Thursday, March 31, 2011

Syaitan, dimana-mana sahaja


Just nak share semoga dapat dijadikan panduan. Info ni pun my sister yang bagi thru email.

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuhu. Bismillah Hirrahmaan Nirrahiim. Ya Allah, berkatilah kami semua. Ya Allah, Ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami dan mereka sebagaimana engkau memelihara kekasihMu, junjungan kami Baginda Muhammad s.a.w.
Allah swt telah menyuruh kita menjadikan syaitan sebagai musuh. Firman Allah swt: 

إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوّاً 
Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, 
maka anggaplah ia musuh mu, (6 : 35 al-Fatir) 

Semua manusia mengakui syaitan sebagai musuhnya. Namun tidak ramai yang mengetahui bagaimana cara untuk menghadapi syaitan dan manakah ruang-ruang yang mana syaitan akan masuk pada diri insan. Ini adalah sebahagian dari ruang-ruang yang perlu seorang manusia tutup agar syaitan tidak memperdayanya.   



SYAITAN BERMALAM DI DALAM HIDUNG  

إذا استيقظ أحدكم من منامه فليستنثر ثلاث مرات فإن الشيطان يبيت على خياشيمه  

“Apabila seseorang kamu bangun dari tidurnya hendaklah dia memasukkan dan mengeluarkan air
dari hidungnya tiga kali. Sesungguhnya syaitan bermalam di dalam lubang hidungnya.” 
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim 


SYAITAN KENCING DI DALAM DUA TELINGA  

Apabila diberitahu kepada Nabi saw tentang seorang lelaki yang tidak bangun solat tahajjud dan bangun ketika watu sudah subuh. Nabi saw bersabda: 


ذاك الرجل بال الشيطان فيأذنيه  

“Lelaki itu telah dikencing syaitan di dua telinganya.” 
Hadis sahih Bukhari dan Muslim 

SYAITAN MASUK DALAM MULUT YANG TERBUKA MENGUAP  

إذا تثائب أحدكم فليمسك بيده على فيه فإن الشيطان يدخل  

“Apabila seseorang menguap hendaklah dia menutup dengan tangannya.
Sesungguhnhya syaitan masuk ke dalam mulutnya yang terbuka.” 
Hadis sahih Muslim 


SYAITAN KETAWA MELIHAT MANUSIA YANG BERKATA “AAAAAH “ 
SEMASA MENGUAP  

Nabi saw bersabda:  

ولا يقل آه آه فإن أحدكم إذا فتح فاه فإن الشيطان يضحك منه  

“Dan janganlah seseorang itu berkata “aaaaaaaa” semasa menguap.
Syaitan akan ketawa bila dia membuka mulut semasa menguap.”
Hadis riwayat Ahmad


MEMAKI ORANG MEMBANTU SYAITAN UNTUK MEROSAKKAN MANUSIA  

Seorang lelaki mencela seorang yang dikenakan hukuman sebat kerana minum arak. Nabi saw bersabda: 

لا تقولوا هكذا لا تعينوا عليه الشيطان  

“Janganlah kamu berkata sedemikian kepada orang yang dihukum. 
Janganlah kamu membantu merosakkan dia.” 
Hadis sahih Bukhari

Moral: Janganlah kita terus memaki pada orang yang sudah jelas kesalahannya. Memaki hamun dalam apa jua keadaan adalah dilarang. Mudah2an maki hamun yang ada pada ceramah, dakwah, chatbox dapat dielakkan. (ingat tu uolsss)




SYAITAN TIDAK MASUK RUMAH YANG DIBACA SURAH BAQARAH 

Nabi saw bersabda:  

لا تجعلوا بيوتكم مقابر فإن الشيطان ينفر من البيت الذي تقرأ فيه سورة البقرة   

“Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu sebagai kubur.
Sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca surah al-Baqarah.” 
Hadis sahih Muslim 


Faedah: Siapa yang baru masuk rumah atau rumahnya diganggu maka digalakkan utuk dibaca surah al-Baqarah beramai2.




