Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuhu. Bismillah Hirrahmaan Nirrahiim. Ya Allah, berkatilah kami semua. Ya Allah, Ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami dan mereka sebagaimana engkau memelihara kekasihMu, junjungan kami Baginda Muhammad s.a.w. Allah swt telah menyuruh kita menjadikan syaitan sebagai musuh. Firman Allah swt: إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوّاً Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh mu, (6 : 35 al-Fatir) Semua manusia mengakui syaitan sebagai musuhnya. Namun tidak ramai yang mengetahui bagaimana cara untuk menghadapi syaitan dan manakah ruang-ruang yang mana syaitan akan masuk pada diri insan. Ini adalah sebahagian dari ruang-ruang yang perlu seorang manusia tutup agar syaitan tidak memperdayanya. SYAITAN BERMALAM DI DALAM HIDUNG إذا استيقظ أحدكم من منامه فليستنثر ثلاث مرات فإن الشيطان يبيت على خياشيمه “Apabila seseorang kamu bangun dari tidurnya hendaklah dia memasukkan dan mengeluarkan air dari hidungnya tiga kali. Sesungguhnya syaitan bermalam di dalam lubang hidungnya.” Hadis riwayat Bukhari dan Muslim SYAITAN KENCING DI DALAM DUA TELINGA Apabila diberitahu kepada Nabi saw tentang seorang lelaki yang tidak bangun solat tahajjud dan bangun ketika watu sudah subuh. Nabi saw bersabda: “Lelaki itu telah dikencing syaitan di dua telinganya.” Hadis sahih Bukhari dan Muslim SYAITAN MASUK DALAM MULUT YANG TERBUKA MENGUAP إذا تثائب أحدكم فليمسك بيده على فيه فإن الشيطان يدخل “Apabila seseorang menguap hendaklah dia menutup dengan tangannya. Sesungguhnhya syaitan masuk ke dalam mulutnya yang terbuka.” Hadis sahih Muslim SYAITAN KETAWA MELIHAT MANUSIA YANG BERKATA “AAAAAH “ SEMASA MENGUAP Nabi saw bersabda: ولا يقل آه آه فإن أحدكم إذا فتح فاه فإن الشيطان يضحك منه “Dan janganlah seseorang itu berkata “aaaaaaaa” semasa menguap. Syaitan akan ketawa bila dia membuka mulut semasa menguap.” Hadis riwayat Ahmad MEMAKI ORANG MEMBANTU SYAITAN UNTUK MEROSAKKAN MANUSIA Seorang lelaki mencela seorang yang dikenakan hukuman sebat kerana minum arak. Nabi saw bersabda: “Janganlah kamu berkata sedemikian kepada orang yang dihukum. Janganlah kamu membantu merosakkan dia.” Hadis sahih Bukhari Moral: Janganlah kita terus memaki pada orang yang sudah jelas kesalahannya. Memaki hamun dalam apa jua keadaan adalah dilarang. Mudah2an maki hamun yang ada pada ceramah, dakwah, chatbox dapat dielakkan. (ingat tu uolsss) SYAITAN TIDAK MASUK RUMAH YANG DIBACA SURAH BAQARAH Nabi saw bersabda: لا تجعلوا بيوتكم مقابر فإن الشيطان ينفر من البيت الذي تقرأ فيه سورة البقرة “Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu sebagai kubur. Sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca surah al-Baqarah.” Hadis sahih Muslim Faedah: Siapa yang baru masuk rumah atau rumahnya diganggu maka digalakkan utuk dibaca surah al-Baqarah beramai2. SYAITAN MAKAN DARI MAKANAN YANG TIDAK DIBACA BISMILLAH DAN BERMALAM PADA RUMAH YANG TIDAK DIMASUKI DENGAN BISMILLAH إذا دخل الرجل بيته فذكر الله عند دخوله وعند طعامه قال الشيطان : لا مبيت لكم ولا عشاء وإذا دخل فلم يذكر الله عند دخوله قال الشيطان :أدركتم المبيت وإذا لم يذكر الله عند طعامه قال : أدركتم المبيت والعشاء “Apabila seorang lelaki memasuki rumah dan menyebut nama Allah semasa masuk dan menyebut nama Allah semasa makan. Syaitan akan berkata kepada kuncu2nya “Kamu tidak ada tempat bermalam dan tidak ada makan malam.” Tetapi sekiranya dia masuk kerumahnya tanpa menyebut nama Allah, syaitan akan berkata “ Kamu semua mendapat tempat bermalam.” Apabila dia tidak menyebut nama Allah semasa makan, syaitan akan berkata “ Kamu mendapat makan malam dan tempat bermalam.” Hadis sahih Muslim (2018) MAKANAN JATUH YG DIBIARKAN ADALAH HABUAN SYAITAN إذا سقطت لقمة أحدكم فليمط عنها الأذى وليأكلها ولا يدعهاللشيطان “Apabila jatuh sebahagian suapan makanan kamu ke lantai, hendaklah kamu membuang kotoran yang melekat pada makanan dan hendaklah dia makan. Jangan biarkan ia dibiarkan kerana ia akan dimakan oleh syaitan.” Hadis sahih Muslim (2034) SYAITAN PENGGANGGU SOLAT Suatu hari Amru bin abi al-As mengadu Rasulullah saw: “Ya Rasulullah sesungguhnya syaitan telah mengganggu ku solat dan menimbulkan was-was dalam bacaanku.” Rasulullah saw pun menjawab: “Itulah syaitan yang dipanggil khinzab. Apabila engkau merasai gangguannya hendaklah engkau minta perlindungan dari Allah dan ludah ke kirimu tiga kali.” Amru berkata: “Aku melakukan apa yang Rasulullah sarankan, lalu Allah menghilangkan segala gangguan syaitan tersebut.” Hadis sahih Muslim MINUM BERDIRI BERSAMA SYAITAN Nabi saw bertanya kepada orang yang minum berdiri: “Adakah engkau suka minum bersama dengan kucing?” Dia menjawab “Tidak” Nabi saw bersabda: قد شرب معك من هو شر منه الشيطان “Sesungguhnya kamu telah minum dengan mahkluk yang lebih teruk dari kucing iaitu syaitan.” Hadis Ahmad –sahih SYAITAN SEMAKIN BESAR BILA DIMAKI Seorang sahabat Nabi saw telah memaki syaitan apabila binatang tunggangannya terjatuh. Nabi saw bersabda: لا تقل تعس الشيطان فإنك إذا قلت ذلك تعاظم حتى يكون مثلالبيت ويقول : بقوتي ولكن قل : بسم الله فإنك إذا قلت ذلك تصاغر حتى يكون كالذباب “Janganlah kamu berkata “Celaka syaitan.” Kalau kamu berkata begitu, syaitan akan berasa besar diri seperti rumah dan berkata “mendapat kekuatan ku” tapi hendaklah kamu berkata “Dengan nama Allah”. Apabila berkata sedemikian, syaitan akan jadi hina sehingga seperti lalat.” Hadis Abu daud (4982) – sanad sahih Terdapat ratusan lagi ruang-ruang syaitan utk memperdaya manusia seperti yang Nabi saw masuk kepada manusia. Ingatlah bahawa syaitan akan cuba menyesatkan manusia selagi nyawa manusia itu dikandung badannya. |
Thursday, March 31, 2011
Syaitan, dimana-mana sahaja
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
thanks for sharing dear..mudah2 kita dijauhkan dari gangguan syaitan
c7f79m3f01 g2b35w8j25 j2e01w9g05 i3i89j1u13 d1y16i3b74 b6s84l0u07
Post a Comment