Tuesday, March 15, 2011

Nazmi Terkeluar?


Kepada peminat rancangan Raja Lawak mesti kenal si Nazmi. Agak terkejut juga bila nama Nazmi diumumkan terkeluar malam sabtu baru-baru ini. Aku hanya sempat menonton siaran ulangan kerana berada di KL pada hari Jumaat dan kat hotel (for sure) tak adanya astro Prima ni. Itupun sempat tengok yang kat hujung-hujung rancangan aje. Ingatkan si Man yang terkeluar, tapi bila disebut nama Nazmi, aku agak terkejut dan tak terkata-kata. Memang minat kat Nazmi ni. Lawak dia kira menjadi jugak walaupun kadang-kadang terover dengan volume suara yang agak kuat.

Aku hanya sempat tengok segmen kedua apabila Nazmi berlawak dengan pelawak jemputan (Farouk). Tapi memang nampak jelas Nazmi macam tak bagi chance langsung kat Farouk buat joke. Macam takut sangat Farouk overshadow. Kesian Farouk, baru je nak cakap terus dipintas oleh Nazmi. Tak bagus kan. 

Tahniah kepada 3 peserta yang berjaya melangkah ke final. 2 peserta berkumpulan yang layak iaitu kumpulan Balas (Undian tertinggi setakat ini), kumpulan R2 (my favourite jugak) dan peserta solo Man. Yang layak ke final semunya best-best. R2 dengan lawak selambanya. Man yang pakar meniru lagak orang lain dan Balas yang melawak sedikit lucah (hihihi).

Peserta Final Raja Lawak Musim ke5 - kecuali yang hujung sebelah kanan....
Tak sabar nak tahu siapa pemenang Raja Lawak musim ke 5. Man, R2 atau Balas. Harap-harap R2 yang menang. R2, R2, R2.....  

5 comments:

jomsantaisekejap said...

Nadzmi terkeluar tu memang sy boleh jangkakan. Walaupun sy minat dia tapi lawak dia semakin kurang..
Sekarang sy minat R2 sebab lawak dia semakin naik dan naik.
Balas masih maintain, tapi kadangkala sy tak berapa suka loghat diorang yang eksyen orang putih tu...selalu sangat...
Man pulak..ada hari dia naik, ada hari tak berapa menjadi...
So siapa juara...for me, R2

Achiq said...

Jom kita pakat undi R2 (undi ke?).. hihihi

Ju Zie said...

R2? hihi... Man Man! (^,@)Y

mummysyafie said...

salam achiq, saya tak pernah ikut Raja Lawak ni..paling tidak pun dgr opismate gelak sakan tengok kat youtube

Unknown said...

zzzzz2018.7.27
ultra boost
polo ralph lauren
nike factory store
canada goose outlet
ugg boots clearance
coach outlet online
issey miyake

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...