Wednesday, December 08, 2010

Malaysia 5 - Laos - 1

Just nak update keputusan perlawanan semalam.  Malaysia telah berjaya mengalahkan Laos 5 -1.  4 gol oleh pemain Malaysia sendiri. 1 gol dihadiahkan oleh pemain Laos. Hahahaha...
Baik hati betul pemain Laos, tersalah sepak kat pintu gol sendiri.  Aku rasa dia cuba nak keluarkan bola tu ikut tepi tiang gol (dengan skill yang dia ada), sekali tersalah masuk gol sendiri.
Tapi dia orang main macam hambar lah semalam.  Macam main-main aje. Sekali Laos masuk 1 gol, terkejut dia orang.  Memang tak sangka-sangka boleh masuk gol, gol senang pulak tu...
Apa-apapun Tahniah Malaysia kerana berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir.  Meleleh lah airmata Thailand.

Majulah Sukan Untuk Negara

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...