dapat menahan marah'.  Marah itu api, api itu syaitan.  Jadi, sapa-sapa yang suka marah-marah tu memang ikut bisikan syaitan.  Ada petua untuk menahan marah ni.  Bila perasaan marah datang, cuba senyap untuk beberapa minit, kerana beberapa minit yang pertama itu adalah bukan kita.



Rasa nak menangis apabila membaca kisahnya. Sampai dah jadi koma dan lumpuh seluruh badan (cacat seumur hidup) disebabkan oleh perbuatan ibu bapa mereka.  Ibu menderanya sebab tension dengan perangai suami yang kaki pukul dan pemabuk dan si ayah pulak menderanya sebab merasakan kehidupan ini tidak pernah adil akibat kesempatan wang dan gagal mendapat pekerjaan yang setimpal dengan kelulusan dimiliki. Tapi kenapa anak yang jadi mangsa untuk meluahkan kemarahan?  Sia-sia duk bawa perut yang berat selama 9 bulan.  Bila hasil dah keluar di sia-siakan hasil tersebut.  Dimanakah nilai-nilai keperimanusian?

Puncak penderaan apabila si ayah membanting anaknya ke dinding, terus koma dan cacat seumur hidup selepas mengalami gegeran otak serta patah tulang belakang.  Apabila dah jadi macam ni, barulah jiran-jiran bersuara (ini kes langsung tak nak jaga tepi kain orang lain kononnya) apabila disoal siasat oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Malahan mereka memang tahu pasal budak tu yang selalu kena dera, tapi tak berani nak report takut kat ayahnya yang panas baran.  Yang paling sedihnya anak malang itu mula didera sebaik sahaja dia mula pandai berjalan.  Dia pernah ditumbuk hingga hidungnya berdarah, pernah dibelasah dengan kepala tali pinggang hingga kulitnya tersiat, pernah dibiarkan berlapar hingga menyelongkar tong sampah untuk mencari makan dan pernah dibiarkan tidur di luar rumah berembun hanya kerana merengek kelaparan.  Ya Allah, tergamak mereka melakukan ini semua kepada anugerah yang tuhan berikan kepada kita.  Nampak sangat kita tidak pandai menjaga amanah yang tuhan berikan.  



Nasi dah jadi bubur, anak malang ini sekarang dijaga oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Dia tidak akan merengak lagi, jauh sekali untuk bercakap atau berjalan dan meminta apa-apa lagi.

Teringat kisah arwah Nur Amelina yang didera oleh kekasih si ibu, orang Afrika pulak tu. Ini adalah salah satu kisah penderaan kanak-kanak kat Malaysia ni yang kita rasa memang tidak dapat dimaafkan.  Banyak lagilah kes-kes penderaan kanak-kanak kalau nak disebutkan disini.





Oleh itu kesedaran masyarakat setempat amatlah diperlukan. Kadang-kadang kita sebagai jiran tetangga ni kena lah jugak jaga tepi kain orang.  Bukan bermaksud untuk busy body ke apa? Kadang-kadang kalau kita ternampak atau terdengar anak-anak jiran menangis, menjerit atau suara jiran kita yang bingit memarahi anak masing-masing (yang lain dari biasalah),  tidak salah rasanya kalau kita sekadar menjenguk ke rumah jiran untuk melihat apa yang berlaku.  Walaupun kita tahu mereka sedang `mendidik' anak.  Tetapi apakah mungkin kanak-kanak itu bukan sekadar di `ajar' tetapi sebenarnya didera oleh ibu bapa mereka.

Disinilah peranan kita sebagai jiran amat diperlukan untuk melapurkan kepada pihak berwajib atau menghubungi Talian Nur yang dikelolakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sekiranya penderaan benar-benar terjadi.  Jangan bimbang untuk mengadu, kerana identiti pengadu akan dirahsiakan.  

Oleh itu wahai kawan-kawan sekalian marilah kita sama-sama membuang mentaliti yang dibelenggu oleh sikap `tidak apa', `tidak kisah', `tidak ambil tahu' dan `tidak peduli' ini.


Talian Nur Kasih : 15999

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...