Monday, March 14, 2011

Tsunami di Jepun

Hari Jumaat lepas kita orang ke KL. Semasa tengah check in di kaunter, terpandang screen TV kat lobi. Terkejut apabila mendengar breaking news pasal tsunami di Jepun. Patutlah cuaca pada hari Jumaat tu, hujan dan asyik mendung memanjang. Masuk bilik terus on TV dan asyik dengar berita sepanjang masa.


Kalau tengok macam dalam cerita... Tapi inilah kenyataannya..
Selepas kita dikejutkan dengan gempa bumi di Christchurch, New Zealand 2 minggu lepas. Kini datang lagi satu bencana alam yang paling dashyat. Tsunami telah melanda negeri Jepun. Tsunami yang paling dashyat berbanding tahun 2004 lepas. Gempa bumi kuat berskala richter 8.9 telah berlaku di Timur Laut Jepun pada hari Jumaat lepas (11.03.2011 @ 2.46 petang waktu Jepun). Gegaran kuat telah menyebabkan tsunami setinggi 10 meter melanda kawasan tersebut dan dianggarkan kira-kira 1,300 orang terbunuh dalam bencana itu. Kejadian tersebut adalah yang paling buruk berlaku diJepun sejak 1800-an.






Gegaran diJepun adalah 1,800 kali lebih kuat berbanding yang memusnahkan Christchurch, New Zealand. Bayangkan.

Dan pagi semalam (ahad @ 9.26 pagi (waktu Jepun) gempa bumi dengan kekuatan 6.8 pada skala ritchter telah melanda pantai timur Honshu. Ini bermakna akan berlaku lagi gempa bumi susulan. 



Sama-samalah kita berdoa semoga negara kita dijauhkan dari segala malapetaka bencana alam ini. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...