SYAITAN MAKAN DARI MAKANAN YANG TIDAK DIBACA BISMILLAH DAN
BERMALAM PADA RUMAH YANG TIDAK DIMASUKI DENGAN BISMILLAH  

إذا دخل الرجل بيته فذكر الله عند دخوله وعند طعامه قال الشيطان : لا مبيت لكم ولا عشاء وإذا دخل فلم يذكر الله عند دخوله قال الشيطان :أدركتم المبيت وإذا لم يذكر الله عند طعامه قال : أدركتم المبيت والعشاء 

“Apabila seorang lelaki memasuki rumah dan menyebut nama Allah semasa masuk dan menyebut nama Allah semasa makan. Syaitan akan berkata kepada kuncu2nya “Kamu tidak ada tempat bermalam dan tidak ada makan malam.” Tetapi sekiranya dia masuk kerumahnya tanpa menyebut nama Allah, syaitan akan berkata “ Kamu semua mendapat tempat bermalam.”  Apabila dia tidak menyebut nama Allah semasa makan, syaitan akan berkata “ Kamu mendapat makan malam dan tempat bermalam.” 
Hadis sahih Muslim (2018)



MAKANAN JATUH YG DIBIARKAN ADALAH HABUAN SYAITAN  

إذا سقطت لقمة أحدكم فليمط عنها الأذى وليأكلها ولا يدعهاللشيطان 
“Apabila jatuh sebahagian suapan makanan kamu ke lantai, hendaklah kamu membuang kotoran yang melekat pada makanan dan hendaklah dia makan. Jangan biarkan ia dibiarkan kerana ia akan dimakan oleh syaitan.” 
Hadis sahih Muslim (2034)


SYAITAN PENGGANGGU SOLAT 

Suatu hari Amru bin abi al-As mengadu Rasulullah saw: 
“Ya Rasulullah sesungguhnya syaitan telah mengganggu ku solat dan menimbulkan was-was dalam bacaanku.” Rasulullah saw pun menjawab:  


ذاك شيطان يقال له خنزب فإذا أحسسته فتعوذ بالله واتفلعلى يسارك ثلاثا 
“Itulah syaitan yang dipanggil khinzab. Apabila engkau merasai gangguannya hendaklah
engkau minta perlindungan dari Allah dan ludah ke kirimu tiga kali.” 
Amru berkata: “Aku melakukan apa yang Rasulullah sarankan,
lalu Allah menghilangkan segala gangguan syaitan tersebut.” 
Hadis sahih Muslim
 



MINUM BERDIRI BERSAMA SYAITAN 

Nabi saw bertanya kepada orang yang minum berdiri: 
“Adakah engkau suka minum bersama dengan kucing?” 
Dia menjawab “Tidak” 


Nabi saw bersabda:  

قد شرب معك من هو شر منه الشيطان 
“Sesungguhnya kamu telah minum dengan mahkluk yang lebih teruk dari kucing iaitu syaitan.” 
Hadis Ahmad –sahih 


SYAITAN SEMAKIN BESAR BILA DIMAKI
 


Seorang sahabat Nabi saw telah memaki syaitan apabila binatang tunggangannya terjatuh. Nabi saw bersabda:  

لا تقل تعس الشيطان فإنك إذا قلت ذلك تعاظم حتى يكون مثلالبيت ويقول : بقوتي ولكن قل : بسم الله فإنك إذا قلت ذلك تصاغر حتى يكون كالذباب 
“Janganlah kamu berkata “Celaka syaitan.” Kalau kamu berkata begitu,
syaitan akan berasa besar diri seperti rumah dan berkata “mendapat kekuatan ku”
tapi hendaklah kamu berkata “Dengan nama Allah”.
Apabila berkata sedemikian, syaitan akan jadi hina sehingga seperti lalat.” 
Hadis Abu daud (4982) – sanad sahih 

 

Terdapat ratusan lagi ruang-ruang syaitan utk memperdaya manusia seperti yang Nabi saw masuk kepada manusia. Ingatlah bahawa syaitan akan cuba menyesatkan manusia selagi nyawa manusia itu dikandung badannya.  







3 comments:

mummysyafie said...
This comment has been removed by the author.
mummysyafie said...

thanks for sharing dear..mudah2 kita dijauhkan dari gangguan syaitan

veloughs said...

c7f79m3f01 g2b35w8j25 j2e01w9g05 i3i89j1u13 d1y16i3b74 b6s84l0u07

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...