Monday, January 03, 2011

Alhamdulilah,,, semuanya berjalan lancar

Baru pukul 8.30 malam dikala aku duduk mengadap lappy ni.  Mata dah sepet semacam.  Sabor, sabor.... nak tunggu isyak aje ni... lepas tu..... katil ku, oh tidak...... jom kita tidur...... Dah lah semalam aku memang tak boleh tidur.  Tak tahu kenapa.... over excited kot.... almaklumlah...... mengalahkan anak-anak.

Umumnya semua sudah tahu yang hari ini hari pertama persekolahan.  Dan aku dah pun bagitahu awal-awal kat korang semua yang kedua-dua anak dara aku dah start sekolah.  Sarah naik darjah 1 dan adik baru nak masuk tadika.  

Dari pagi lagi aku dah terkejar-kejar.  Jadual kesibukan aku pagi tadi bermula dari 7.15 pagi.  Mula-mula ke sekolah Sarah.  Lepas pastikan Sarah dah ok, balik rumah ambik adik (kesian adik, bangun pagi nangis-nangis cari aku.  Aku dah pesan awal-awal kat bibik untuk siapkan adik ke sekolah).  Tiba-tiba rasa bersalah pulak sebab dah terlepas untuk menyiapkan dia buat pertama kali di hari persekolahan dia.  Aku dah terlepas satu babak penting dalam kehidupan dia. Kita perempuan memang tak nak lepaskan walau satu saat detik-detik penting dalam kehidupan anak kita kan?  Seperti, kalau boleh kita nak jadi orang yang pertama bila melihat dia berjalan, berlari, bercakap dan lain-lain lagi.  Tetapi sebagai ibu yang bekerja, kadang-kadang detik-detik penting seperti itu acap kali kita terlepas kan?  Jadi just redha sajalah Achiq ya (sekadar untuk menyedapkan hati ku... lalalalala)

Oh ya! berbalik dari ulang alik aku dari sekolah kakak ke sekolah adik, aku rasa adalah dalam 3 - 4 kali ulang alik macam tu lah kot.  Ya lah, lepas pastikan adik ok, terus ke sekolah kakak pulak untuk ajar dia cara-cara membeli makanan di kantin.  Iyalah, cikgu adalah duk bawa dia orang ke kantin, tapi bukannya dia nak tengok semua murid kan? Ibu prihatin ni weh...Lepas Sarah dah naik balik ke kelas, jenguk ke sekolah menengah AK pulak untuk pembayaran yuran.  Lepas tu terus ke sekolah adik pulak, dan begitulah seterusnya sampai habis waktu persekolahan pada hari ini.    

Alhamdulilah, semua berjalan lancar... adik pun nampak ok je masa naik van untuk balik ke rumah.  So, esok aku rasa aku boleh lah pergi kerja dengan tenang.  

Ok lah... dan menguap-guap dah ni... budak-budak tu pun dah balik dari mengaji tu..... next aktiviti.....paksa dia orang tidur lah pulak.... sebab dalam kepala aku ni asyik duk ingat tidur ajerrrrrrrrr..........

Good Night U olssssssss............ 

2 comments:

Juli said...

tido2 la puas2.nnt masuk ofis, jgn ada kejutan budaya dek lama sangt cuti sakan naooooo..haha

achiq said...

byk kejutan budaya ke? takuitttttt....
apa macam bos baru?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...