PUTRAJAYA 2 Mac – Tempoh bayaran saman trafik yang berakhir Isnin lepas kini dilanjutkan selama 10 hari lagi, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Menurut beliau, lanjutan tempoh bayaran saman tersebut bagi membolehkan orang ramai melunaskan tunggakan saman mereka.
Semalam, Ketua Trafik Pasukan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, sebanyak 17.3 juta saman yang gagal dijelaskan oleh pengguna kenderaan di seluruh negara akan disenaraihitamkan mulai Selasa.
Tindakan itu diambil setelah tempoh yang diberikan untuk orang ramai membayar saman tersebut sejak Ogos tahun lalu, berakhir. - Utusan
Sakit hati betul aku bila baca berita kat atas tu. Kenapa hati aku sakit? Iyalah, mananya tak sakit hati. Aku duk berjemur panas dekat 3 jam lebih kerana rasa tanggungjawab kepada negara, tiba-tiba dilanjutkan pulak. Kalau tahu macam tu, tak adanya aku nak bayar lagi saman ni. Hahahaha...langsung tak patut sokong statement aku ni.
Agak-agak korang mesti dah dapat tangkapkan cerita aku ni. Mesti korang dah nak start gelak-gelak dah ni. Tak pun dah nak tergolek-tergolek atas katil ni bila tahu kisah sedih aku ni.
Pada hari Isnin lepas bersamaan 28 Feb. 2011 iaitu harijadi anak aku yang 11 (Amirul) dan juga hari terakhir untuk sapa-sapa yang kena saman untuk membayar saman. Mula-mula macam tulah kerajaan cakap. Aku dengan penuh semangat yang berkobar-kobar telah mengambil cuti tahunan aku (cuti tahunan ya, bukan MC OK) hanya semata-mata untuk membayar saman ni. Pagi-pagi lagi lepas hantar je adik ke sekolah, terus bergegas ke Kemaman. Sampai je di IPD, Kemaman dalam pukul 8.30 pagi. Orang dah ramai beratur. Dahlah kaunter kat luar gitu aje.. Sabor ajeler.
Cuaca hari tu pulak, bukan main baik sangat. Alhamdulillah. Kalau hujan, susah jugak kan. Nak parking kereta sikit punya susah. Aku parking nun jauh diluar pagar. Mulalah aku menapak dengan laju-laju supaya dapat no. yang awal-awal. Kiranya macam nak berebut-rebut gitu. Rupa-rupanya mana ada no. bah...beratur ikut giliran ajer. Sabor lah lagi. Kiranya aku yang keberapa, tidaklah aku mengiranya. Berdiri dibawah terik matahari sajalah jawapannya. Sabor lagi...
Sampai je kat depan kaunter, jam telah menunjukkan pukul 11.30 pagi. Korang bayangkan aku beratur dari pukul 8.30 am - 11.30 pagi. Dekat 3 jam tu, dah macam nak kawad kaki lah pulak. Aku memang dah check awal-awal lagi pasal saman ni. Memang sah ada 2 saman je yang tertunggak. Lain-lain saman zero. 3 jam beratur untuk membayar 2 saman. Berbaloi ke? Berbaloi ke tak, nak buat macam mana. Terpaksalah. Dah kita memang salah nak buat macam mana. Nak salahkan siapa? Memang salah kita juga. Awal-awal tak nak bayar. Bila nak diblacklist, barulah terkial-kial nak bayar saman. Pengajaran untuk aku yang cepat lupa. Melayanglah RM300 hari tu....
Inilah akibatnya jika suka menangguh-nangguhkan bayar saman. Iyalah, kalau tak diugut dengan blacklist, mahunya kita tak bayar lagi.
Tapi aku ada sedikit kegaharuan lah. Sebabnya saman-saman tu semua atas nama aku. Sedangkan masa tu bukan aku yang bawa kereta tu. Tak aci kan. Nampak macam aku ni jenis yang tidak mematuhi peraturan je kan?
5 comments:
hampehh..dah abes dateline,masih extendlg,mentang2 17 juta tak dapat kaut lagi..hiihih..
bengkek jer org amik AL sebab nk bayo saman kann
memanglah bengkek uols.. tahu gitu, ari ni gua gi bayar...jimat cuti..
saja tuh kasi gempak lebih...teeheee penuh balai polis masa last day ari tuh...mesti bengang gila sapa yang berpanas ujan semata2 nak bayar saman ari tuh..bila dengar tarikh disambung,tp pada yang xsempat bayar mesti lega...hehe
zzzzz2018.7.27
ray ban sunglasses
cheap snapbacks
pandora
uggs outlet
jordan shoes
pandora charms
kate spade outlet online
nike outlet
jordan 8
nike air max
a3y37n9j33 a4o73p1j29 k6l02i9w63 h4l49l9k52 l3d92t7m46 z2t40r8z44
Post a Comment