Sunday, January 09, 2011

Recycle

Bermula 1 Jan 2011, kerajaan telah menganjurkan kempen hari tanpa plastik bag. Ini bermakna kalau pergi shopping pada hari sabtu kat shopping mall tu jangan haraplah dibagi plastik bag. Kecuali kalau anda nak bayar 20 sen untuk 1 plastik bag.  Kecualilah kalau pergi beli kat kedai runcit R-tine atau Kedai Pak Khamis. Sepatutnya semua kedai-kedai runcit di Malaysia ini menyokong kempen hari tanpa plastik bag ini. 

Aku memang menyokong 100% kempen-kempen sebegini. Banyak cara yang kita boleh praktikkan untuk menjaga alam sekitar kita.  Mengurangkan penggunaan beg plastik ini adalah salah satu daripada cara untuk menyokong kempen-kempen menjaga alam sekitar kita.  Dan sudah semestinya juga ada orang-orang yang tidak berapa bersetuju apabila ada sesetengah kedai yang mengenakan bayaran sebanyak 20 sen untuk 1 plastik bag.  Iyalah, apabila lupa nak bawa beg sendiri, nak tak nak kenalah beli jugak beg tersebut.  Apatah lagi kalau kenderaan yang digunakan ialah motorsikal.  Tapi ini semua bukan alasan untuk kita tidak menyokong dan mempraktikkan program-program yang bagus macam ini.

Macam aku sendiri, memang praktikkan kitar semula.  Contohnya, botol-botol terpakai kat rumah, suratkhabar.  Selalunya aku akan buang ke dalam tong sampah recycle yang disediakan di pejabat aku.  Memandangkan tong-tong sampah kitar semula amat susah nak dicari sekitar Kertih ini.  Satu pujian harus diberikan kepada PMO, PCSB kerana telah menyediakan kemudahan tong-tong sampah kitar semula ini.  


Segala macam botol yang ada kat rumah  (tetap ku recycle asalkan ia kaca)

Selalunya tong sampah ini memang kosong

Tong-tong sampah kitar semula ada di setiap tingkat di office PMO, PCSB
kedudukannya yang amat strategik juga memainkan peranan
- betul-betul depan pintu lift


Aku juga selalu menggunakan bekas plastik kitar semula untuk tapau makan tengahari di kantin.  Di kantin office aku ni memang disediakan 2 pilihan.  Polisterin / bekas plastik (tupperware).  Kalau bekas plastik dikenakan 20 sen.  Polisterin free aje.  Tapi aku biasanya menggunakan bekas plastik sendiri.  Sudah habis pakai, basuh dan esok pakai lagi.  Tapi ini bergantung kepada tahap ingatan juga. Kadang-kadang terbabas jugak (manusia cepat lupa).


Lunch aku hari ini...ikan tenggiri masak 3 rasa... fuh meleleh...

Di atas adalah serba sedikit cara-cara untuk kita menjaga alam sekita.  Sebenarnya banyak lagi cara-cara untuk kita menjaga alam sekitar kita.  Diantaranya aku ambil serba sedikit daripada `Info Alam Sekitar - Tahukah Anda' dalam Berita Harian hari Jumaat lepas :-

1. Kempen Earth Hour merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Tabung Alam Sedunia (WWF).  Untuk tahun ini kempen ini akan diadakan pada 26 Mach 2011 (Sabtu - 8.30 - 9.30 malam) http://www.earthhour.org/.  Acara ini memang selalu kita orang sekeluarga tunggu.  Macam seronok pulak duduk dalam gelap.  Lepas tu semua duduk kat luar rumah siap makan-makan lagi ditemani lilin.

2. Tahukah anda beg plastik memerlukan 100 hingga 500 tahun untuk lupus jika ditanam dan jika dibakar ia memberikan impak yang lebih besar kepada alam sekeliling termasuk manusia.  (Macam ni, sampai bila-bila lah sampah tak habis-habis kat dunia ni)

3. Kitar semula dapat menyelamatkan hutan.  Ini kerana untuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 pohon pokok terpaksa ditebang.  Mengitar semula kertas akan mengurangkan bilangan polok yang perlu ditebang.  (aku pasti korang semua menggunakan kaedah recycle paper kat opis).

4. `Screen Saver' di komputer.  Ia hanya membazirkan tenaga. Kebanyakan komputer menggunakan dua kali ganda tenaga elektrik untuk menyalakan skrin berbanding tenaga yang digunakan untuk proses dalaman.  Jika anda ingin menjimatkan tenaga elektrik, anda boleh menetapkan `screen saver' kepada tiada atau kosong. (aku pasti semua orang boleh buat seperti ini.  Dah tak main dah screen saver foto-foto peribadi - membazir tu dan juga menyumbang kepada kesan pemanasan global)

5. Bateri.  Pakailah bateri `rechargeble'.  Pembuangan bateri yang tidak digunakan akan menyebabkan toksik    plumbun tersebar secara meluas di permukaan bumi. Jika plumbun memasuki tubuh kita, ia akan menyingkir logam-logam lain yang berguna didalam tubuh manusia lalu menyebabkan kesan tertentu. 

Di atas ini senarai kitar semula yang aku amalkan.  Sebenarnya banyak lagi info yang dapat kita baca daripada akhbar tersebut.  Kalau nak, korang bacalah sendiri.

Oleh itu marilah kawan-kawan kita semua mengamalkan kitar semula untuk kebaikan generasi kita akan datang.  

Recycle begins with You

6 comments:

Ju Zie said...

fuh, sucinyeee achiq! go girl!

Achiq said...

Rasa-rasa macam suci dalam debu gitu... ahaksss...

yatie sawanila said...

marilah kite berkitar semula

MammaSun said...

dulu sy adalah penyumbang tetap botol air mineral plastik kat tong tu...huhu

Achiq said...

Tak apa MammaSun. Kat KL lagi byk tong2 recycle. Teruskan usaha murni anda itu.
Welcome back to real life. tak mau sedih2 lagi tau...

Unknown said...

zzzzz2018.7.27
skechers outlet
ugg boots clearance
mulberry uk
louboutin outlet
moncler online outlet
cheap ray bans
longchamp handbags
ferragamo outlet
supreme new york
nhl jerseys wholesale

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...