Tuesday, January 11, 2011

Nak Kulit Licin Macam Epal?

Assalamualaikum semua.

Disini Nenek LeBon nak bagi petua sikit. Korang semer pasti nak tahu macam mana Nenek LeBon menjaga kulit muka Nenek Le Bon yang sentiasa licin tanpa jerawat batu dan jeragat.


Caranya senang saja. Bahan-bahan yang diperlukan hanyalah telur putih dan madu aje. Bahan-bahan yang boleh didapati dirumah kita. Nenek LeBon amat jarang buat facial. Sila diingatkan, bukan kedekut ya, tapi tak ada masa. ahaksssss.

Ini gambar madu Nenek LeBon amik dari Pak Cik Google

Mula-mula Nenek LeBon akan campurkan sedikit madu ke dalam putih telur. Nak amik telur putih saja ni pun ada caranya. Pandai-pandailah korang semer buat ya. Asalkan dapat telur putih, itu dah kira terror lah tu. Ada orang kata kalau kulit berminyak gantikan madu tu dengan air limau nipis (Allahhuwalam). Kulit muka Nenek LeBon ni jenis normal. 

Cara-cara mengasingkan putih telur.
Gambar Nenek LeBon duk pecah telur tak sempat nak amik.
Nasib baik Pak Cik Google ada gambar2 macam ni.

Celupkan tisu / kapas (biasanya Nenek LeBon guna tisu aje) ke dalam campuran tadi dan tutupkan seluruh muka. Biarkan tisu tu kat muka kita selama 15 - 20 minit. Tapi biasanya, Nenek LeBon akan terus tertidur. Maknanya dalam setengah jam jugaklah tisu tu tertempek kat muka Nenek LeBon ni. Lagi lama lagi bagus. Kasi kekotoran keluar dari muka kita. Tak pun tunggulah sehingga tisu tu kering. Lepas tu kita tariklah perlahan-lahan dari muka kita ni hah. 


Habis satu muka Nenek Le Bon letak

Pasti korang semer akan terkejut apabila mendapati bintik-bintik hitam / whitehead terlekat pada tisu tu nanti. Tapi, kalau korang perasan muka korang dah bersih suci murni. Pasti tak jumpa bintik-bintik hitam / noda-noda hitam tu kat tisu. 

Biasanya Nenek LeBon akan buat topeng muka ni dalam 2 kali seminggu. Atau bergantung kepada tahap kerajinan dan keadaan masa.

Apa lagi korang? cubalah.... Belum cuba belum tahu......

2 comments:

mizzapple said...

petua yg bagus nih!
akan d'cuba. :)

yatie sawanila said...

petua yang bagus.. dah lama tak memanjakan muka...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...