Friday, March 18, 2011

Bercanda di tepian pantai


Diantara aktiviti kami sekeluarga pada hari minggu terutama hari sabtu adalah bercanda di tepian pantai. Dan salah satu lokasi pantai yang menjadi pilihan/feveret kami ialah Pantai Kemasik. Selain pemandangan yang menarik, pantai ini juga selalu menjadi lokasi beriadah penduduk tempatan. 

Budak-budak ini bukan main seronok setiap kali jumpa pantai. Memang tak kasi chance langsung. Walaupun pada mulanya hanya datang untuk mengutip cengkerang shell, tak sampai 2 minit mesti terus ke gigi air. Dan apabila ombak di gigi air mula menyentuh kaki ala malu-malu kucing, mereka semua dengan tidak malu-malu lagi terus pura-pura rebah ke air ombak. Walhal semua tahu itu taktik semata-mata.


3 orang kanak-kanak riang yang memang tidak boleh jumpa air. Mula-mula cuma main sorok-sorok disebalik batu.


Adik yang cuba menangkap anak-anak ketam digigi air. Siapa yang tidak tergoda dengan buih-buih memutih ditepian pantai. Semakin lama kita akan semakin terbuai hanyut dengan alunan merdu suara ombak.

Kakak yang sudah semestinya sentiasa vogue gitu.


Bila dah semakin petang, 
air semakin pasang 
(pantun 2 kerat)



Aku seronok bila berada dipantai. Kadang-kadang perasaan kita akan merasa tenang apabila memandang ombak-ombak yang berkejaran. Memberikan kita keinsafan dan memuji akan kebesaranNYA. 


Betapa ombak senantiasa menjadi teman setia pasir pantai. Tidak pernah walau sesaat mereka berpisah. Ombak yang tidak jemu-jemu datang menjenguk pantai. Alangkah bahagia jika kita mempunyai sahabat yang sedemikian. Walau dilanda ribut atau kemarau, mereka sentiasa bersama-sama. Ah! kenapa aku tiba-tiba menjadi sejiwang sebegini. Tiba-tiba hati rasa rindu, rindu akan diriNYA. Subhanalah....yang menjadikan langit dan bumi, yang menjadikan laut dan pantai dan yang menjadikan sekelian makhluk. Bersujudlah, bersyukurlah.......


Bila tiba masa pulang, semuanya tak nak pulang. Terpaksa dipujuk rayu untuk mengajaknya pulang. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...