Tuesday, December 21, 2010

Kalaulah.....


Korang pernah tak terfikir kalaulah kita diberi superpower seperti geng-geng Heroes ni?  Apa akan jadi kat Dunia ni?  Aku kalau tengok cerita ni mesti berangan-angan nak jadi macam Hiro Nakamura... hahaha..(boleh blah).

Boleh stop kan masa, lepas tu boleh balik ke zaman lampau...best kan? kita boleh pergi perbetulkan balik apa kesalahan yang telah kita lakukan.  Aci ke? kalau macam tu dah tak adalah istilah dosa dan pahala kot.. sebab semua orang buat menda yang baik-baik ajer. Tentu dunia aman sentiasa... aman ke?  Tapi manusia, ah! mana pernah puas dengan apa yang dia ada....

Macam Syler, dia boleh serap segala macam power yang orang ada.  Asal orang ada power yang lain dari dia, dia pun nak jugak... tamak tu weh.....

Aku memang minat giler kat cerita ni.. Siap download lagi semua episod.  Dari season 1 - 4.  Oleh kerana memang sifat aku yang tak sabar-sabar nak tengok ending cerita ni, maka, dengan pantas aku terus mendownload.  Kalau tunggu 1 minggu 1 episod, pah ceroh lah.... (ayat Terengganu tu weh)....

Satu je yang aku tak faham, kenapalah orang jahat selalu jer hensem... ni yang buat aku rasa macam nak bagi juga muka kasihan aku kat dia ni.

Dah habis cerita Heroes, timbul pulak cerita baru `No Ordinary Family'.  Baru je 3 minggu bersiaran kat TV3. Ala-ala Heroes jugak lah.... Semua ahli family ada superpower.  Kalau keluarga kita macam tu macam mana ya?  

Bayangkanlah, kalau nak gi mana-mana tak payah naik kereta, terus jalan dengan laju, sampai tempat yang dituju.  Jimat tu...Apatah lagi kalau dapat dengar dalam fikiran orang lain.  Langsung tak boleh dah nak rahsia-rahsia. Sebab semua menda dia tahu.  Bayangkanlah kalau emak kita macam tu.. takut weh....

Setiap Isnin, 9.00 mlm di TV3

X Men lwn Heroes
Apa-apapun, itu cerita khayalan semata-mata.  Mana mungkin ada orang terbang dan juga mana mungkin orang boleh stopkan masa, kerana semua yang berjalan diatas muka bumi ni berada di landasan masing-masing.  Semua ini adalah Kekuasaan NYA.  Malam datang siang pergi, adalah atas kehendakNYA.  

Ucaplah Subhanalah.....

3 comments:

Ju Zie said...

Klo sy ada power... Nk gerak bnd tanpa pegang, tgolek depan tv boleh siap kmas umah sume, ugly betty x miss. (pembacamu telah mnatap, ahaks)

sawaNiLa said...

hihi i selalu tgk half citer nih.. berebut dgn husband nak tgk channel lain

Ozan said...

mula2 dulu suka gak citer ni... tapi sekarang dah "lost" macam siri tv Lost jugak... saya nak power cam chearleader tu.. boleh wat bungee xyah kai tali.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...