Sunday, March 27, 2011

Terengganu, Bandar Persisiran Air


Di negeri Terengganu kini telah banyak berubah
Pembangunan disana sini, kemajuan bertambah

Itulah dia bait-bait lagu Joget Terengganu.

Cuti sekolah baru-baru ni, kami sekeluarga sempat jalan-jalan cuci mata di Kuala Terengganu.

Kalau nak dibandingkan Terengganu dulu dengan sekarang memanglah berbeza. Jangan tak tahu Terengganu dah ada parking bertingkat ala2 kat Jepun gitu. Terletak di Jalan Batas Baru di tengah-tengah bandar Kuala Terengganu dan boleh memuatkan sebanyak 160 buah kereta dalam satu masa. Wow....tak percaya rasa..

Credit to whassan.blogspot.com

Credit to whassan.blogspot.com
Oleh kerana kita plan nak jalan-jalan kat bandar pada sebelah malam, jadi kita orang just stay kat hotel Vista. Hotel baru dan ada promosi.. Apa lagi, kita orang terus menginap disana. Iyalah, tak nak menyusahkan saudara mara....




Kolam mandi jenis tertutup ditingkat 4. Kesian budak-budak, tak boleh nak mandi lama-lama disebabkan lokasi hotel ni berdekatan dengan pantai batu buruk. Jadi, korang boleh imagine lah kan? Sekali sekali angin dari laut bertiup, dinginnya sampai ke tulang kering.. hihihi... ditambah pulak dengan cuaca agak mendung. Tak sampai 5 minit semua dah menggigil kesejukan.


Kita orang lalu di china town dekat bandar. Happening giler kat sini. Baru aku tahu rupa-rupanya kat belakang china town ni ada sungai. Kawasan persisiran sungai tu kerajaan Terengganu dah upgrade menjadi tempat pelancongan / tempat persinggahan pelancong-pelancong termasuk aku yang walaupun orang Terengganu tapi tak pernah sampai pun kat sini. 



Jangan tak tahu, bila dah malam kawasan tepi sungai ni dah berubah wajah ala-ala ICT city gitu..hihihihi

Gelap
Cerah....


Kalau rajin berjalan kita boleh menyeberangi sungai ke sebelah sana. Dan dari sebelah sana kita boleh nampak pasar payang dengan jelas yang bermandikan cahaya. Dan juga kita boleh nampak Seberang Takir juga.. kampung kita tuuuuu

Jadi kepada sesiapa yang berkunjung ke Kuala Terengganu. Jangan lupa singgah di kawasan china town ni. Salah satu tarikan terbaru di Kuala Terengganu selain daripada Masjid Kristal (semua orang dah tahu pasal ni). Kita juga boleh menyusuri sungai pada waktu malam (night river cruise). Tetapi malangnya malam tu malam jumaat, jadi operasi night river cruise ditutup. 

So apa lagi korang, jom ke Kuala Terengganu. Makang keropok lekor dang nasi dagang....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...