Hari sabtu lepas, en hasben ada boling tournment kat MM. Dan sudah semestinyalah dia akan ajak aku menemani dia. Sebenarnya aku yg nak ikut, just nak monitor manalah tahu, kot2 en hasben duk main mata dengan aweks-aweks cun kat sana...hihihi...
Game start kul 2 ptg. Dalam kul 12.30 aku dah ajak en hasben pergi. Awalnya weh.. dah lah dari rumah aku ke MM tu dalam 10 minit jer. Rupa-rupanya aku ada baik punya plan. Check kat TGV website, show untuk Hikayat Merong Mahawangsa ada kul 1.00 ptg. Memang terbaiklah tu....
Untuk pertama kalinya aku tengok wayang seorang diri. Alasan yang diberi mestilah sebab boring jugak nak tunggu en hasben main boling untuk 4 games. Nak main sekali, tentulah tak boleh. Ini kan tournament anjuran syarikat dia.
Berbalik kepada cerita HMM, memang ada class. Tak puas weh tengok sekali saje. Mesti nak tengok 2 - 3 kali. Walaupun si Merong tu cakap melayu ada sedikit pelat, tetapi overall memang bestlah. Rasanya macam tengok cerita mat salleh pulak. Aku kalau cerita ala-ala epik ni memang minat. Macam cerita Conan the Barbarian, Braveheart dan adalah 2 - 3 cerita lagi yang aku lupa tajuknya.
Aku pasti ramai dah tengok. Aku je yang terlambat. Jadi tak yahlah review panjang-panjang pasal cerita ni. Dengar cerita kutipan setakat minggu ni dah nak masuk RM7 juta. Dah boleh balik modal tu....Overall 4 * untuk cerita ni.
Habis je movie terus ke U-Bowl. Rupa-rupanya dia orang baru je start. 1 game pun tak habis lagi. Terpaksalah menunggu dan menengok gelagat-gelagat pemain-pemain pro & amateur. Macam gambar kat bawah ni, tak tahulah pro ke amateur. Nampak gaya macam pro je..hahaha
Nasib baik pengajur menyediakan sedikit refreshment. Siap ada nasi goreng, ayam goreng, sandwich dan buah-buahan. Gambar lupa nak snap. Cuma sempat snap tulang ayam sebagai bukti aku memang kelaparan (tak lunch lagi weh). Balance sandwich en hasben tolong habiskan.
Bagus betul main boling kat sini, sambil main sambil makan. Iyalah 4 games kan? mesti penat jari-jari dan tangan menghayun bola tu.
Lepas boring duk menunggu aku pun mulalah merayau-rayau dalam MM tu. Tetapi malangnya, tak ada sale dan bukan time gaji. So, membelek-belek ajeler kerja aku petang tu.
Dan tempat yang wajib pergi kalau ke MM mestilah kedai buku Popular. Kat sinilah aku menghabiskan masa dan juga sempatlah merembat sebiji buku ni. Sebenarnya baru aku perasan, dah lama aku tak beli buku novel english ni. Last time beli masa duk gila pasal Twilligh tu. Habis 4 buah buku aku buat koleksi (series). Lepas tu, duk beli novel melayu je.
Buku ini ala-ala love story gitu. Mengisahkan kehidupan si hero (Daniel) lepas mati dihidupkan balik. Bila dihidupkan balik (zaman baru) mesti dia sibuk duk cari kekasih hatinya (Sophia) yang juga mati dan dihidupkan. Tak habis lagi baca, baru je sampai kehidupannya yang ke 4. Dan si Sophia ni pulak dalam kehidupan barunya bernama Lucy. Jadi masalah sikitlah kot nak bertemu kembali. Patutlah tajuknya My Name Is Memory. Memang duk imbas memori dia ajer... Banyak flashback. Tak sabar nak tengok filem. Kena baca buku dulu baru tengok citer.. baru best...
Teringat satu cerita yang kisahnya ala-ala macam ni jugaklah. Lupa pulak apa tajuknya...
2 comments:
lama dah kite tak berboling sesama uols.takkan nk tunggu interdept baru berentap!hahaha
buku citer seram ttp la jadik pujaan u kann~title nice, sesuai ngn jalan citer yg u review tu
zzzzz2018.7.27ultra boost
polo ralph lauren
nike factory store
canada goose outlet
ugg boots clearance
coach outlet online
issey miyake
Post a Comment